Genting Again!

Sunday, June 24, 2012

Morning? Pergi mana hari ni?


Weekend korang buat apa? Kami attend kenduri kat Raub. First time sampai Raub. Then lepas kenduri plan naik Genting again ... pergi 3 bijik kereta, officemate husband. Singgah Masjid Genting solat dan zass tukar baju .
Harus tukar baju kurung nih..

Masa sampai dah pukul 4.00 ptg, so budget untuk seronokkan Adam kat indoor saja lah. Kalau beli outdoor, rugi gak sbb dah nak mlm.. Sempat lah Adam main beberapa mainan. Ingatkan boleh la Adam main dengan anak-anak kawan hubby, tapi rupanya dorang tak bawak anak.. So, Adam main sorang-sorang jer..

 Layan la horse ni. Sweater sama dari baby sampai ke tua sebab badan maintain slim. Tangan ja dah sampai siku. Takpa-takpa, kita lipat sket, coverline....Huhuhu to ayah...

Kali ni Adam dah sampai minimum height utk bumper car kat indoor ni. (Yes, tumbesaran Adam berjalan lancar!) Last time kena reject. Owh, dia dah pandai main, tak nangis takut lagi macam dulu.

Dua, tiga mainan ni diulang main 1000x sampai malam. 

Kami laki bini ni naik monorail train ja. Means RM60 sebab tiket untuk dewasa RM30 seorang for indoor. Mainan tu ja kami main. What a waste! Tapi sedapkan hati, tak pa la teman Adam dan Azfar naik ulat bede ni... :)

Eh, gemoknya mama. Owh, aku stretch gambar masa edit nih (tak mau ngaku gak.)

Yerla yerla, aku gemok. Lepas ni sit up 50x setiap hari kay!!

Satu-satunya gambar aku kat Genting. Trip paling sikit gambar sebab ayah tak mau bawa kamera. Nasib enpon ayah tak habis bateri, kan ayah kan?

Azfar rilek je dalam stroller

Tapi bila malam ja, Azfar dah batuk dan tak selesa. Maybe hidung tersumbat. Harapan nak enjoy lagi terpaksa ditangguhkan. Letak nasal sparay macam tak jalan. So,aku sedut hidung Azfar dua kali, baru okey (Korang pernah sedut hingus baby?) Lepas dinner kami turun, balik rumah.

~Hari ni nak masak Nasi Daging. Harap-harap cubaan pertama menjadik~






Teringinnya Nak Belit-Belit Tudung Cam Dena Bahrin

Tuesday, June 19, 2012

Hai, saja nak update jugak tengah-tengah malam ni...

Sekarang ni kebanyakan anak-anak muda pandai menggayakan tudung. Sangat cantik bila tengok macam-macam gaya tudung.. Ada yang belit-belit dengan shawl, yang belit-belit dengan pashmina tapi aku paling suka belit-belit dengan tudung bawal. But, masalahnya... aku ni tak berapa reti nak belit kemas-kemas... Ada gak percubaan nak belit-belit tudung ni...

Belit-belit ngan tudung ni cam biasa jer, senang.

Kadang-kadang just cuba-cuba..

Ni just pakai cotton inner dgn tudung bawal biasa.

Paling teringin nak try pakai tudung belit-belit dengan bawhy bawal.

Sumpah tak jadik.

 Serabut + Muka bolatt + pin tercabut = last skali tertanggal.

So, better lah aku belajaq banyak-banyak dulu dari Youtube tuh. Banyak-banyak video aku search, aku tetiba sgt adore dgn sorang budak ni. Baru kenal (melalui Youtube)..

Dena Bahrin dengan tutorial bawal plain dia tuh.. Sangat cuteeeeeeeeee..... Rasa cam anak patung jerk. Specially masa kena lamar dgn tunang dia tuh :)

Ada lagi video tutorial lain yang menarik. Korang suka fesyen tudung camna?

~Jom study tutorial tudung bawal plain~

Aktiviti Kami di Teluk Bayu

Tuesday, June 5, 2012

Sambungan percutian kami di Jerai View, Teluk Bayu...

Antara aktiviti yang kami lakukan di sana termasuklah:

1. memancing


Reti ka mancing tu? Adam reti main game fishing jak.. huhu

Sweeeeeet kaki pancing!

Umpan pumpun..

Terus dapat buntal. Tapi tadak orang terror buang duri, kami lepas balik..

2. BBQ


3. Lepak-lepak minum kopi cicah roti..


3. Layan tv dengan Adam. huhu...


4. Layan sunset dengan sunrise esoknya sambil memancing...

Memancing di pelantaq dapoq

5. Lain-lain tu..apalagi? Posing ler...

Teman Tok Wan mengail..


Dua hari kira okey la. Kalau lama-lama nanti bohsan lak kan.. Khamis kami check out balik..


~Tata Teluk Bayu~












Family Trip @ Teluk Bayu

Monday, June 4, 2012

Perjalanan dari rumah ke tempat percutian mengambil masa 2 jam iaitu sekitar Sg Petani, Kedah. Kami terpaksa menunggu bot selama sejam walaupun sampai sekitar pukul 2.00 ptg.

Kami yang bohsan menunggu

;
Bukan aku yang Puteri Lilin tapi Azfar yang manja tak leh panaih.  

Lega.. Bot sampai akhirnya....

Adam teruja dapat naik bot

Tapi tak puas sebab lima minit ja naik bot tu.Hehe..... 

Jom tinjau kawasan penginapan :

Ruang tamu..

Bilik kami.. Azfar tengah landing sedap atas katil.

Master bedroom, ada bathroom sekali.

Dapur yang luas. Pintu dapur tu terus ke deck untuk memancing. Semua peralatan memasak ada. Bawak bahan basah je kalau nak masak.

Apahal lak langsir ni? Sama ngan langsir kat rumah aku lah pulak. Bertemu jodoh kami di sini. Hehe..

Kami duk di rumah VIP. Sangat selesa sebab ada dua bilik air dan aircond. Semalam RM350 tetapi kami dapat special rate daripada pengusaha chalet ni sebab rumah yang kami booking tengah upgrade kabinet dapur.. :/ Dah rezeki kami...

So, sesiapa yang teringin nak mai chalet ni, sambil tenangkan fikiran, boleh la usya-uysa Jerai View Resort ni.. Boleh la berkumpul dengan family sambil mendengar desiran angin di tengah teluk ni.





Percutian Yang Mendamaikan

Hrm.. Lama gak tak jenguk sini. Internet breakdown kat kampung. :(

Just back from Kedah. Kami jalan-jalan dalam Kedah jer.. Tapi agak menenangkan jugak dikelilingi air yang tenang...

 Layan pemandangan di sekitar kawasan percutian kami ni :




~Full story later, k~