Jom Bersih Bersama Skuad Sunlight!

Sunday, July 8, 2012

Morning!!! Korang buat apa hujung minggu ni? Hari ni aku lepak jap. Semalam aktiviti penuh menyambut ketibaan Skuad Sunlight ke rumah kami. Kerja aku jadi senang bila Skuad Sunlight sudi membersihkan kesemua pinggan mangkuk yang aku tak sempat cuci. Jom ikuti aktiviti kami :

Skuad Sunlight dah tiba!!

Tanpa melengahkan masa, Skuad terus terjah dapur aku dan memulakan pembersihan.



Cute kan? Nama dia Shan tapi lupa nak tanya single and available ke tak.

Sesi penerangan bermula. Banyak info yang aku kutip. Nanti aku share ngan korang semua kay.

"Shan, sorry banyak pinggan mangkuk akak kena cuci"

"Tak pa kak. Tak dak masalah dengan Sunlight" :) 

Haha. Ayat promo sket kay.

Kan dah kata, cuci semuanya tanpa meninggalkan sebarang sisa!

Tengah jawab soal selidik. I am lefthanded. 

Tengok, lepas cuci pinggan, dorang cuci dapur lak.... Kalau korang nak cuci kereta dengan Sunlight pun boleh. Bersinar-sinar keta korang nanti.

Yeah, stok setahun Sunlight aku dah sampai. Jimat duit aku. ngeh ngeh ngeh..

Bergambar kenangan bersama Skuad Sunlight.

Sebenarnya, masa Skuad Sunlight datang ni, Adam dengan my hubby tak de kat rumah. Nasib baik lah kan? Kalau tak haru biru dorang melayan Adam tuh. Haha.. So, aku sorang je lah yang melayan. Dorang berselisih dekat lif ja..

Bila Adam sampai kat rumah ja, terus excited tengok Sunlight yang banyak tu. Apa lagi, mula la dia buat akiviti dia..

Tudia, amekaw!! Dia susun semua yang ada dalam kotak.

Pehtu, suh aku snap. Dia nak buat aksi Spiderman. Layan jela aku pun..

Argh...mama kena spiderweb Adam!!

"Hi, I am Spiderman"

~Saty tuned.. Ada peraduan menarik untuk dimenangi, satu set pinggan mangkuk CONNINGWARE untuk korang~
















Nasi Kandar Line Clear

Wednesday, July 4, 2012

Haish. Nasi kandaq lagi. Penang ni harus 24jam nasi kandaq. Kebanyakan kedai dibuka 24 jam dowh....

Sebelum balik, sempat la kami pekena sekali lagi. Tak susah nak cari (kalau pakai GPS) hehe..

Kami jumpa celah-celah lorong dekat-dekat MyDin. So, ni yg kami makan :

Hubby punya.. 
Ni lauk sotong dan telur. Sayur bendi jadi peneman.

Aku pilih udang dan daging. Sayur lak aku pilih kobis goreng.
::Eh, tak sharp lak gambar dia..::

Untuk Adam aku amik separuh nasi kandar. Lauk kami 'sedekah' sorang sikit dari pinggan kami. Hehe..

So, total RM30.00. Maybe sebab dekali dengan air.. Lebih kurang ja harga dia dengan Nasi Kandar Beratur tu. Aku lebih suka rasa di Nasi Kandar Beratur. Daging dia lebih lembut dan ayam rempah dia lembut dan sedap. 

Lepas makan tu, kami jalan-jalan sekitar MyDin tu, konon nak tapau pasemboq kat Chowrasta (bernafsu lagi tuh nak melantak) :p Tapi hujan. So, kami jalan-jalan beli jeruk Madu Pak Ali je la untuk kawan-kawan.

Then kami balik KL....

Menyelami Isi Hati Pulau Mutiara

Monday, July 2, 2012

Menjejakkan kaki ke Pulau Mutiara seperti belajar untuk menyelami apa yang ada di sini. Apa yang akan aku rasakan nanti, sekiranya berada di sini. So, percutian pendek kami kali ini akan aku cuba memahami bagaimana Penang...

Misi kami untuk mencari rumah bilik sewa bermula semalam. Beberapa tempat diaturkan dan telah kami terjah. Sementara ni, cukup la sebuah bilik kerana hanya hubby yang akan tinggal di Penang. Aku? Meneruskan kehidupan di KL sehingga la KPM dengan baik hatinya melepaskan aku ke sana. Doakan aku cepat pindah yer kawan-kawan!! Waktu-waktu sukar camni, aku akan mula mengagumi kawan-kawan yang agak lama berjauhan dengan suami. Dik Hud, Pait, korang la reference aku lepas ni.

Seharian di sini, aku cuba memahami cara hidup di sini. Kami memahami yang Georgetown jugak agak padat, lebih kurang cam KL jer. So, masalah jem akan menjadi hal biasa di sini. Dengar cerita lagi buruk berbanding KL. Itu kes di atas jambatan. Semasa kes kebakaran kabel, hampir 5 jam kenderaan terkandas di atas jambatan. Camna la nasib dorang yang nak terkencing, atau terberak. Huhu... Harap-harap tidak di dalam pulau..

Kos sewa di sini agak mahal. Sebuah bilik RM200 dengan fasiliti yang amat minina. Ada yang RM150, tapi di flat yang didiami ramai foreigner, tiada parking dan tiada jaminan keselamatan. Sanggup? Aku katakan TIDAK!!! Mungkin harga rumah agak murah di Seberang Perai. Tapi agak jauh melintasi jambatan, sekaligus mengharungi jem. Kalau ada yang sanggup, silakan...

Kami memilih jalan tengah. Dekat ofis, dan harga yang berpatutan.

Apa yang boleh buat aku rasa best ialah harga sebuah rumah sewa agak murah berbanding dengan keselamatan yang disediakan (berdasarkan rumah Paksu aku.. hehe..) Mentainance fee masih jauh murah berbanding KL (rumah kami) dengan harga 'keselamatan' yang tinggi. Teruja sekejap!

Cuma, parking agak sesak di luar kawasan perumahan. Sesak jugak nafas aku bila banyak sangat yang suka hon hon keta! Adui, sabarlah sket, dey!!!

Makanan? Heaven. Buktinya, tunggu next entry! :p

Sunway Hotel.

View from our room. 

Banyak lagi aku nak citer pasal Pulau Mutiara ni tapi aku simpan untuk aku buat kesimpulan bila aku menetap di sini nanti. Unfair kalau aku menelah tanpa meneliti. (Apsal ayat aku sangat skema hari ni?)


K, friends!! Nak turun breakfast dulu. Chow!





It's All About Penang!

Morning Pulau Pinang!! And Malaysia!! Hehe.. Feel sejuk dingin di Pulau Mutiara. Jangan termuntah baca perkataan Penang yang akan muncul di skrin anda. Mungkin 2.3 juta kali?

We are now at Pulau Mutiara.....

Bertolak dari KL dari Sabtu lagi tapi baru semalam check in di Georgetown (dalam pulau).

Macam biasa, mesti la nak melalui feri agar Adam teruja lebih. hehe.. Agak lama aku tak jejak tanah pulau ni. (tak pa Liza, lepas ni jangan nak jemu sudah!)

Keterujaan Adam ketika menunggu ketibaan feri.

Atas Feri. Kebiasaannya, kami akan keluar kereta dan berdiri di kepala feri. Baru rasa nyaman angin laut.

We are heading to the tallest building there. Ofis ayah!!! Aik? Mana Adam tau ni (*garu kepala*)

Itu jer kisah kami dan feri. Nanti update lain k~