Instagram

Aktiviti Baru Hujung Minggu

Sunday, February 24, 2013

Padat aktiviti hujung minggu ni, huh! Penat yang membahagiakan. 

Alhamdulillah, rumah yang ditunggu telah siap sepenuhnya sebulan lalu. Kunci dah dapat dan setiap minggu kami melawat untuk memastikan semua ralat dan kerosakan dibaiki sebelum rumah dapat diubahsuai serba sedikit. Jadi, inilah aktiviti baru kami di hujung minggu. :)

Ada sesiapa di dalam? Saya di luar!!

Hari ni kami mulakan dengan membasuh lantai. Almaklum la, habuk tu bisa memenatkan anak-anak kami. Sambil menyapu, terfikir lak aku "Penat gak nak menyapu dan mop semua." Nasib rumah apartment sekarang sekangkang kera ja. Rumah ni biar penyewa ja yang penat menyapu. Tak gitu?

Azfar lah yang paling bahagia. Lari sana sini, keliling ruang dan panjat-memanjat. 

Adui la Azfar. Kalau sepuluh kali lagi kamu panjat, mama boleh kurus satu kilo hari ni. :p

Abang Adam tolong 'cekup' adik Azfar. Abang Adam jugak tolong bawak adik panjat. huhu...

Banyak gak kena keluarkan belanja. Biasa la kan, adat nak lengkapkan rumah baru. Kipas, lampu, kabinet dapur, grille dan apa-apa lah lagi. Tapi perasaan teruja tu tetap membahagiakan walau duit duk keluaq cam air paip. Waktu-waktu kritikal camni, perbelanjaan bulanan jadi sangat berkira. Nak yang murah ja semua. Shopping dah tolak tepi. Henpon idaman apatah lagi. :( Masih setia bersama 'Samsung Lampu Suluh'. Baju, kasut, tudung? Owh, itu semua tak jadi benda. Priority beb, priority! 

Ruang dapur yang 'minta' kabinet. :)

Walau rumah ini akan disewakan, tapi perasaan untuk menghias rumah sangatlah tinggi. Macam-macam kehendak yang kami fikirkan. Hampir terlupa yang akhirnya rumah ini akan diduduki oleh orang lain jugak. huhu.. 

Tapi, sebelum memasang peralatan elektrik, kami tinjau-tinjau rumah jiran untuk cedok idea. Mana tau, ada yang sesuai. Sesuai kami tu bukanlah yang cantik ajo tapi konsep lebih senang adalah yang MURAH. 

"Ada ka yang cantik tapi murah?" Sapa kata tak ada? Lihat pada kualiti yang baik, tak semestinya pada jenama yang hebat.

Pengguna bijak pilih barangan cantik dan berkualiti dengan harga yang murah 


~Hanya perlu tinjau, kaji dan beli! Moga dipermudahkan urusan. Insha Allah!~









7 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

Bln 3 bru dpt kunci.. lmbt buat appoiment n ada kes dgn bnk

Im happy being alone said...

bestnyer dapat rumah baru..besar pulak tu rumah nya.. insyaAllah..coming soon my turn plak..masih mengumpul dana..hehe

syalinda johari said...

luasnyaaa umahhh

Liza said...

Baby~Kita sama2 share info kedai grill nanti ek?

IHBA~InshaAllah.. Biasa-biasa ja rumah ni. Cukup la setakat kemampuan sendiri..

Syalinda~Saja lah tu cik syalinda nih. Mana ada luas. Biasa-biasa je la.

Cho Zila said...

nampak besar sayang bagi ornga duduk.. seronok dengar orang ada simpan duit beli rumah bagai..

Liza said...

Cho Zila~biasa ja la, tk besar sgt. Cuma jauh dr tempat kerja. Tu yg malas nak duk tu..

wan nurul hezrina abd halim said...

seronok tumpang rasa bahagia ada umah sendiri=)besarnya nampak rumah liza=)

Related Posts with Thumbnails

This is a personal blog. The opinions I have expressed here is from my own, have no connection with any party, whether alive or dead unless I put the source.

Any screenshots of this blog is prohibited except for my permission! The owner of the blog do not hesitate somewhat to take legal action if privacy is violated.

Thank you.