Semi D Pelangi Semenyih 2

Sunday, April 15, 2012

Hari tu kata nak upload gambar rumah semi D kat Pelangi Semenyih kat entri ni kan? So, ini dia rumah bakal jiran kami.

Laju jer kerja dorang kat sini.. [-(

Dipisahkan oleh jalan

Tak tahu la berapa harga semi D ni sekarang sebab semasa kami survey tahun lepas harganya dah mencecah RM600k. Tahun ni? Hrm..... Yang pasti bukan di bawah kemampuan kami lar (setakat ini...) Ceh, ada ayat penyedap hati plak....

Hartanah ni boleh buat pelaburan untuk masa depan kan?


Pelangi Semenyih 2 On April 2012

Sunday, April 8, 2012

Semalam kami ke Kajang untuk dapatkan dokumen rumah. Then, terus panjang tengok rumah di Semenyih. Lama tul tak jenguk.. Last pergi masa aku tengah sarat tahun lepas.

Aku agak, mesti dah 'naik bata' banyak dah sebab payment setiap bulan semakin mengopakkan aku... :(

Samapi di sana, kami terus meninjau-ninjau kawasan kedai. Memang dah buka pagar biru. Boleh tengok dengan jelas perkembangannya.

Wah.... Memberangsangkan...

Kemudian, kami ke tapak pembinaan rumah kami. Disebabkan kami beli PS2 Fasa1, jadi rumah kami terletak di bahagian tengah. Sesiapa yang beli lewat, akan dapat rumah bahagian hadapan (dengan harga yang lebih mahal). Itu strategi developer.... Tapi alhamdulillah, rumah kami tidaklah jauh ke belakang.

Inilah rumah kami (walau tak ingat yang mana satu..)hehe.. 

Rumah yang hujung dah buh 'kulit' (plaster) 

Rumah kami berhadapan dengan rumah Semi D. My husband ada snap perkembangan rumah semi D kat depan ni tapi malas lak nak transfer sebab ada dalam DSLR (kalau dah rajin, next time will upload). Ada plak yang wat joke dengan kami "Nanti Adam besar leh ngorat anak orang kaya kat depan rumah" (anak owner semi D).. huhu... Boleh plak cenggitu....

Teringin nak tengok dekat-dekat tapi kami dah takut pagar tutup sebab masa kami pergi tu, waktu rehat. Tengah terik mentari! Jadi, kami chow dulu sebab ada undangan 'housewarming' kat rumah Zura.. Bleh cilok idea untuk rumah baru.... :p

F.O.U.R of us.. 

Adam geng ayah. Azfar geng mama kay?

~Sempat ke kami merasa duk rumah kat PS2 ni yer? hrm...~