Instagram

IUCD l Kesan Sampingan dan Risiko Hamil

Tuesday, March 5, 2013

Merancang keluarga itu harus. Tapi, apa dan bagaimana kaedah perancangan yang dipilih?

Pernah dengar IUCD? Salah satu alat yang digunakan oleh kebanyakan pasangan untuk menjarakkan kehamilan. Diperbuat daripada plastik dan dilingkari tembaga menampakkan ia mudah tetapi dikatakan berkesan. Namun, satu daripada 200 wanita tetap hamil! itu fakta setiap tahun.

Seorang kawan menyarankan kepada aku untuk memasangnya memandangkan kami masih perlu mencari ruang untuk kembali menimang cahaya mata ketiga. Disebabkan keadaan dia yang steady dan nampak sangat selesa dengan alat perancang jenis IUCD ini, aku teruja untuk turut sama mencuba.

Ya, tidak sakit.  Memandangkan kesakitan bersalin itu kesakitan paling sakit dirasai setiap wanita, memasukkan alat sebesar separuh jari manis ke dalam rahim tidak dirasai sebagai satu kesakitan. Betul, aku berjalan sendirian pulang menaiki LRT dalam keadaan senang lenang. :)

Namun, terlalu awal untuk merasai kesan sampingannya. Keesokan hari, badan aku lenguh, pinggang seperti mahu tercabut, kepala pening dan aku rebah tak bermaya. Sambil berfikir-fikir sama ada inikah kesan sampingan daripada pemasangan IUCD, aku tidak ada idea lain untuk menyatakan punca kesakitan aku. Aku membelek nota di kad pesakit dan ternyata ia kesan sampingan yang perlu aku lalui.

Tiga bulan berlalu dan aku masih mengalami kesan sampingan itu setiap bulan semasa datangnya 'lampu merah'. Daripada seorang yang tidak pernah mengalami apa-apa masalah, kini aku selalu :

  • Mengalami pendarahan berpanjangan (lebih daripada 12 hari)
  • Sakit perut yang amat. Itukah senggugut? Aku tidak pernah merasai dan mengalaminya sebelum ini.
  • Kitaran yang tidak teratur.
Aku akan tunggu sehingga enam bulan. Sekiranya masih berlanjutan, langkah drastik ialah membuang semula. Mungkin ia tidak serasi denganku. Atau ada sesiapa mempunyai pengalaman sama?
                                               

Antara ketakutan aku sekarang ialah hamil di luar rahim. Apabila ini terjadi, kandungan perlu digugurkan melalui pembedahan atau mungkin janin membesar bersama IUCD di dalamnya. Nauzubillah~

~Ada yang dah 'pakar' di sini? Kongsikan sket. TQ.~

8 comments:

|| NaFiRaa || said...

tak pernah ade pengalaman dengan iucd nih.. dari citer kawan2 yang pakai.. tak de plak dorang ade simptom2 camtuh.

Cho Zila said...

akak teringin nak buat dulu tapi bila doktor kat gini gitu tak terbuatler akak...

irmafittaputri said...

liza guna iud ye, auntie kita dah 2 anak, pastu pasang mende ni pastu ngadung..baby sangkut kt situ pastu gugur.. semua kos gugur tu klinik yg pasang iud tu tanggung.. pas dgr nih mmg kite takut psg iud.. guna kaedah konvensional je la

LYAfrina said...

lya xdelah pakar.. tp leh share palaman lya.. lya pakai IUCD, sebab ni je pilihan y ada.. sbb xleh gna prangcang hormon, blh ganggu pyakit lya. jd lya just ada 2 pilihan iaitu ikat peranakan atau IUCD. Nak ikat peranakan.. msh tlalu awal.. jd pakai IUCD y terbaek.

thn ni dah msuk tahun ke-4 lya pakai IUCD. Bulan 10 thn lps tukar y baru. 1st time pakai dlu, lps buat D&C, terus doc masukkan alat IUCD dlm keadaan x sedar diri. Selama 3 thn pakai, mm ok je.. xde rasa apa & tak mgandung pon. Sebab tu kena selalu buat pemeriksaan, kna pastikan tali tu sentiasa ada.. kalo tali tu tertanggal tu blh sebabkan mgndung.

Tapi x diakui time period bleeding sket.. tp xdela lama.. biasa hari ke2-3 je bleeding. Tapi OK je.. cuma sesekali keluar banyak. Sengugut pon sama.. rasanya sama je mcm org tak pakai IUCD. adakalanya mmg sengugut, adakalanya biasa je..just sengugut sikit & adakalanya mmg xde sengugut lgsung.

Cuma utk thn ke -4 ni 1st time nak buat dlm keadaan sedar.. mm takut sket permulaannya. Hari ke 3-4 pegi klinik utk buang IUCD. mmg x myakitkan lgsung. sama je mcm buat pap smear. Masuk hari ke 5-6 pasang IUCD baru. Xdelah myakitkan sangat. Biasa-biasa je rasa.. Cuma lepas pasang tu, bleeding sikit je, lps tu OK.

cUMA BG Lya la.. kalo pakai IUCD kna jaga kbersihan kaw tu.. sbb ada bendasing kan dalam badan.. jd, mungkin mudah tkena kuman.. kebersihan kaw tu mmg kna jaga la..

Tahun ni dah tahun ke 4 lya pakai.. Setakat ni alhamdulillah... mmg blh lakukan kehidupan normal mcm biasa. Tak jejas hbungan suamisteri & x terasa seperti bnda asing.

Nad MamaZN said...

Moga sis tak apa apa..
Rehat byk2 k!

wan nurul hezrina abd halim said...

NURUL AMIK NORIDAY TAPI HAJAT HATI DAH NAK TUKAR IMPLAN atau suntikan depo

nadia said...

kak, mama nadia pon pakai bende ni. asal period je tak leh jalan banyak. sakit perut sangat2 katanya. kesian dia.

Im happy being alone said...

adehh..seriau saya bace..kawan saya ade pakai..tapi aritu ade bleeding sebab benda tu berganjak sikit.. bila pakai tu tak badan tak boleh lasak2 sangat..takut bergerak nnt rahim luka..ades ades..seriau rahimku..hehe

Related Posts with Thumbnails

This is a personal blog. The opinions I have expressed here is from my own, have no connection with any party, whether alive or dead unless I put the source.

Any screenshots of this blog is prohibited except for my permission! The owner of the blog do not hesitate somewhat to take legal action if privacy is violated.

Thank you.