Suka Tengok Piccas Ni

Thursday, October 28, 2010

Tak abis2 lagi citer pasal Kuantan kan? Dalam banyak2 citer kat sana, nak citer pasal Adam kat sana. Actually, masa mama tengah bersukaneka tu, ayah la yang mengawal ketat Adam. Sekejap berlari sana sini, sekejap nak terjun kolam, sekejap tarik kon kat padang.. Kesian ayah..

Ada lah beberapa kerat budak2 yang Adam berkawan. Dalam berapa kerat tu, Adam suka main dengan anak kawan aku ni, Ariana. Tapi Adam panggil Babe.. amboi, manjanya!! dah semua orang panggil Babe, kami pun babe lah..

Kalau dorang dah besar nanti, mesti dorang segan tengok gambar dorang masa kecik2 ni
.
Adam suh Babe buat peace.. Tergeliat aku tgk babe duk nyusun jari dia
Apa  yang Babe bisik kat telinga Adam tu?

Ni masa kawan-kawan tengah karaoke, dorang plak memberi semangat kat depan skrin. Tak sangka lak lirik lagu tu tengah papar AKU DAN DIA.. 
Sooooo Sweeet!



Balok SeaView Resort : Family Day

Tuesday, October 26, 2010

Awas!! Ni entry yang penuh dengan gambar. Sebelah petang kami ada sukaneka. Macam-macam acara budak tadika kami main... Jom layan!!

Acara 1 : Susahku susahmu jua...

Ni ahli kumpulan aku. Kumpulan 2. Kak Yati dah ready nak bawa bola ping pong dalam sudu.

Aku kena kepit belon daa.. Lompat susah, jalan pun susah..


Ni permainan belaian mesra... Memang abis mesra dah aku baling belon tu.. namun pecah jua di tanah..

 
Tendangan maut daripada aku.. Agak-agak gol tak bola tuh? hehe...

 Aksi-aksi best dari teachers... Sapa yang berjaya menjaringkan gol?

Abis acara sukaneka, ada acara untuk ladies!!!! Smile!!!

Dah mula dah....

Dah macam ratu kolam dah aku tengok masing-masing...Masuk Mang**.haha

Gediks!

Gambar ni paling best. ada pulak la makhluk sesat kat belakang tu. Dah jadi kepala keretapi daa..

Masing-masing yang letih melompat, layan mandi kolam.. Aku join cikgu2 laki main volleyball
Best dah lama tak bersukan. Tapi agak lupa nak main benda alah ni. Hentam sajalah.. Dari tampar, tendang, tanduk pun ada.. Sakit kepala aku...

Kawan-kawan, waktu-waktu macam ni memang best kan? Tambahan untuk Asrina yang akan berpindah ke JPWP...Saat ini pasti menjadi kenangan terindah kita... Masti kita akan merindui saat-saat di Balok.. Inilah Hari Keluarga Pertama kami..

~Lotih eden. Sampai hari ni sakit betis dan lengan~





Balok SeaView Resort : Latihan Dalam Perkhidmatan

Kebiasaan bagi kakitangan kerajaan kena menghadiri kursus untuk mempertingkatkan profesionalisme profesyen tersebut. Jadi, minggu lepas kami diWAJIBKAN untuk menghadiri seminar atau lebih tepat Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di Balok, Pahang. Kebanyakan daripada kami meninggalkan anak dan suami untuk ke sana. Tapi, memandangkan aku tak sanggup berpisah dengan Adam apatah lagi ayah Adam, aku mengajak la suamiku. Nasib hubby aku sporting.. Sanggup drive ke sana..

Walau penginapan disediakan, tetapi tidaklah untuk suami dan Adam. Sebab tu la aku menginap di Muara Beach Resort. Di sana aku menghadiri tiga sesi LDP daripada penceramah jemputan. Ni aku ringkaskan balik apa yang aku ingat....

Sesi 1 : Hal-hal Pengurusan 
Oleh : Mr Principle kami

Antara quotes menarik yang masih aku ingat :

95% manusia di dunia adalah manusia biasa. 3-5 % luar biasa. Golongan minoriti ni lah yang menggerakkan dunia ke arah kemajuan.

Perubahan harus dilakukan bukan untuk masa kini tetapi untuk kemudahan di masa hadapan

Kalau melancong ke Thailand, ada 3 rasa masakan, manis, masam dan masin. Tetapi di Malaysia ada 5 rasa. Rasa manis, rasa masam, rasa masin, rasa tak sedap dan rasa nak marah...(ngee..)
 Sesi 2 : Kokurikulum dan Pengurusan Sukan
Oleh : Jurulatih SSBJ

Disebabkan sekolah aku sekolah projek sukan, jadi bergunalah jugak untuk kami mengendalikan pelajar-pelajar sukan yang terlalu penat berlatih sehingga tidak mampu fokus di dalam kelas. Kadang-kadang tertidur disebabkan latihan intensif. Dan kerap kali juga tiada di sekolah kerana mewakili sekolah, negeri mahupun kelab-kelab sukan.

Info yang diberi amat berguna agar pelajar-pelajar sukan juga tidak akan ketinggalan dalam akademik mereka.

Sesi 3 : School With Character
Oleh : En Abdul Halim (Kaunselor)

Sesi yang paling seronok aku ikuti. Dari awal aku dengar sampai habis. Tak tertinggal satu pun gelak tawa.. Memang tak bosan langsung. Almaklum la, dia ni pun bekas tenaga pengajar di sekolah aku. Dia dah kenal sangat dengan budak-budak sekolah. Baru kutahu sekolah aku pernah memenangi satu anugerah "SCHOOL WITH CHARACTER". Bila dan di mana, tak pasti...

Yang penting, perlu ada :
Commitment
Sincerity
Teamwork
Student management System
Integrity
Responsibility

Baru lah dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang..

Keseluruhan LDP kali ni berbaloi. Betapa fokusnya aku masa LDP tu sampai takda satu pun gambar aku snap. hiii... Ni pun amik daripada OP.

Me witk Kak Elly and Kak Yati..

Petang kami ada Family Day yang sgt havoc!!!! Loikeeee!!!!!!!!!

Muara Beach Resort : 3D2N Not-So-Vacation

Monday, October 25, 2010

Hai friends!! Rindu korang semua. Rindu nak blogging. Tapi bz yang amat.. tak sempat update.. Last weekend kena keja lagi. Kami ke Kuantan sebab Liza ada seminar + Family Day. Kami bermalam di Muara Beach Resort. Itu pun nasib kawan dah booking awal utk kami sebab mostly fully booked.

Kami booked deluxe room sebab Adam dah besar. Tak muat utk double bed. Masa dia baby dulu senang, minta baby kot. Tapi sekarang kenalah tambah satu bed lagi. Baru best, kan ayah, kan?? :P
 As usual, checking light and camera hidden. Hihi...

Sampai-sampai ja, Adam nak upah nenen. Haiya..mama baru je nak posing



Best ke? Macam biasa je tempat dia. Perabot kat bilik pun macam dah nak expired.. Tapi satu je yang best. Bilik kami mengadap laut... Terdengar desiran ombak.mengubah pasir di pantai....
 Buka pintu je, terus nampak pantai. Bestnya..........

Adam melayan tv..Tengok la tgn dia kat belakang tu. Gaya pemerhati tak bertauliah

Budak yang letih tunggu ayah..Kesiannya. Actually, Adam ajak ayah mandi kolam tapi ayah 'ngelat'....Sampai tertido depan tv

Hari kedua kami baru sempat jalan-jalan kat pantai setelah mama selesai seminar. 

Bangun awal pagi tunggu sunrise...Nyamannya..

 Lovely..

Again.. Beach observer


With my senior..Kak Mazwin

Sita, Kak Mazwim with their hubbies

Inilah resort kami.. Masa ni Adam nangis..Mama nak kena p keja da...

Jom, tengok aktiviti mama di Balok SeaView on the next entry k!