Kencing Kotor Ketika Mengandung

Friday, April 1, 2011

Kencing kotor sering terjadi pada wanita mengandung kerana tekanan yang berlaku pada struktur pundi kencing akibat dari rahim yang membesar.Akibatnya kencing tidak dapat keluar dengan sempurna menyebabkan ia bertakung dan kuman pula senang membiak.


Sesetengah wanita tidak merasa apa-apa jika masalah ini berlaku tetapi sesetengah pula mungkin menghadapi tanda-tanda seperti :
  • Rasa berdenyut atau sakit di kawasan ari-ari
  • Kerap membuang air kecil
  • Kencing yang berwarna keruh atau berdarah
  • Rasa sakit setiap kali buang air kecil
  • Tidak boleh menahan diri dari membuang air kecil.
Jika kuman telah membiak  dan merebak naik dari pundi kencing ke ginjal atau buah pinggang, jangkitan ini boleh menjadi lebih serius. Ia boleh menyebabkan berlakunya komplikasi pada bayi.

Inilah masalah yang sering dihadapi aku ketika mengandung. Kali pertama dulu juga terjadi semasa mengandungkan Adam. Kali ni menyerang ketika kami bercuti di Terengganu tempoh hari. Daripada niat nak shopping sutera dan batik kat Pasar Payang terus bertukar tragedi berkampung di Klinik Bersalin. Huhu...

Waktu ni tak der feel nak shopping sebab perut sakit yang amat. Mak aku jer yang beriya memilih.... Masa ni Adam tengah happy sebab baru jejak kasih setelah berpisah selama sejam dengan mama.

                               Nangis celah kain cari mama... Kesiannya...

 Disebabkan aku dah tak tahan sakit and masa aku 'pee', aku ternampak darah, aku ajak suami ke klinik. Cuak gak waktu ni. Takut apa-apa terjadi...

Nasib ada klinik yang dibuka 24 jam. Kami tengok waiting list, mak ai panjangnya! Siap ada pesakit yang balik dulu then datang balik lepas Maghrib. So, rezeki kami la lepas tu. Boleh siap awal sket.

                       
                    Kami tunggu kat luar klinik jer sebab Q panjang kat dalam.

Doktor berikan ubat sakit perut, antibiotik dan bekalan asid folik. Hm.. Alhamdulillah semakin pulih sekarang walau masih kerap kencing. Pesanan doktor, minum air masak secukupnya, sekurang-kurangnya enam gelas sehari. Itu lah kelemahanku, tapi demi menjaga diri dan baby, akan kugigihkan diri sendiri. Chaiyok!!

                                        ~Korang pernah kena kencing kotor?~