Tips Memilih Ketam Segar

Sunday, January 20, 2013

Tips ni dapat daripada my hubby. My hubby dapat dripada sorang nyonya yang dia jumpa masa tengah pilih ketam kat pasar. Aku tak pernah pilih sebab selama ni memang my hubby yang pergi pasar beli barang basah. :p


Bersedia untuk dimasak!!

Pilih yang :

  • Bila angkat tu, rasa berat.
  • Tekan-tekan kulit dia, lembik tak? Kalau lembik jangan amik sebab maybe dah lama.
  • Tengok telur, ada tak? Kalau ada, lagi sedap makan.
  • Tengok sepit dia, cukup tak? Kalau tak, tak cantik la nak hidang. Hehe :)
Tips tambahan daripada aku :
Jangan kopek kat pasar cengkerang dia. Nanti orang yang kopek u buan sekali otak dia. Sebab aku suka amik otak dia. Bila masak, kuah jadik ketul-ketul. Sedap!!!!


Selamat menjadi ketam masak lemak cili padi.

Resipi aku, 
  1. blend cili padi dan kunyit hidup.
  2. masukkan ketam, nenas, dan bahan kisar bersama-sama santan. Tak tumis kay!
  3. Then titikkan serai dua batang.
  4. buka api sederhana sampai menggelegak.
  5. Tambah garam dan perasa. Aku tambah asam keping (kecik giler) sebab nenas tak masam.
  6. Buh daun kunyit untuk naikkan lagi bau dia.
~Salah satu menu kgemaran aku~



Restoran Senandung Malam @ Pantai Bagan Lalang

Tuesday, January 1, 2013

Kalau anda ke Pantai Bagan Lalang, jangan terlepas peluang untuk makan di restoran makanan laut, Senandung Malam. Tidak menghampakan kami sekeluarga.

Setelah penat berjalan di kaki pantai, atau melarik benang layang-layang di pantai, singgah ke sana di lewat petang. Tapi jangan terlewat ke lewat malam kerana pengunjung yang datang bakal mengejutkan korang. :)

Kali pertama sampai ke sini.



Kami pasti ke sini lagi :)

Selain daripada terpaksa mengharungi barisan panjang untuk memilih makanan laut selama sejam lebih, aku boleh bagi jaminan OK!!! sekiranya korang makan di sini.

Kami memilih :
Pepahat - masak pedas
Ikan kerapu dan pari - bakar (pedas)
Udang - masak sambal (asalnya nak goreng butter tapi butter habis)
Sotong-goreng tepung (Perlis' still the best!)

Semuanya ni untuk 4 orang makan.

Kesemua makanan dia pedas, di mana ia sangat sesuai dengan kami, geng-geng lidah Utagha.:)


Bayaran yang agak murah iaitu RM93.60. Murah kan?

Kalau korang tak sanggup mengharungi barisan panjang, boleh buat tempahan awal iaitu sebelum tengah hari. Tempahan ni termasuk lah tempahan meja dan menu. Boleh call no ni 017-3432908.