Sekali-sekala boleh la update blog sebab sekarang sangat sebok. Mungkin lepas ni mampu update di hujung minggu sahaja. Atau mungkin tiada updates?
Nak share dengan kawan-kawan info yang sangat berguna untuk gandakan susu perahan. Actually, Liza dapat info ni daripada Mommamia. Terima kasih, Alin!
Sebelum ni Liza biasanya akan pam susu dua kali sehari iaitu tengah malam dan masa kat tempat kerja. Hasilnya dapat la tak sampai separuh botol. Tapi, masa tu tak risau sangat sebab stok masa berpantang masih banyak. Tapi, bila dah tinggal 8 botol dalam fridge, hati mula cuak. Sehari at least, kena hantar 20 oz pada pengasuh. So, Liza plan untuk makan supplement. Liza beli daripada Alin. Baru makan 5 hari. Selain dapat berkenalan dengan Alin, dapat ilmu yang sangat berguna, di mana sebelum ni Liza tak pernah tau pun teknik power pumping ni.
Cara untuk power pumping ni ialah dengan pam selama 10 minit, berhenti 10 minit dan sambung pam 10 minit selama sejam. Buat sekali sehari dan disarankan selepas tengah malam. Setiap kali sebelum dan selepas pam, minum segelas air masak. Minum sekurang-kurangnya 3L air sehari.
Walaupun semalam tidak berjaya pam selama sejam, namun hasil dua kali perahan menunjukkan peningkatan. Liza akan cuba lagi malam ni :)
Kawan-kawan juga boleh cuba sekali. (ke Liza sorang je yang tak tau pasal power pumping ni? sadis..sadis...)
Nanti, Liza akan share hasilnya. Bak kata Alin, lebih bermotivasi untuk sama-sama menyusukan bayi kalau kita sama-sama share. Sama-sama kongsi ilmu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




4 comments:
salam liza...cuba bc kat sini mana tahu membantu..http://www.facebook.com/groups/KIM.susuibu/doc/218351651525570/
join lah group jump ibu menyusukan kat fb..byk dpt info kat situ..
menjwb pertanyaan lia, sy tak mkn ape2 supplement..:) sy amalkan breast pumping every 3-4 hours(kg2 tandem, kdg2 after aisy menyusu, sy akan pam utk kosongkan breast)...setakat ni since sy mash bercuti, rutin breastpumping sy adalah dlm kul 10 am,1 pm, 4 pm siang, dan mlm pulak kul 8 mlm, 12 tghmlm n 2 pagi...lain2 tu direct feeding :) ...power pumping sy pernah buat sekali dua je masa lepas pantang ari tu..alhamdulillah..susu nye byk smpi skrg... yg penting liza rajinkan buat pp ni...milk booster tu actually ape shj yg buat kita happy...ade org dia tgk muke anak dia pun dah jadi milkbooster dia...milk booster ade mcm2 lah pendek kata...ade org suke supplement, ade org just minum milo ke horlicks ke air longan kering ke etc..itu jadi milk booster dia...oppss..sorry terpanjang pulak..
Cat~Xpa panjang pun, sgt berguna. :) Liza minum horlicks tp nak minum longan takut Azfar kembung. Afar tu jenis nangis kuat kalau kembung.Liza mmg kena tambah waktu pumping.. Sebelum ni duk rilek ja. Itulah. huhu...
liza, samala kita.. anak dh 2 br tau power pumping tu ape.. tu pon setelah cuak stok langsung x de.. stok arini utk sok.. skang nih bertahan camtu je.. pp nih mmg sgt mbantu.. tp msalah penyakit M mengepam ms weekend tu yg kurang mbantu.. adeh! rs nak ketuk kepala je..
hepikan hatijer jgn tensi2.huhu nnt byklh susu..tp kita ank eczema byk kna tgkkan..huhu
liza skang nurul follow up bukn kt klinik arituh..nurul follow up kt melaka nma klinik pakar kulit subramaniam..ari2 dia suggest produk moogoo.mhai gilos babas..huhu..kt farmasi ada beberapa yg jual.mmg non steroid n naturally sgt...tp nurul beli oiltum dulu..
nurul jumpa sabunjer.krim takdoklh liza..yg botol birutuh apebender ek..krim dia tak jupe.
Post a Comment
Thanks sudi komen-komen sini.. :)