Aku amik cuti rehat khas hari ini dengan harapan Azfar dibenarkan pulang. Dari pagi menunggu doktor Maryam (doktor kulit) untuk datang check. Tidak muncul..
Yang muncul adalah segerombolan doktor dan doktor pelatih, berbincang dan bertanya aku itu dan ini. Salah seorang daripada mereka ialah dermatologist. Dia berbual panjang dengan aku berkaitan pemakanan aku. Sama ada aku berpantang atau tidak. Satu benda yang mengejutkan aku ialah dia minta supaya aku berpantang kacang. Any nuts!!
"Wah, semakin bertambah list larangan aku nampaknya"
Kacang ini akan memberikan kesan ketara bagi kebanyakan pesakit eczema sehinggakan ada kes di mana alahan yang berlaku teruk dan menghalang sistem pernafasan pesakit. huhu.. Takutnya dengar.
Ok, no more Nuts!!
Dalam tengah hari baru doktor Maryam muncul memeriksa Azfar. Aku minta dia untuk balik. Nasib doktor Maryam baik. Walau Azfar tidak sembuh sepenuhnya (susah sembuh dalam masa yang singkat kan....) dia membenarkan kami balik akhirnya........ Horey horey la aku.
Tapi sebelum dia pergi, dia mengingatkan aku untuk meneruskan rawatan sepenuhnya di rumah dan jumpa lagi pada hari Jumaat. (Trauma...trauma....) Takut nak jumpa Prof Rokiah.
Semakin ok. Pipi pun semakin bambam.
Kami mau pulang dulu ya?
My hubby amik sebelah petang. Alhamdulillah, berakhir sudah 'percutian' kami di sini....






10 comments:
liza, ada talk tentang ekzema. nie link nye ye..tgok kat belog wan
http://wansteddy.blogspot.com/2012/02/agel-wellness-talk.html
pic yang bawah..azfar macam anak patung! Comellll
Ila~TQ Ila for da info tp cam dah lepas jer.....
Inzell~hehe... mama dia hepi :p
comeynya baby..makin tembam okay..liza plak makin kurusss...
comelnyer azfar..bolatt..aah makin ok kulit dia=)harap dia oklah.mmg kacang tak bleh.kene pantang=)
liza- pandai buat ke serbuk weges kfc tue? camana nak buat?
Ayu~teknik snap gambar je tu, Ayu.Baju kurung masih ketatt.
Wan~Liza baru tau kacang kena pantang gak..
baby~Ila, bukan serbuk dia tp cheezy sauce dia jer..Tgk kat blog Fatin Liyana.
alhamdulillah..:)
tembammmmnya si azfar ni. mcam nak gigit pipi dier.
Sarah~walau kulit xsihat, badan maintain bOlat.
Post a Comment
Thanks sudi komen-komen sini.. :)