Yerla, tempat jatuh bangun sebagai seorang pelajar. Dah tak dak tempat lain aku belajar lagi. Tak tau la kot sambung lagi nanti kan? But I bet UTM still my best place to remember. Semua tempat dan ruang ada kenangan. Setiap inci jejak ada manis dan pahitnya.
Taman Tropika ~ Tempat lepak dan picnic bersama coursemates Liza dan Kak Zul. Kadang-kadang kami bawak makanan, makan bersila atas lantai kayu sambil menikmati gelagat pelajar mengayuh kayak di dalam tasik bergred D airnya. Yeks!
Berkelah suatu petang
Kolej Tun Fatimah ~ Ini kolej kediaman aku. Paling banyak jejak aku di sini. Dari Tahun 1 hingga habis belajar aku menetap di sini. Walau ramai kawan-kawan memilih untuk tinggal di rumah sewa Melana atau Melawis atau tidak lagi berpeluang untuk tinggal di asrama, aku pula berbeza. Aku suka tinggal di asrama sebab aku tiada motor atau kereta ketika di sana. Ke mana saja berjalan kaki, ataupun tidak, menaiki bas bersama.
My rommate as well as my soulmate
Berjalan kaki ke kuliah melalui dataran Ko-Q
Ketika di blok kecil di tahun akhir (satu bilik sorang). Bilik aku kat tingkat atas tu~
CS ~ Bukan CS shopping complex tu, tapi Centre Point. Tempat makan aku dan kawan-kawan. Paling tak boleh lupa, masa ada abang Indon masak ala-carte, nasi goreng kunyit. Naik api atas kuali beb. Dan yang penting, sedap!!
Fakulti Sains dan Pendidikan ~ Kuliah, makmal dan kelas turorial kami di sini. Tempat menimba ilmu dan tempat mengutip pengalaman hidup yang berguna.
We did the same project (building modules) under Prof Shaharom.
Our beloved supervisor.
Fakulti Kejuruteraan Awam ~ Err..Ada kenangan ke kat sini? Mesti la ada... Tapi sejak berpindah ke tempat baru di seberang sungai, aku tak pernah jejak lagi ke sana dan sekaligus, tak pernah bertemu muka dengan Mat Jiwa lagi selepas itu.
Balai Cerap ~ KisahYati dan Mat Jiwa bermula di sini. Allah pertemukan dua insan di sini, ketika Kursus Asas Rekreasi SRC 2000. Ketika sesi perkenalan, seorang jejaka memperkenalkan diri sebagai Mohd Zuwairi dari SMSSMJ. Tak sempat aku dengar namanya. Hanya sempat mendengar hujung-hujung nama sekolahnya. Sejak itulah gelaran Mat Jiwa melekat tanpa pengetahuan empunya diri.
Merakam kenangan di atas Balai Cerap UTM di tahun akhir di sana.
Cengal dan Meranti ~ Food court pelajar. Makanan yang akan aku makan hampir setiap hari di sini ialah sambal goreng (Jawa) kalau di Cengal. Di Meranti, selalunya order sebab selalunya kami akan makan malam di sini. Nasi Goreng Cendawan dan Nasi Goreng USA paling sedap bagi aku. Sampai sekarang, aku belum jumpa nasi goreng cendawan yang sedap, sama seperti di Johor. :c
PSZ ~ Library. Disebabkan aku dan Mat Jiwa berlainan fakulti, kami jarang bertembung. Apatah lagi masa tahun satu, aku belum memiliki telefon bimbit. Tapi, kisah lucu di perpustakaan itulah yang membawa kepada pertukaran nombor telefon.
Tempat kejadian :)
Selama kami bertembung (sekali dua) di kaki lima bangunan, belum pernah aku bertukar-tukar nombor telefon dengannya. Malah, aku berkeras menyatakan aku tiada telefon untuk ditukar-tukar nombornya. Hihi...
Tapi, suatu hari, sedang 'Yati' ralit menelaah keseorangan di sana, menelaah di kotak sempit di tepi tingkap (memang port biasa)..tiba-tiba Mat Jiwa mendekati sambil membawa sekeping kertas. Tertulis nama beserta nombor telefon. Yati yang terkejut, tidak sempat melarikan telefon bimbitnya. Masa itulah mereka bertukar-tukar nombor telefon. :) Tapi malangnya, semasa dia menelefon Yati malam tersebut, Yati sedang sibuk merawat muka dengan masker.. Takut dikatakan pengganggu, Mat Jiwa menyepi, jadi tiada lagi cerita lanjut selepas itu..
Namun, Alhamdulillah dipertemukan semula ketika di Perlis beberapa tahun kemudian, ketika sama-sama memerlukan kasih. :)
Ada Corat-coret Pelajar di sini.
~Rindunya~




7 comments:
mengimbau kenangan.. memangler banyak sesangat kenangan terindah disitu yerk... kalau kita gi balikpun tpt yg sama dah tak rasa sangat...
cuma kenangan tu kekal dalam ingatan...
hehe tersenyum tgk entri nie.nurulpunkan dulu2 kalau tgk tak caya sbb kurus kering=)
banyak kenangan neh...sambung la kak liza, kisah jumpa balik mat jiwa di perlis..hehehehee
Liza utm skudai ke??? Mmm knal ermyza tp dia course ukur bahan.
Cho Zila~betul la kak. Kalau p Johor, saya singgah je kat UTM. Mmg tak sama... Anak pun dah ada 2. Haha.
Nurul~Owh, itu perkara biasa NUrul. Zaman ulu, metabolisme tinggi. Harus kuruss.
Syalinda~Susah sket nak sambung cerita kat Perlis. Complicated sgt. Kuang kuang kuang..
Baby~Yp, Skudaiku cinta. Haha. Tak kenal la Ila. Maybe tgk muka, cam la kowt.
assalamualaikum liza...UTM Skudai ke ni tahun bape ek...?
Ye kak. UTM Skudai, 2000-2004. Akak UTM gak ker?
Post a Comment