3D / 4D Baby Ultrasound Scan l It's Very Cheap!

Sunday, July 31, 2011

Dah 24 minggu kandunganku sekarang. Dua kali scan, doctor tak dapat nak sahkan jantina baby sebab asyik kepit ja paha dia... Dalam hati teringin jugak untuk buat 4D scan memandangkan masa mengandungkan Adam dulu, aku tak berkesempatan, berketahuan sangat pasal 4D ni hehe... Klinik kerajaan lagipun..... Al maklum lah, ada masa-masa tertentu sahaja doktor akan scan.

Untuk kali ni, kami bercadang untuk ke 4D scan. Itupun setelah mengetahui ada satu tempat menawarkan harga yang amat berpatutan. Kebanyakan kawan-kawan yang pernah buat 4D scan menyatakan harga untuk 4D scan sekitar RM200. Masa tu aku rasa, hmm.. better tak payah la 4D scan ni. Baby kuar selamat gak.. Tapi harga yang klinik ni tawarkan RM100. Boleh try ni..

So, kalau korang nak buat 4D scan baby yang murah, I suggest this person. Ms Jezzlyn. Boleh buat appointment dengan dia terus sama ada di Petaling Jaya atau Ampang. Kami ke PJ Women Specilist Clinic sebab dekat dengan kediaman kami berbanding klinik di Ampang.

Perkhidmatan yang disediakan sangat memuaskan. Dengan RM100 tu kami dapat perkhidmatan yang memuaskan, printouts 3D scan and 4D video burnt in cd.

Paling penting, kami dah tau our baby's sex. IT'S A BOY AGAIN!! Mungkinkah daku kena bertukar persekitaran yang lebih kaum wanita berbanding sekarang, setiap hari mengadap kaum-kaum lelaki? Haha... But it's ok, next trial maybe?

Baby asyik tutup muka dengan tangan.....
 Teruja bila tengok dia menendang-nendang dengan aktif.

Video Liza tak uploadkan di sini. That one is just for our personal collection.

So, hajat nak buat 4D scan telah tercapai. Boy or girl is not a matter. Cuma harapnya baby selamat dilahirkan nanti..InsyaAllah..



Update : Kalau sesiapa berminat, boleh jugak like page Jezzlyn kat fb. 3D 4D Scan Malaysia atau contact terus Jezzlyn di no 017 6202933


Genting Theme Park l Indoor Park

Friday, July 22, 2011

Bila malam menjelang, kami terjah indoor. Semua Family Rides kami pulun. (Eh, Ferris Wheel tak naik la, ayah....) Tak banyak yang dapat naik. 3D Pirate Story tak Adam masuk sebab Adam tak lepas minimum height. Kena bagi Adam makan toge banyak-banyak lepas ni. Haha....

Jom layan piccas....

                       Ride de Paris ni Adam naik sampai tiga kali..huhu..

                                   Reindeer Cruiser yang agak boring..

                       Venice Gondola.. Adam dah ngantuk nak bergambar...

                                                           Carousel..

Adam naik lagi Ride de Paris setelah kecewa tak dapat naik bumper car.. (Adam kecewa ker ayah yang kecewa?)

                                     Last kopek malam tu...Happy riding!!

                                                 Good bye Genting!!

                                                             ~Daa~








Genting Theme Park l Outdoor Park

Wednesday, July 20, 2011

Cam tak de masa nak berceloteh sebab curi-curi masa semalam... Actually, kami pergi sana just on weekend. Stay one night at First Hotel (senang ke theme park dan murah)

                                         View dari bilik hotel 17905
Kami hanya dapat check in pada pukul 12.00 pm. Nasib dah booking hotel dan tiket theme park. So, tak de lah berjela-jela menunggu. Plus, sekarang dah boleh self check in. Guna kiosk jer...

Adam dah terlentok atas bahu ayah, letih main.. Haih, baru tengah hari Adam...

Tapi punyalah kami tak kasi dia tidur, kami kejutkan dia lepas check in hotel tuh. Rugi lah Adam tak main puas-puas.... :p

Nilah gaya budak ngantuk kena paksa main. Haha... Adakah kami 'kejam'?


Tengok mata Adam, steam giler sambil ayah cuba menghiburkan Adam.

                                                  Dah mula 'bangun'...



Seronok tengok gelagat Adam yang sangat happy. Berjalan sambil melompat-lompat dan skipping gembira. Mama yang terpaksa berputih mata tak dapat naik space shot, corkscrew dan cyclone. Tak pe, tunggu bila baby besar nanti. Malam nanti Adam nak 'kampoi' (pulun) main Indoor Park pulak..

See ya!














Our Short Vacation l Genting Theme Park

Tuesday, July 19, 2011

Hi, morning! Just update our vacation to Genting last week. Kena layan gambar ni sebab tak sempat nak bercerita. Next entry k! Ni gambar-gambar di outdoor park.... Kami sambung lagi nanti k!!

Just arrived, tak ramai orang lagi waktu ni

 See, Adam main sorang-sorang... Tak payah rebut-rebut dengan orang ramai


Peace!!


Marry-Go-Round slowly...


Horse geduk geduk!!

There is a story behind this scene

Adam request for this picture. Boring tunggu ayah main go-kart sensorang. huhu...



Tak dapat naik space shot..

Muka ngantuk tiba-tiba. Maybe boring naik train yang selow melow tuh...



 So, kami check in hotel dulu. Nanti sambung lagi k...

















Bagaimana Mengesan Madu Asli?

Tuesday, July 12, 2011

Minggu lepas aku ada membeli madu daripada penjual jalanan (tak jual tepi jalan tapi di tempat kerja aku) Aku panggil jalanan sebab dia menjual secara mendekati seorang demi seorang daripada kami. Dia menawarkan madu asli (katanya) Madu tualang dengan harga RM60 satu botol besar. Dalam hati terdetik, murahnya...

Kami sekeluarga memang terbiasa mengamalkan minum madu di rumah dan stok sentiasa ada. Disebabkan stok di rumah hampir habis, aku akhirnya membeli sebotol madu. Hati gembira sebab dapat madu tualang dengan harga yang murah. Ramai yang tidak percaya ia madu asli kerana sangat murah dan warnanya sedikit kehitaman. Bila aku rasa, rasanya sangat manis....

Dua hari lepas, madu yang aku beli itu meletup. Hah, camni!

                                    Bersembur, terpelanting tudungnya.

Aslikah madu yang aku beli ni?? Aku cuma risaukan keasliannya kerana setiap hari aku akan meminumnya. Kalau lah tiruan, tak pasal-pasal lak aku terkena kencing manis nanti...

Aku terjumpa artikel berkaitan madu asli ni. Ni berdasarkan apa yang aku copy dari link tersebut :

Sebenarnya madu yang paling tulen (lebih berkhasiat) dan terbaik di dunia adalah terdapat daripada lebah yang bersarang di hutan belantara dan di gurun-gurun pasir (pohon kurma). Madu HPA diambil daripada negara Iran yang bersumberkan daripada pohon-pohon kurma, zaitun dan tiin. Kandungan airnya kurang daripada 17%. Madu yang mempunyai kandungan air yang tinggi melebihi 17% mudah terjejas oleh yis (yang boleh menyebabkan berlakunya proses penapaian). Akibatnya madu menjadi masam dan mengeluarkan gas. Itu yang kadang-kadang boleh meletup tu. Ingat! yang meletup tu dah hilang keasliannya walau pun asalnya asli.


Disini diberikan beberapa tips untuk mengenal madu yang benar-benar asli.


1. Madu asli lebih tumpat daripada air. Apabila dicampur dengan air biasa dalam satu gelas ia tidak cepat larut malah ia terus jatuh ke dasar gelas.


2. Bila dititis atas kertas ia tidak akan meninggalkan kesan apabila dilap.


3. Celupkan kepala macis ke dalam madu. Kepala macis yang terkena cairan madu masih boleh dinyalakan bila digesek.


4. Madu asli akan membentuk heksagen di dalam air yang tak dikacau.
Wallahualam. Semoga kita tidak ditipu lagi....
 
              ~Korang ada pengetahuan atau pengalaman berkaitan madu asli?~