Instagram

Peneguhan Dan Penganugerahan Untuk Adam

Monday, January 28, 2013

Aku tahu, semua orang pergi bercuti, jalan-jalan dengan yang tercinta sambil makan angin habiskan cuti...atau sambut hari bahagia.. Tapi aku sunyi di sini. My hubby baru balik dan anak-anak layan tidur. Aku bukan jenis hantu membuta. Nak lelap pun tak dapat neh. :(

So, as usual, buka laptop, jalan-jalan umah orang. Tak ramai yang update since dorang bercuti kan. Again, :( So, aku update je lah satu. Baru :)

Teringat satu benda yang berlaku sekitar hujung minggu ni. Keletah Adam yang mahu itu ini kalau pergi shopping. Sebenarnya, kami bukan jenis beli barang mainan kat Adam. Kira lah berapa je barang mainan Adam dalam bakul dia tu. Bakul cinonet tu la disimpan mainan yang dah rosak dan pecah dari baby. Kesian. Haha. Adam ni jenis yang hyperactive dari kecil. Harap-harap bukan satu penyakit lah. (aku risau gak dengan hyper dia tu.) Tapi aku selalu doakan agar hyper dia tu disalurkan ke jalan dan cara didikan yang betul. Memang kena banyak bersabar dengan dia. Sesiapa ja akan geleng kepala dengan dia neh.

Tapi, sekarang Adam dah 5 tahun. Dah nak masuk 'Tadika Merah' minggu depan. Kami perasan sesuatu. Adam tak lagi melompat-lompat di shopping mall, ataupun berlari sana-sini tak tentu arah. Dia dah kurang hyper. Heh. Tapi kalau ada benda yang dia nak sangat, harus la dia menangis berkehendak jugak. Cara kami, perlu tunjukkan 'sesuatu' untuk dapatkan 'sesuatu'. Peneguhan diperlukan untuk mendapatkan penganugerahan. Complicated?

Camni, kalau nak barang mainan, kena behave. Simple kan?

Since Adam dah rajin, dapat baca Phonics Book Level 3, dah ubah Iqra' setiap hujung minggu (dengan ayah), dah nak sampai ya.. Sangat rajin baca buku malam-malam dan buat latihan menulis, kami bercadang untuk tunaikan hasrat Adam.

Inilah dia wishlist Adam. Hot Box untuk koleksi Hot Wheels dia. 

Sejak tu, asyik la menyusun semua kereta-kereta dia yang tek berapa nak ada tu. He is particular like his dad. :)  Dia ingat berapa bilangan kereta yang dia ada. Cuma satu dah gone dalam lubang lif. Tak dapek nak tolong. :p

Sebenarnya, dia minta track untuk Hot Wheels dia :

Owh, sangat lah owesome harga dia. So tunggu dulu apa yang Adam achieve nanti. Baru mama dan ayah reward, kay!

Semua ini perlu supaya Adam rasa lebih menghargai apa saja barang yang diberikan kepadanya. Tak semua benda dia akan dapat dengan senang. Perlu ada usaha untuk dapatkan sesuatu. Plus, mama dengan ayah bukan orang kaya. Golongan pertengahan jew~ Tak semudah buat pinjaman bank untuk beli kereta mahal. Atau buat personal loan untuk beli tepon canggih. Pastu bersusah-payah bayar setiap bulan. :p Maksudnya, Adam kena bersusah-payah dulu kalau nak dapatkan sesuatu yang bernilai.

Harap sangat, Adam pandai menghargai apa yang telah kami berikan. Nampak ringkas, tapi inilah detik permulaan untuk dia lebih menghargai apa sahaja peluang yang mendatang dalam kehidupannya kelak. 

~Usaha mencari peluang dan hargainya~







9 comments:

Mas Zull said...

assalamualaikum mama liza...wah bestnya ada koleksi hot wheels la...:)

mamalieyna said...

Salam jejak balas... :-)

Zamn skrg bkn senang nk didik anak ikut apa yg kita nak kan..byk cbaran n ibubapa kena cekal n kuat pendirian..bagusnye sekeil 5 tahun dh pandai disiplin .. saya pun nak kena bljr jgk la, ank dh nak msuk 4 tahun, semua benda senang je dpt, tp tak la pada brg2 yg mahal :-).. Inshaa Allah, kena cuba ni..

syalinda johari said...

betul kak liza, kena suh dia buat something dulu baru dapat benda yang dia nak..sebaya la anak sulung kita..
iris pun 5 tahun bulan 5 nnt...

Sidratul Muntaha said...

salam dear
ayu tak buat durain crepe la..
ayu tak thn bau durian
and tak bape suke mkn durian pun
huhuhuh
btw
my biras kat sg buloh mgm jual durian crepe
dia punya mmg sedap
guna 7 jenis tepung
ni fb dia Mus Ainie

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

harap adam trus menghargi apa yg diberi kepadanye :)

Cho Zila said...

memang payah anak sekarangni.. tak kisahlah apa caranya yang penting kita kena bagi tau kenapa dan mengapa.. anak akak banyak mainan tapi yang murah2jer.. kdg2 dari mc donald @ kfctu.. yang beli makanan dapat mainan... yang mahal takder... sekali tengok orang lain der tu mak yang teringin lebih anak ok benonyer...

nadia said...

wahhh bestnyaaaaa jadi adammmm! :)

sarahsayangjiman said...

hehe lawak lak phrase last yg buat loan utk beli phone mahal2.

Anonymous said...

Kalo org len toys pnuh bilik ank kwan exactly mcm ank liza...since bb smp skg dlm 1 box je...1 mmg x mbeli sgt..2 kwan kcik2dulu pn xmen toys..so inherit..hehe...kdg2 tpikiq gak ank2 org len..tp xpala cr la hobi len..xplore lg minat dowang...

Related Posts with Thumbnails

This is a personal blog. The opinions I have expressed here is from my own, have no connection with any party, whether alive or dead unless I put the source.

Any screenshots of this blog is prohibited except for my permission! The owner of the blog do not hesitate somewhat to take legal action if privacy is violated.

Thank you.