Instagram

Larangan Bermain Catur

Saturday, July 7, 2012

Aku pernah mendengar suatu masa dulu semasa di UTM Skudai akan satu hadith yang berkaitan dengan larangan bermain catur. Dan bila timbul isu ini di kalangan kawan-kawan baru-baru ini, aku terdetik untuk membuka semula isu ini. Setakat ilmu cetek yang aku ada, aku hanya menerima sahaja. Tapi ada juga terselit ragu. Tapi aku fikir mungkin bisikan syaitan.

Bila aku cuba mencari-cari hadith berkaitan, ini yang aku jumpa :

Dari Sulaiman bin Buraidah, dari bapanya r.a., katanya Nabi SAW bersabda : "Siapa yang bermain permainan Nardasyir (sejenis catur), maka seolah-olah dia melumuri tangannya dengan daging dan darah babi."(riwayat Imam Muslim)

 Nard dan Catur/Chess ialah dua permainan berbeza.

Kalau catur merupakan permaianan yg bergantung kepada kebijakan dan kecerdikan, Nard pula sebaliknya. Ia bergantung kepada menyerah nasib, dan tawakal semata2, sepertimana permainan buah dadu.

HUKUM CATUR:
Tiada nas daripada hadis Nabi SAW yg sahih tentang larangan bermain catur.

-Kata Ibn Qayyim: Hadis-hadis tentang mainan catur samada harus atau haram semuanya adalah DUSTA terhadap Rasulullah SAW. Yg sabit cuma larangan daripada sahabat. al-Manar al-Munif m/s 134

-Kata al-Munziri: Ada beberapa hadis tentang permainan catur, tiada satupun yg aku tahu sanadnya sahih atau hasan. Al-Targhib Wal-Tarhib 3/181.

Oleh itu, kami lebih cenderung kepada pandangan yg mengatakan catur adalah HARUS/MAKRUH, cuma menjadi HARAM dengan sebab-sebab luaran, seperti:
-ada perjudian/pertaruhan
-menyebabkan lalai daripada kewajipan solat dan lain2
-permainan yg diiringi dengan maksiat spt kata2 mencarut, mengeji dll.
-membawa kepada permusuhan/ perbalahan.

HUKUM AL-NARDASYIR/AL-NARD:
oleh kerana hadis larangan permainan ini adalah SAHIH (Muslim) lagi JELAS, maka hukumnya pun adalah jelas iaitu HARAM.

Dan inilah yg dipegang oleh kebanyakan ulama (keempat2 mazhab). Hatta mazhab Syafie (yg mengHARUSkan catur) pun mengHARAMkan permaianan Nard ini.
-al-Hawi al-Kabir 17/187
-Syarh Kabir Ibn Qudamah 12/44




Aku cuba dapatkan gambar Nard ni yang rupanya berbeza daripada catur. Ia terkenal di negara Timur Tengah.

Permainan Nard yang bergantung kepada nasib. Guna dadu....

~Moga entri ini dapat menjelaskan kekaburan aku. Wallahu'alam.~
  

2 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Jangankan Nard,dam ular pun I tak suka nak main.. Main blog jugak yg best.. hehe.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

dulu reti gak amian catur sekarang tak bapae ingat la

Related Posts with Thumbnails

This is a personal blog. The opinions I have expressed here is from my own, have no connection with any party, whether alive or dead unless I put the source.

Any screenshots of this blog is prohibited except for my permission! The owner of the blog do not hesitate somewhat to take legal action if privacy is violated.

Thank you.