Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy

Wednesday, December 14, 2011

Post yg sepatutnya publish dua bulan lalu.. Dalam perjalanan balik dari PD, dalam hujan lebat, dalam kelaparan, kami ternampak ini banner... Terus brek mengejut sambil teruja tengok pengunjung yang ramai berebut-rebut tempat duduk. 

Walau hujan tempias masuk ke meja makan, kami tak berundur kerna tiada lagi pilihan. Terus order nasik kukus ayam panggang bersama air buah tembikai yang ceroi-ceroi. 

Sambil menunggu makanan sampai, kami memerhati gelagat tukang kipas ayam panggang. Dengan topi cowboy dan key di leher, tak berganjak walau seinci. 

Banner ni digantung penuh dalam gerai. Nak kata gerai, bukan gerai.
 Tapi nak kata restoran pun macam gerai ja.

Entah puas hati atau tidak setelah sama-sama belasah dua pinggan.Tak pa, yang penting, kenyang!

Mama suh duduk bawah tanduk tu, dia takut lak.

Inilah cow boy sebenar!

Pernah terserempak dengan kedai ni?

Hentikan Penggunaan Aquoes Cream!

Monday, December 12, 2011

Rentetan daripada entri lalu, aku memang gunakan Aquoes Cream semasa mandikan Azfar. Dah terbiasa sejak Adam baby lagi, aku gunakan krim ni sebagai 'sabun' sebab Adam dulu ada eczema. Rupanya, Azfar pun mengikut jejak, ada masalah kulit. So, aku terus request doktor krim ni. Tanpa banyak songeh, doktor bagi aje krim tuh.

Contoh Aqueous Cream di pasaran.

Tiba-tiba, aku dapat satu info yang betul-betul mengejutkan aku. (Thanks Dik Ah!). Aqueos Cream ni tidak boleh digunakan secara berterusan kerana didapati ada kesan jangka panjang. Korang baca di sini.

~Perlukah aku terus menggunakan Aloe Vera Jelly tu?~

De Bella Aloe Vera : Berkesankah Untuk Azfar?

Pagi ni niat di hati nak bertungku awal-awal sebab banyak lagi kerja menanti. Hari ni masuk hari ke-29 aku melahirkan Azfar aka berpantang dan hari ke-3 menjalani rutin tanpa mak di sisi. Agak kelam kabut sebab selalu mak aku akan masak, mandikan Azfar dan tolong apa yang patut. Tapi sejak tiga hari lalu semua aku buat sendiri. Belum dapat sesuaikan diri. :( Nasib sempat jugak aku memasak untuk dua hero yang cergas tuh. ;p

Niat untuk bertungku terbantut walau tungku dah panas kat atas dapur nun. Azfar asyik menangis ja dari pagi. Muka dia jadi ruam panas.Paling aku takut, telinga dia yang nampak agak kronik, berair. Aku cuba keringkan dengan kain dan letak medicated powder.. Kesannya, bedak tu jadi berketul-ketul di celah telinga dan leher.. Nak buat camna yer?

My SIL sugessted to put Izzera cream. Dia dah cuba untuk baby dia, berkesan. Tadi aku cuba letakkan gel aloe vera de Bella. Aku pernah gunakan gel ni masa Adam ada masalah kulit dulu.. Tapi Azfar nangis. Aku agak, dia pedih bila aku letakkan gel ni kat kawasan yang kronik. Masa aku sapukan di telinga, dia ok. Bila aku letakkan sekitar leher, dia menangis.. Kesiannya Azfar.......:(

De Bella Aloe Vera 

Macam nak cuba sapukan lagi kat leher dia, tapi risau bila dia menangis. 

Muka Azfar memang ada ruam sejak lahir. Tapi doctor kata ia normal. Masa ni ruam sekitr muka dan kepala ja.

Aku tepek bedak sejuk kat kepala dia. Macam tak jalan ja.

See closer. Ruam penuh di muka Azfar.

Ada sesiapa yang ada petua hilangkan ruam ni?

 Terfikir gak nak letak tepung ubi tapi takut kalau-kalau tepung ubi itu sendiri tidak bersih, tidak selamat untuk Azfar. 

~Mama risau dan susah hati... Camna mama nak buat kerja hari ni?~
http://images03.olx.com.my/ui/11/29/68/1308797065_218892168_1-Combo-Aloe-Vera-Jelly-Aloe-Vera-Drinking-Gel-De-Bella-Taman-Maluri.jpg