Ya, air zam-zam hanya 'alat' menyembuhkan. Allah jua yang menyembuhkan.
Saat Siti Hajar menolak pelawaan seseorang yang menjual air penawar berharga RM25 untuk menyembuhkan penyakit dalam masa 10 minit, aku setuju. Mengangguk beberapa kali tanda setuju. Siti Hajar lebih rela lumpuh tanpa 'air penawar' itu daripada mensyirikkan Allah dengan meminum 'air magis' itu. Pemahaman kita sama. Ini yang aku selalu tekankan pada sesiapa. Aku tak perlukan 'air magis' itu. Aku hanya perlukan pertolongan Allah untuk menyembuhkan penyakit anakku, Azfar. Tapi, kadang-kadang perilaku tidak mampu menolak, daya kudrat jadi longlai. Aku hanya menolak sekeras-kerasnya dari dalam hati. Jadi, fahamilah~
Walaupun kata-kata yang mendalam itu cuba aku fahami, dan akhirnya aku faham...kadang-kadang ia terlupa begitu sahaja dek kealpaan kita sebagai hambaNya. :(
Sedangkan fikiran masih terngiang-ngiang kata-kata suami sebelum melangkah masuk ke Mid Valley tadi.
"Buat apa kejar dunia? Makin dikejar, makin lari dunia daripada kita. Kejar akhirat, inshaa Allah, dengan sendirinya, dunia akan kejar kita."
Walaupun kata-kata yang mendalam itu cuba aku fahami, dan akhirnya aku faham...kadang-kadang ia terlupa begitu sahaja dek kealpaan kita sebagai hambaNya. :(
Si kecil mama ini diuji dengan kesakitan daripada lahir. Lihatlah, Allah sembuhkan sedikit demi sedikit. Muka dan tangan dah licin. Tinggal kaki sahaja yang masih merah dan gatal.
Kelak nanti, dia akan menjadi lebih cekal di atas kesusahan yang diberikanNya. Insha Allah!
Alhamdulillah. Setelah lama mencari (habis stok), hari ni aku dapat. Promotor tu siap cam muka aku.
"Alang-alang dah ada stok ni, akak beli la tiga sekali" Haha. Pandai yer dik~
~Hidup ini hanya satu perjalanan~






2 comments:
bersangka baik itu sewajarnya ada pd setiap insan.
Leeza~Ya, bersangka baik dan bergantung hanya kepadaNYa..
Post a Comment