Makanan yang Mengandungi Estrogen

Friday, March 29, 2013

Sambungan daripada entri sebelum ni, liza kongsikan antara contoh makanan yang mempunyai kandunan estrogen. mungkin boleh diambil dan dijadikan rutin. :)

Beberapa contoh termasuk :
  • Kacang Soya, 
  • Tauge,
  • Alfalfa, 
  • Benih Jintan Manis
  • Epal, 
  • Yis Roti, 
  • Barli,
  • Bit,
  • Lobak Merah, 
  • Buah Ceri,
  • Kacang Kuda,
  •  Klover Kacang Duduk (Kacang Bermata Hitam)
  • Timun,
  •  Makanan Tenusu, 
  • Buah Kurma, 
  • Telur
  •  Terung 
  • Jintan hitam
  • Biji  Flaks
  • Bawling Putih
  • Hops
  • Akar Manis
  • Oat
  •  Minyak Zaitun
  • Buah Zaitun, 
  • Betik
  •  Daun Pasli
  •  Kacang
  • Lada
  •  Plum
  • Buah Delima
  •  Ubi Kentang
  •  Labu Kuning
  •  Klover Merah
  •  Nasi Rubarb
  • Bijan
  • Kacang Pea Belah
  •  Biji Bunga Matahari
  • Tomato
  • Gandum 
  • Ubi Keladi.



Produk kacang soya dan derivatif soya mengandungi isoflavon yang banyak dan ia merupakan sejenis kumpulan sub fitoestrogen.


Suntikan MMR

Sunday, March 17, 2013

Suntikan MMR adalah vaksin untuk mencegah empat jenis penyakit (yang sebelum ni kombinasi tiga jenis penyakit), Rubella, Beguk dan campak. Kini diberi penambahan vaksin untuk cacar air. Suntikan ini diberikan kepada bayi yang mencapai satu tahun. Tapi kenapa Azfar belum menerima suntikan tersebut walau telah mencapai satu tahun empat bulan?

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami alahan, mungkin faham dengan situasi ini. Ingat tak, sebelum suntikan MMR ini diberikan, misi akan minta ibu cuba memberikan anak kita makan telur dan perhatikan sekiranya terdapat alahan selepas itu? Sekiranya tiada alahan, suntikan akan diberikan pada umur bayi setahun.

Disebabkan Azfar mengalami alahan kepada protein haiwan, hampir semua jenis ikan, daging termasuk telur tidak dapat dimakan disebabkan alahan yang terjadi terlalu ketara. Mulut jadi bengkak dan ruam timbul serta merta di muka dan pelipat. Jadi, misi minta ditangguhkan sehingga alahannya hilang.

Tapi dalam hati ada terdetik, sampai bila? Sekiranya alahan masih ada, adakah Azfar tidak dapat menerima suntikan tersebut? Tiada pendinding untuk penyakit yang lebih berbahaya? Itu yang lebih merisaukan mama~


Pemeriksaan di klinik pediatrik semalam aku cuba suarakan kepada doktor tentang masalah tersebut. Doktor memberikan cadangan supaya Azfar disuntik di hospital. Jadi, sekiranya apa-apa berlaku selepas suntikan, doktor ada untuk membuat tindakan susulan. Berbanding dengan klinik kesihatan yang hanya dikendalikan oleh misi-misi dan doktor hanya bertugas sekali-sekala untuk pemeriksaan terperinci. Walau bagaimanapun, doktor meminta aku supaya memberikan Azfar makan putih telur sebelum suntikan diberikan minggu hadapan.

Berdebarnya hati saat ingin mencuba telur untuk Azfar. Tapi, kata-kata doktor sedikit menyejukkan hati aku :

Jangan risau. Cuba dulu. Kandungan telur dalam vaksin tu sedikit ajer jika dibandingkan dengan telur (high protein) yang awak beri kepada anak awak tu. Yang ditakutkan adalah sekiranya alahan yang terjadi sangat teruk sehingga bayi collapse.

Semalam dah cuba dan tiada kesan alahan. Tiada bintik-bintik merah dan Azfar juga tidak menggaru tanda alahan. Yang ada hanya kesan kekeringan kulit akibat kekurangan sapuan krim. :( Alhamdulillah, kupanjatkan syukur padaNya. Moga Azfar tidak lagi alah pada protein lain.

Nanti, pada hari suntikan, moga tiada apa yang terjadi. Doakan Azfar ya!