Sentosa Resort World, Singapore

Friday, December 31, 2010

Assalamualaikum... Hari ni cuti. Best la korang. Liza kena datang keja jugak, nak kemas lab.. huhu.... Ni menyempat gak blogging kejap. kekeke....

Tak sempat nak sambung cerita percutian kami ari tu. Ni baru nak cerita pengalaman berjalan di Kota Singa. Owhh.. Mak Ai. Mencabar gilers! Teruskan membaca yer.

Kami bertolak dari JB dalam pukul 8.00 pagi, ke Larkin untuk ambil bas. Setelah tukar mata wang dan buat 'White Form', kami naik bas 170. Di sini cabaran kami bermula....

Dalam bas, Adam dah mula nak minta nenen. alahai, Adam.. Ingatkan dah jalan-jalan ni lupa nenen. Rupanya, asal duduk je atas riba mama, terus ketagih. So, dalam bas tu mama nenenkan Adam, sembunyi-sembunyi kat tepi tingkap...

Kami melalui prosedur biasa di sempadan, then sampai la kat Stesen MRT Kranji. Masa nak beli tiket ke Harbourfront, Adam minta lagi nak nenen. Bayangkan tadak tempat duduk kat situ. Pujuk-pujuk, kami naik MRT..

Dalam MRT Adam asyik kacau orang. Pegang kuku, rambut orang.. Siap ada yang menjeling tajam lagi. Sungguh tak selesa. Bila Adam meragam teruk, kami terus keluar MRT. Waktu ni Allah jer yang tau. Dalam hati terdetik, susahnya naik public transport... Ada lah beberapa kali aku nenenkan Adam sebelum sampai ke Stesen Sentosa. Kami amik bas ke Sentosa Resort. Bayar SGM10 (tambang bas + admission fee Sentosa Resort). Fuh, lega!
Adam request nak tangkap gambar kat lion nih..

 Rasa cam nak cubit jer pipi budak ni.. yang selalu jer kreatif cari 'pasal'.. haha... Ni masa sampai kat Harbourfront.

Sampai di Imbiah Station, Adam tertidur..... Kami ambil bas Blue Line (free) untuk ke Imbiah Lookout. Disebabkan Adam tidur, aku dukung dia. Tak bestnya rasa sebab kalau tak, Adam boleh main kat sungai-sungai kecik, jalan-jalan kat Merlion Walk dan tengok pemandangan Singapura kat Imbiah Lookout...
Ni kat Merlion Walk.. Geli aku tengok ular panjang-panjang kat sini..

Ni Adam baru bangun tidur... mamai lagi

The letter O...

Adam dah mula naik syeikh. Nak main air kolam

Adam always 'good' with ayah

Lepas ni, kami terus ke naik monorail untuk ke Waterfront, where se can meet The Universal Studio Theme Park...




    


Mengimbau Kenangan Di Johor

Wednesday, December 29, 2010

Dari Kota Tinggi kami bertolak untuk check di Hotel Seri Malaysia, JB. Awal-awal sampai jer, my hubby terus check TV1. haha. Apa taknya, malam tu ada Perlawanan Akhir Pertama Piala Suzuki AFF, Malaysia menentang Indonesia. Check punya check, TV1 jer tadak. TV lain clear.. Kecewanya dia, aku tau. Siap panggil technician betulkan. Malangnya, tak dapat jugak sebab punca bukan tv tapi TV1 memang susah dapat kat area tu.. (betulkah orang-orang JB?) Tak pa, katanya, ada cara lain... Tonton kat kedai.
 Posing atas katil

Alahai, cam manja lah tu gaya Adam tuh..

Then, kami bergerak ke Skudai.....

Johor Bahru merupakan tempat aku belajar dahulu. Menyusuri dari Kota Tinggi ke Johor Bahru bak mengutip kenangan-kenangan  silam bersama kawan-kawan, sahabat-sahabat dan teman di UTM, Skudai. Melalui Stulang, CS, Angsana dan Skudai Parade seperti tergambar satu persatu perjalanan sebagai seorang pelajar. Campus Life aku dari 2000 - 2004.

Teringat bagaimana pada zaman bergelar pelajar, aku bersama kawan-kawan, Liza dan Kak Zul akan menaiki bas untuk ke Skudai Parade, Angsana mahupun CS kerana itu saja pengangkutan yang kami ada. Menyusuri bawah jambatan sebelum ke Angsana mengundang bahaya sebenarnya. Banyak mat pit aka penagih yang lepak di bawah jambatan tapi kami pasrah. Kalau naik teksi, mau 2,3 ringgit beza...

Seronok mengenang zaman itu. Kalau ke Stulang, pasti pergi bersama kawan-kawan sekolah. Kawan-kawan, ingat tak zaman itu?

Kalau nak lepak Restoran Aliff atau Payung (area Sri Puteri), pasti Pait menjadi teman skuter. Pernah sekali, aku hantar Pait ke Sri Puteri yang hendak pulang ke kampung, aku yang bawa moto dia tu, jatuh lubang punya besaq Ya Rabbi, depan Hotel Kelana, nasib baik tak eksiden. Almaklum la, penunggang tak bertauliah yang bawak.. haha.... Nasib tak jadik apa skuter Pait (eh, skuter Pait ke Nana punya ar...) :)

Rindu lah kawan-kawan woih...

Masa kami melintasi UTM, aku minta my hubby singgah sekejap di sana. Harap-harap Pak Guard tak la strict sangat minta matrik card.. (Eh, rupanya dah lain la entrance UTM. Dah diubah ke depan roundabout).. Kami lalu di situ, lepas. YES!!! Sampai di pintu gerbang, tiada PAk Guard di situ. YES! YES!! Terus menuju ke Kolej Tu Fatimah, asrama aku ler..... Rindunya.... Sebelum sampai ke situ, my hubby sempat melencong ke Pusat Kesihatan UTM. Mungkin dia nak kutip kenangan di sana jugak... Mula la keluar cerita lama..

"Abang selalu mai sini, asyik injured jer masa dulu. Siap ada kawan hantar masa kaki injured, masuk wad..." Waah, aku tak pernah tau pun. Baiknya kawan abang tu yer? (Nada jeles!)

Then, baru la kami masuk KTF. Aku menginap di asrama dari Tahun Satu sampai habis belajar lah, kiranya....

Aku minta my hubby snap tempat yang pernah aku tangkap 10 tahun dulu.. Dekat cendawan ni..

 Kat pondok menunggu depan Dewan Belian

 Ni kat pintu masuk KTF.

H04, blok asrama pertama aku duduk. Masa Tahun satu, aku roomate dengan Norazliza.(Liza gak) sebab tu classmate panggil aku Yati termasuklah Mat Jiwa (my hubby).

Ni lah pondok pertemuan aku dengan Mat Jiwa. Bukan berjanji tapi Mat Jiwa buat-buat terserempak dengan Yati...Dulu-dulu parking motor ni adalah gerai majalah / suratkhabar...

MSI dan PSZ..

Ni Tingkat 2 PSZ... Aku selalu study sorang-sorang kat sini, siang dan malam. 
Ada kenangan di sini :)

Hah, dah selesai mengenang kisah silam. Petang tu, kami ke rumah kawan my hubby kat Pulai Indah (Jipang dan Seri). Cantik sangat rumah kat sana... Waaahh, dah la deco dorang cantik sangat. Siap ada pondok rehat kat luar.... Masa ni Kawan my hubby offer untuk tanya tiket USS kat sepupu dia. Mula la aku brharap. Tapi, malangnya, sepupu dia pun ckp tiket dah sold out.. Kecewa kali kedua....

~Akhirnya, kami hampir pasrah.. No more USS this time. Maybe next time?~



Panduan Memilih Tadika Untuk Anak-Anak

Saturday, December 25, 2010

Assalamualaikum...
 
Saat kawan-kawan membaca entri ini, pasti saya dalam perjalanan ke Kota Tinggi atau JB. Doakan keselamatan saya sekeluarga yer.
Tahun depan Adam akan memulakan kehidupan sebagai pelajar. kekeke. Pelajar di sebuah tadika. Sebagai permulaan, aku tidak berapa memilih tadika. Walaubagaimana pun, masih mengikut panduan untuk memilih tadika terbaik untuk Adam.
Berikut merupakan beberapa panduan yang boleh dikongsi mengikut Bawang Goreng : 
1.Mesti berdaftar

Anda kena pastikan taska/tadika ada lesen dan pernah mengikuti kursus
anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat. Taska dan pusat jagaan mesti berdaftar
dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tadika pula dengan Jabatan
Pelajaran.

Amat mendukacitakan apabila diketahui sehingga kini 80% taska masih
beroperasi secara haram dan gagal mendaftarkan operasi mereka dengan Jabatan
Kebajikan Masyarakat. Malahan ada pemilik taska yang mengemukakan lesen
palsu demi mengaut keuntungan.

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) merupakan suatu akta untuk
mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman
asuhan kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya iaitu
memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang
memerlukan perkhidmatan taska semasa ibu bapa mereka di tempat kerja. Selain
itu, akta ini juga mewajibkan pendaftaran taska yang mempunyai lebih
daripada 9 orang kanak-kanak di bawah usia 4 tahun. Apa yang penting akta
ini digubal untuk memastikan hak kanak-kanak dilindungi, iaitu dari segi
perkembangan, kebersihan dan keselamatan.

2. Berjumpa, bersemuka dan berbincang dengan pengusaha/penyelia

Hasil daripada perbincangan itu, anda akan dapat melihat dan menilai sendiri
bahawa pengusaha/penyelia taska/tabika itu mengetahui sedikit sebanyak
mengenai tata cara, peraturan dan penjagaan anak-anak.

Pastikan pengusaha/penyelia itu seorang yang mesra, peramah dan penyayang.
Daripada situ juga anda boleh menilai sama ada dia mempunyai pengalaman,
terlatih, minat pada tugas dan ikhlas. Jika dia suka kerja itu, maka
anak-anak kita akan gembira. Keikhlasan, pengalaman dan pendedahan latihan
sangat penting.

Perhatikan juga siapa yang bakal mengasuh/mengajar anak anda. Pastikan
pakaian dan akhlaqnya. Ini amatlah penting! INGAT! Selain ibu bapa menjadi
pendidik utama, pengasuh juga merupakan tangan pertama yang akan menentukan
masa depan kanak-kanak. Anda perlu ada ‘bonding’ dengan pengasuh anak anda.
Jangan lupa ambil nombor telefon dan sekali-sekala anda boleh bertanya
tentang anak anda dan perkembangannya.

3. Keselamatan

Perhatikan tahap keselamatan di tempat jagaan tersebut. Pagar mestilah
sentiasa berkunci, ada tangga kecemasan untuk rumah dua tingkat. Perlu
diingatkan, hanya rumah banglo dan corner lot sahaja yang dibenarkan untuk
menubuhkan taska/tabika. Intermediate house adalah dilarang.
 
4 – Kebersihan dan Penyediaan Makanan

Anda boleh bertanya tentang makanan yang disediakan oleh taska/tabika.
Makanan yang disediakan mestilah yang berkhasiat. Anda boleh minta izin
melihat keadaan kelas dan melihat dapur. Pastikan ia dalam keadaan bersih
dan memuaskan.
 
5. Bayaran Yuran

Anda perlu bertanya dengan sejelas-jelasnya dan kalau memungkinkan boleh
tawar-menawar jika yurannya terlalu mahal. Buat perbandingan dengan pusat
jagaan lain. Tanyakan juga bayaran lebih masa jika anda terlambat mengambil
anak.
 
6. Program

Pastikan pusat jagaan mempunyai program tersusun supaya anak-anak mendapat
pengisian mental, jiwa dan emosi sewajarnya. Anda yang membayar pusat
jagaan, anda mempunyai hak untuk mengetahui apa yang diajarkan kepada anak
anda.

Tahukah anda, sebenarnya, setiap anak tidak kira usia ada program pengisian
walaupun ia cuma seorang bayi. Setiap individu yang memilih kerjaya sebagai
pengasuh taska/tabika harus mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK).
Mereka perlu membuat Lesson Plan/Rancangan Mengajar. Ini adalah guideline
dan peraturan JKM yang telah ditetapkan untuk setiap pengusaha Taska/Tabika.
 
7. Fardu ain

Pastikan tempat yang anda pilih adalah taska/tadika yang Islamik. Ini
amatlah penting dan ringankan mulut untuk bertanya apa yang diajarkan di
sekolah tersebut. Ada tadika dan pusat jagaan menawarkan pembelajaran fardu
ain. Bagaimanapun, anda perlu pastikan bagaimana mereka menekankan kegiatan
amali mengambil wuduk dan solat.
 
8. Takaful

Pastikan pusat jagaan mempunyai insurans takaful.
 
9. Kegiatan membabitkan ibu bapa

Adakah mereka menggalakkan kegiatan seumpama ini?
 
10. Peraturan taska/tadika/pusat jagaan

Pastikan pusat jagaan mempunyai peraturan dan simpan satu salinannya.

11. Keceriaan

Pastikan suasana riang dan ceria di sekitarannya. Suasana banyak faktor
penggalak pengembangan minda anak-anak.

Bagi anak yang berumur empat tahun ke atas, menghantar anak ke taska boleh
menggalakkan perkembangan minda anak-anak di tahap ini kerana konsep bermain
sambil belajarnya yang lebih bebas dan sesuai pada tahap usia ini.
 
11.Bayaran balik

Anda perlu bertanya mengenai bayaran yang telah dibayar jika bertukar
fikiran sebelum habis sebulan anak dihantar ke situ. Bolehkah anda dapatkan
sebahagian bayaran balik daripada yuran yang dibayar? Ramai ibu bapa tertipu
dalam perkara ini.
 
12. Tawakal

Senyum selalu, banyak berdoa dan tawakal. Insya-Allah, semua masalah boleh
diatasi.
Moga info ini amat berguna untuk anda yang ingin menghantar anak-anak ke tadika.




  

Universal Studio's Tickets Sold Out??

Friday, December 24, 2010

Semalam yang indah, dah ku uar-uarkan nak ke Universal Studio 27 Dec ni... Tup-tup rasa macam tak dapat pergi jer? Semalam kan baru start goolge....(tu la, org suh srvey awal2, duk blogging jer..) Bila nak order tiket secara online, dia kata sold out! Arghh!! Bengangnya!! Tak tau plak tiket boleh sold out. Kat Genting, Tambun tak pulak sold out. Hari-hari jual pa.. Senang jer nak dapat?!

Cuba korang kecikkkan mata tengok, semua pakej dah SOLD OUT

Huh. Down down down sekarang ni. Rasa cam tak best, nak jerit arghhh.. Tapi kata my hubby, jgn tension2.. Banyak lagi tempat untuk dilawati.. Tapi, objektif asalnyer USS.....

Ke sebenarnya ada limit untuk online booking? Ke sebenarnya kita still boleh dapat walk in ticket bila beli direct kat sana? Ke sebenarnya aku tersalah tempat booking? Adoi!


Sekarang mind set dah kata no more USS tapi hopefully, ada seorang mak cik atau pakcik yang tiba-tiba rasa nak jual tiket dia kat kami dan kami boleh masuk. Yeay!!! Hopefully.........................




   

Tempat-Tempat Menarik di Singapura

Thursday, December 23, 2010

Cuti-cuti sekolah ni dah ramai yang bercuti untuk berjalan-jalan makan angin. Saya yang cuti panjang ni masih belum berjalan ke mana-mana. Cuma hujung minggu ni kami bercadang ingin ke Kota Singa dan melewati Johor.... Nih my assignment my hubby bagi dah lama tapi hari ni baru terhegeh-hegeh nak google. Ada beberapa info menarik yang dah dapat but more more info masih tak dapat google.. Kredit to Pak Budi.

Kampung Arab (Arab Street/Kampong Glam)
Terletak di North Bridge Road. Di daerah ini terletak Masjid Sultan (Sultan Mosque) dan Malay Heritage Centre. Cara  ke sana: MRT stesen Bugis.

China Town
Tempat menarik: Kuil Thian Hock Keng,  Pura Sri Mariamman, Smith Street Wet Market, Food Street. Cara ke sana: MRT stasion Chinatown atau Outram Park.
Little India
Terletak sepanjang Serangoon Road. Tempat menarik: Masjid Abdul Gafoor, Kuil dan Pura. Cara ke sana: MRT stasion Little India dan Farrer Park.
Katong
Terletak di East Coast Road dan joo Chiat Road, tempat jajanan makanan yang menarik dari pelbagai tempat. Cara ke sana: MRT stesen Paya Lebar atau Eunos.

City Hall dan Padang
Terletak di antara Connaught Drive dan St. Andrew’s Road. Lapangan luas tempat bersejarah berdirinya negara Singapore. Cara ke sana: MRT terdekat stesen City Hall.


Bideford Junction Crosswalk
Terletak di daerah Orchard, antara Paragon, Park Hotel at Orchard, Meritus Mandarin Hotel dan Ngee Ann City. Setiap hari mulai pk 19.30, setiap 30 menit lalu lintas di Bideford Junction akan berhenti selama satu menit. Selama waktu ini, daerah itu disirami oleh empat skenario tata cahaya yang mempesona, yaitu: “Singapura Kota Taman”, “Berjalan Di Air”, “Aurora (Cahaya Kutub Utara)” dan “Langit Malam Berbintang”. Cara ke sana: Stasion MRT Orchard.
 
Carlsberg Sky Tower
Terletak di sebelah cable car ke pulau Sentosa. Carlsberg Sky Tower memberikan pemandangan ke seluruh kota Singapura, Sentosa, Southern Islands bahkan Malaysia dan Batam dari ketinggian 130 meter. Tiket masuk S$10/ dewasa dan S$6  (Anak 12 tahun ke bawah).

DHL Balloon
Terletak di Tan Quee Lan Street, Bugis. Belon ini merupakan salah satu yang terbesar di dunia. Belon ini dapat membawa 29 penumpang dan terbang sampai ke ketinggian 150 m, untuk menyingkap sebuah pemandangan kota yang mempesona seluas 360 darjah. Selama 7 – 10 minit, kita akan terbang melihat seluruh pelosok kota. Jam Buka Senin s/d Minggu: 11.00 s/d 21:30. Tiket masuk: Dewasa SGD23, anak-anak SGD13 (3 – 12 th), Anak-anak di bawah 3 tahun SGD2.
Cara ke sana: Naik MRT dan turun di stasiun Bugis (EW12) lalu berjalan ke tanah lapang di samping 7th Storey Hotel.

 G-Max Reverse Bungy
Bungy pertama di Singapura. Jam buka Senin s/d Kamis: 3 siang s/d 1 pagi. Tiket masuk $40 per orang.
Lokasi di Clarke Quay, River Valley Road. Cara ke sana: Naiklah MRT lalu turun di stasiun Clarke Quay, keluar di Eu Tong Sen Street lalu belok kiri dan menyeberangi Coleman Bridge.


Singapore City Gallery
Ruang pamer arsitektur negara Singapore dalam bentuk miniatur. Ada sekitar 50 pameran yang dapat dicoba dan terminal layar-sentuh, galeri ini menjanjikan sebuah pengalaman yang seru dan membuka wawasan kita tentang pertumbuhan Singapore. 
Jam Buka: 9.00 – 17.00 (Senin s/d Sabtu), Hari Minggu dan hari libur umum tutup. Tiket Masuk: Gratis.
Lokasi : The URA Centre, Maxwell Road. Cara ke Sana: Naiklah MRT turun di Tanjong Pagar Station (EW 15).

Singapore Flyer (Kincir Angin)
Terletak di Marina Bay, dengan diameter roda hingga ketinggian 165 meter. Kita dapat menyaksikan pemandangan Singapura, seperti  Marina Bay, Gedung Esplanade, Pulau Batam, dll.
Jam buka setiap hari dari pk. 8:30 s/d 22:30. Lokasi di Raffles Avenue. Cara ke sana: Naik MRT ke Stasion City Hall, jalan kaki ke arah Marina Bay.

Singapore Science Centre
Singapore Science Centre memiliki sekitar 850 lebih wahana interaktif yang menggambarkan keajaiban dan keindahan ilmu pengetahuan. Selain itu ada juga Kinetic Garden yaitu taman iptek interaktif luar-ruang pertama di Asia. Selain galeri pertunjukan utama, Omni-Theatre merupakan biskop dan dilengkapi Virtual Voyages Simulation Theatre dengan 18 kursi, tempat para penonton mengalami fenomena iptek secara visual sekaligus fisik, dengan sebuah kisah petualangan selama 15 menit. 

Jam Buka : Setiap hari dan hari libur sekolah, kecuali Senin. Antara jam 10.00 pagi sampai 18.00 sore.
Tiket Masuk: Dewasa SGD 6, anak-anak (di bawah 16 tahun) SGD 3, lansia SGD 3.60. Pertunjukan Film Omnimax: Dewasa SGD 10, anak-anak (3 sampai 12 tahun) SGD 5, lansia SGD 7. Film IMAX DMR: SGD 12 per orang (hari kerja), SGD 15 per orang (akhir pekan/hari libur umum).

Lokasi: Science Centre Road, Jurong East. Cara ke sana: Naik MRT ke Jurong East Station (EW24/NS1) lalu naik bis SBS nomor 335.

Ski 360°
 Ski kabel (atau main ski tapi pakai kabel) adalah ski air yang ditarik oleh sebuah kabel di atas. Kecepatan laju kabel tersebut sama sekitar 58 kilometer perjam (sama seperti kecepatan speed boat).
Jam buka: Senin – Jumat: 10.00 s/d 22.00. Sabtu, Minggu, Hari Libur: 9.00 s/d 22.00.
Lokasi: East Coast Parkway Singapore. Cara ke sana: Dengan Bis: 401 dari Bedok Interchange.  

Song of The Sea.
Berlokasi di laut pulau Santosa, pertunjukan ini menampilkan permainan api, laser, jet air, ledakan lidah api dan pencitraan komputer dilengkapi dengan lagu-lagu.
Jam Buka: Setiap malam, 19:40 dan 20:40.
Tiket Masuk: SGD 6 (dewasa / anak-anak).
Lokasi: Beach Station. P. Santosa


Dear friends, kalau korang pernah jenjalan ke sana, boleh kongsikan bersama di sini...Sambil Liza google2, bleh dpt info drp kawan2 :

1. Kami akan bertolak 25 Dec (Sabtu) dan balik pada 28 Dec (Selasa).
2. Transportation : Kereta ke Johor dan public transport ke Singapura.
2. Kami peruntukkan 2 hari max ke Singapura and the rest akan berada di Kota Tinggi dan JB.
3. One MUST place to go ialah USS.
4. Yang lain belum pasti sebab tak tau jalan. 


Benda ni berlegar-legar di minda,
1. Dari Johor ke USS naik apa? Tune Hotel JB (Call : 0133861001) ada offer shuttle bus ke USS, sangat murah tapi belum decide dgn my hubby.

2. Kalau naik bas dari Johor, berhenti kt town, but then camna nak access ke Universal Studio? Berhenti kat stesen apa?

3. Apa tempat-tempat menarik yang dekat-dekat antara satu sama lain, so that boleh cover percutian dalam satu hari jer...

Percutian kami ni dikira budget destination. Walau budget sikit, masih nak berjalan. Yang penting ingin mengambil pengalaman, biar luas pandangan...




   

Enam Fakta Jongkong Emas

Sunday, December 19, 2010

Pagi-pagi makan mee, korang sihat ke hari ni? Liza kat kampung... Hanya sempat kemaskini seketika.. Selainnya, melayani aktiviti kampung. Enjoy my day...

Jom tengok enam fakta tentang jongkong emas :

1. Ketul logam emas berbentuk empat segi

2. Jongkong emas dihasilkan dengan menggunakan 99.99% emas.

3. Setiap jongkong emas mempunyai Sijil Ketulenan yang disahkan oleh Certified Assayer.

4. Terdapat jongkong emas dengan berat 10 g, 50 g, 100 g dan 500 g. 

5. Jongkong yang terlalu tebal mungkin mengandungi kurang kandungan emas 916.

6. Jongkong emas yang popular adalah emas 916 dan 999.

Dulu ingatkan bentuk jongkong camni ja... Tak terfikir rupanya camni :
Ni jongkong 20 g Poh Kong

Ni Public Gold punya

::Credits to Google::

Sumber Fakta : Mingguan Malaysia



Bagaimana Nak Kaya Dengan Emas?

Friday, December 17, 2010

Assalamualaikum semua.. Apa khabar? Sejak akhir-akhir ni rasa sunyi, sepi di sini.... Tiada seri dan tiada teman bicara. Mungkin lama sangat bercuti. Tak sabar nak balik kampung malam / esok pagi... Berjumpa kawan-kawan lama... Bertukar-tukar cerita. Moga kesedihan ini dapat diubati..

Pernah dengar pelaburan emas? Aku ni jakun sikit. Sebelum ni tahu emas boleh dilaburkan cuma tak tahu cara dan gayanya. Tapi, bila kawan aku ghairah bercerita keuntungannya melabur emas di Public Gold, aku jadi teruja. Teringin jugak nak duit lebih. Makan gaji ni duit hanya cukup makan dan pakai saja. Bersyukur apa yang ada tapi tidak salah mencari pendapatan sampingan, bukan?

Ar rahnu ada di Agrobank, Yapeim, dan beberapa koperasi lain ada juga sediakan perkhidmatan ini. Maybank ada sediakan Emas Kijang...

Di sini aku ingin kongsikan cara untuk melabur emas  di Public Bank :

1.Tengok harga pasaran emas GIA PB kt website Public Bank. Ni url dia, klik jer http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html. Untuk beli emas, pastikan kita tgk SELLING PRICE (bank jual emas kepada kita). Untuk jual emas, kita tengok harga BUYING PRICE (kita jual emas kepada bank). Ni contoh dia..



2.Pekara yang penting atau perlu ada bagi membuka GIA PB ialah

  • Duit RM250 untuk membuka Buku Akaun Wadiah PB ( Saving Account).
  • Duit RM10 untuk duit setem bagi Perjanjian Akaun Pelaburan Emas.
  • Duit untuk membeli 20g emas bagi permulaan GIA PB.
  • Duit RM8 bagi mereka yang nak gunakan ATM Card.
Untuk artikel berkaitan pelaburan emas, sila klik sini.

Catatan :

1. Yang penting pastikan duit tu bawa lebih sikit, jangan bawa cukup-cukup jer. Nanti risau tengah isi borang tiba-tiba lak harga emas naik ms kt kaunter. tak cukup lak duit nanT. Susah. Tapi kalau harga emas turun. kita la untung sebab dapat beli emas dgn harga yang murah. Tersenyum la masa tu.

2. Boleh jugak kita beli sikit-sikit daripada kedai emas seperti di Poh Kong cuma kena berhati-hati dengan gambar haiwan pada barang kemas tu sebab sesetengah bank seperti Agro Bank tidak terima untuk dipajak...

3. Kalau buat personal loan dan laburkan kesemua dalam pelaburan emas, masih menguntungkan walau terpaksa membayar hutang personal loan setiap bulan kerana emas sentiasa naik setiap tahun..

Korang dah melabur dengan emas?

~Tun M juga menggesa rakyat melabur dengan pelaburan ini~




    

Kebaikan Berenang Untuk Kanak-Kanak

Tuesday, December 14, 2010

Seronok kan tengok budak-budak kecik dah pandai berenang? Kalau omputih lagi la..Baby2 lagi dia campak dalam air. Naturally baby memang boleh berenang sebab dia memang dah biasa berenang dalam 'perut' mak dia selama sembilan bulan lebih..

Banyak manfaat boleh dierolehi keatas kanak-kanak yang diajar berenang dengan cara yang lembut, beransur-ansur dan kanak-kanak bebas bergerak ulang alik. Kajian menunjukkan banyak faedah diperolehi daripada aktiviti berenang dan ini diakui oleh ibu bapa seluruh dunia. Antara kebaikan berenang ialah banyak peningkatan untuk perkembangan mental, fizikal, emosional,
dan sosial.

Satu kajian dikendalikan oleh Professor Liselott Diem dari 1974 hingga 1976 di German Sports Collage di Cologne, Jerman mendapati kanak-kanak yang mempelajari berenang pada satu peringkat awal menunjukkan pembanguan lanjutan dalam:
  • kemahiran motor kasar dan halus
  • refleksi (masa tindak balas)
  • Kuasa tumpuan (fokus)
  • Kepintaran / kecerdasan
  • Tabiat sosial
  • Interaksi sosial
  • Keyakinan diri
  • Kebebasan
  • Boleh menangani situsi yang diluar jangka.
Kanak-kanak ini didapati cukup laras berbanding rakan sebayanya yang tidak terlibat dalam program renang. Peningkatan dalam kedua-dua faktor iatu self -esteem dan independance menjadi faktor yang berkaitan antara satu sama lain. Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang diajar berenang sejak kecil akan menunjukkan interaksi yang positif dan ikatan yang kukuh dengan ibu bapa mereka.


So, kami pun beriya la nak bagi Adam pandai berenang.. dari dia kecik mula-mla boleh berjalan dah cuba ajar dia berenang..

Ni first time masukkan dia dalam kolam

Try dengan floaties

Coach yang setia mengajar.

Student yang tak jemu belajar

 Bila kan pandai berenang?




    

MAHA 2010 l Part 1

Monday, December 6, 2010

Korang pergi MAHA tak? Rata-rata mesti pergi kan? Minggu lepas ada la kami pergi beramai-ramai dengan keluarga mertua. Dorang datang sempena cuti-cuti sekolah walau adik ipar aku ni tak berapa nak cuti sebab ada tuisyen..(bagus2...walau cuti tetap ingat study) So, dorang sempat duk sekejap jer la dan sempat ke MAHA 2010. Jom tengok perjalanan cerita kami di MAHA 2010..

Kami pergi hari Khamis sebab tak nak bersesak-sesak di hari minggu. Konvoi 2 bijik keta. Aku drive (my hubby keja) dan satu keta lagi Shukri, our new family member..hehe.. Disebabkan my hubby kerja, aku prepare bawa packing bag supaya senang handle Adam dan cukup tangan nak kawal Adam. Dari rumah aku dah bayangkan keadaan aku mengawal Adam kat sana tanpa my hubby. Uwaaa!!!!

Cabaran 1 : Aku parking kat area bawah, terasing dengan mak ayah mertua aku sebab agak jem masa sampai dah terputus hubungan. Jadi, kami parking agak jauh dari gerai. Menapak lah kami lebih kurang 1 km...

Kami jalan-jalan dulu kat gerai laur. Lepas tu baru masuk Dewan B.. Jabatan Perikanan dan Pertanian...

Adam duk tengok penyu ni sampai tanak keluar dari situ. Dah la sesak! huhu..

Cabaran 2 : Macam biasa la, menangkap Adam yang berlari sana-sini.. Haduh.. Mama tak jalan ke mana pun sebab tak sempat, asik berlari tangkap dia.. huhu.. Thanks to MAHA crew yang sediakan servis ni. In case Adam hilang, dorang boleh trace back.

Ni dapat duk rilek sebab berhenti mkn kt cafe dalam dewan. Bihun goreng dalam plastic container RM6..mak ai, mahainya..Nasib sedap.

Kek ladang kambing lembu ko? tak lah. dalam dewan jer..

Cabaran 3: Orang makin ramai dah waktu ni.. Panas lit-lit orang Peghelih kata. Kami beratur panjang untuk naik bas nak ke ladang ternakan. huiyoo. Adalah dekat 300m barisnya. Nasib bas yang disediakan tak putus-putus...

Ni sampai kat Ladang Lembu, kami naik kuda...Adam dapat naik dua kali sebab masing-masing nak jadikan dia 'penyeri gambar" ahaks.

Budak yang handle kuda tu baru 12 tahun tau. Kesian giler tengok dia macam letih dan kepanasan kat atas kuda tu.. Aku terfikir yang dia mungkin cari duit lebih cuti sekolah ni kan...

Aku terjumpa kawan sekerja aku daa.. Aimi.

Kami bergerak ke bahagian jentera sebab nak jumpa seseorang kat sana.. Paksu Lan kami bertugas kat MARDI. Dia jaga bahagian teknologi makanan. Korang ingat tak entry aku pasal Lemang Moden? Paksu la yang buat... 

Paksu tengah tunjuk kat kami mesin buat kuih goyang / loyang.. Pulun la suh paksu terang semua benda yang ada kat situ. Mesin yang ada kat situ ialah mesin penggredan buah, mesin mengupas kulit buah dan mesin membuat kerepek.

Cabaran 4 : Punyala susah nak suh dia berhenti main dengan satu-satu benda. Jumpa kolam, asik nak duk tepi kolam. Jumpa benda ni, asik nak vroom vroom jer.. haha.. Rajin gak la Wan melayan dia, bagi can dia merasa jadi petani moden. haih.

Cabaran 5 : Sampai kat dataran utama, Adam dah terlentok kat bahu aku. Letih sangat lah tu dari kul 11pagi sampai ke petang kami berjalan. Aku.. dengan beg di belakang dan berat Adam tu... bengkok gak la...Menapak lah kami semula ke parking lot dengan mengendong Adam di bahu...

Penat, lesu walau tak sampai separuh pun kami berjalan.. huhu.. Serik gak rasa tapi manalah tau esoknya mai lagi. hehe



~Credit to my SIL, Zuhaira for all the pictures taken~