Instagram

Antara Keperluan dan Kemahuan

Monday, January 7, 2013

Dalam hidup ini, kadangkala kita harus pilih antara dua
Kerjaya atau keluarga
Makan gaji atau kerja sendiri
Nak yang ada rupa atau orang kaya :p
Kereta atau kediaman keluarga
Sewa rumah atau beli sendiri
Keperluan atau kemahuan

Tak semua akan dapat kita capai~

Angan-angan untuk memiliki gadget impian musnah bila memikirkan itu hanya kemahuan.Laptop yang dah lama rosak dan dihantar repair telah 'hilang khabar'. Baru setahun usia ASUS aku tu. Anggap saja tiada rezeki. Yaa..Allah uji lagi kesabaran aku. Kalau ikutkan hati, nak saja aku hebohkan syarikat yang telah menipu aku tu. Tapi minda menghalang. Jangan!!! Biar Allah sahaja yang membalas perbuatannya. Atau mana tahu, Allah bukakan hatinya untuk kembalikan semula laptop aku tu. Inshaa Allah..

Keperluan aku lebih utama. Mana ada lagi sistem 'Talk and Chalk'. Hanya berleter modal air liur dan ijazah sarjana muda. Demi anak bangsa, aku korbankan kemahuan, aku dahulukan keperluan. Tunggu lagi duit jatuh ke riba untuk menuntut kemahuanku nanti. Tak ke mana, bila rezeki itu tertulis untukku, pasti ada lagi cerita gembira. Kita tunggu saja elaun seterusnya. :)

My first Ultrabook. Satu keperluan.

Rasa cam nak yang Windows 8 i5 touch screen tu tapi bila air liur tertelan sepuluh kali tengok rege dia, so aku kata kat hubby, cukuplah setakat Windows 7 i3. haha.

~Adam nak pinjam? No way!! Suh ayah beli MyPad Tablet Brand Taiwan tuh~







5 comments:

Leeza dayasari [santai leeza] said...

Nak beli lappy erk?

syalinda johari said...

diriku sedang berfikir antara kerjaya dan keluarga...kerjaya gomen yang sukar untuk dilepaskan..huhuhuhu

Cho Zila said...

memang terliur baba gajet2ni.. kalau difikirkan banyak kali tu rasa cam tak payah..tapi fikir2 balik cam nak gak ada satu yerk..

LYAfrina said...

HUHU.. kalo lya pon..akan utamakan mana y lg penting.. laptop y lya guna ni pon just HP... klo ikut hati mmg nk y lagi best.. tp memikirkan itu bukan keperluan utama so, pendamkan... kecuali klo ada rezeki lebih..boleh la,

wan nurul hezrina abd halim said...

betultuh dahulukan keperluan..kalau ikutkan kehendak mmg takderlah simpanan jawabnya=)kesiannya liza kena tipu..aah liza biar Allah jer membalasnya..kalau melayu tahulah tapi kalau cina ermm manalah tau hukum karma2..huhu

Related Posts with Thumbnails

This is a personal blog. The opinions I have expressed here is from my own, have no connection with any party, whether alive or dead unless I put the source.

Any screenshots of this blog is prohibited except for my permission! The owner of the blog do not hesitate somewhat to take legal action if privacy is violated.

Thank you.