Status Halal Restoran Seoul Garden

Wednesday, July 24, 2013

Assalamualaikum. Salam Ramadan... Bulan-bulan puasa ni keyword kat sini asyik restoran dan makanan je kan? Liza pun mencari-cari restoran untuk berbuka hujung minggu ni.

Jadi, Liza pilih Restoran Seoul Garden. Dah call booking baru teringat nak periksa status halal. Apedaa.. Check punya check, masih tak dapat jawapan..

Seoul Garden ada buffet steamboat, grill dan BBQ.


Tapi, Liza tak jumpa logo di bawah ni :(

Liza cari LOGO HALAL JAKIM ni.

  • bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
  • perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
  • diikuti tulisan rumi “HALAL”;
  • bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
  • dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
Periksa kat Direktori Halal JAKIM, Seoul Garden IOI Mall Puchong memang tak ada sijil halal.

Seoul Garden tertentu saja yang ada sijil halal JAKIM.

Dah acaner?? Jawabnya, kena la balik Penang singgah Seoul Garden kat sana. Haha. (Gigih!)

Ke ada sesiapa yang ada penjelasan berkaitan dengan isu ni? Huhu..

Pilihan kedua, terpaksa booking tempat lain. :)

~Ada cadangan tempat berbuka yang best?~






Ujian Kesakitan Buat Azfar

Sunday, July 14, 2013

Assalamualaikum.  Selamat berpuasa. Asal sahur ja ada entri baru. Kena update pagi-pagi sebab nanti memang dah buat kerja lain. Moga amalan kita bertambah hari ni.

Pagi ni teringat nak kongsi kisah Azfar lagi. Azfar memang anak yang kuat bagi Liza kerana setiap kali diuji kesakitan dia masih boleh bermain, ceria dan tak meragam. Cuma kadang-kala, mungkin kesakitan tak dapat ditahan lagi, dia akan merengek. Daya tahan badan dia tak kuat, doktor kata.

Disebabkan Azfar memang ada allergi sejak lahir, jadi ujian kesakitan itu tidak pernah lekang dalam hidupnya. Kesian Azfar. Baru-baru ni, dia kena bisul. Bisul luar biasa kerana saiz yang besar dan timbul bukan satu tapi tiga di kakinya. Alhamdulillah, adik ipar dan mak mertua ada menjaga Azfar di kampung. Terima kasih semua. Aku bertuah punya mereka dalam hidupku. Terharu apatah lagi adik ipar sanggup menyambung penjagaan di KL. Dialah babysitter Azfar selama 3 minggu. Thanks Zalina.

Bisul naik di tiga tempat di kaki Azfar.

Bisul yang baru pecah. Masa ni aku di KL sementara Azfar dijaga maksu dan tok di Kedah.

YaAllah, di saat Azfar kesakitan dan aku keseorangan di sini, mereka ada membantu aku. Aku memang tak dapat menahan perasaan setiap kali memikirkan bahawa aku ada mereka semua. Syukur dipanjatkan kerana menakdirkan mereka untukku. Tak terbalas segala.

Minggu terakhir zalina di KL. Azfar pun dah sihat masa ni. Lihatlah betapa cerianya dorang bersama maksu. :)

Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Dan daripada satu perkahwinan tu akan wujudnya persaudaraan. 

Sehingga kini aku terus berdoa agar Azfar akan terus sihat dan penyakit alahan yang dialaminya akan sembuh suatu hari nanti. Apayah lagi dia semakin besar sekarang. Pandai meminta apa saja yang kami makan dan merajuk bila apa yang diminta tak diberikan padanya. 

~Kepada Allah aku bermohon dan menyerah~

Restoran Terapung HM Sri Bagan Lalang

Monday, July 8, 2013

Kalau korang ke Bagan Lalang, korang kena singgah di restoran makanan laut di sana. Kalau tak, rugi. Kami bukan saja-saja main pantai ke sana. Tujuan utamanya ialah untuk makan seafood!!!

Berjalan di pantai selingan aja. :)

Kami menunggu tiga keluarga untuk sampai ke sana. Semuanya kawan my hubby ketika dia bekerja di cawangan Mid Valley City. Disebabkan lama sangat menunggu, kami makan burger dulu buat lapik perut. Sampai ngantuk-ngantuk la mata ni. Huhu. Apa tidaknya, aku belum cukup rehat Dari 4 pagi menyediakan makanan untuk seisi rumah sebelum  ke tempat kerja. 

Klik ke website dia di sini.

Alhamdulillah mereka sampai sekitar 10 malam. Terus order!!

Semua order untuk dua hidangan. Tapi ketam yang kuidam telah habis. Tak pela kan, tak dak rezeki kali ni. "Janji lain kali" tu kira mama pegang erat! :p

Makan beramai-ramai ni buat aku control macho. Aku makan gaya orang tengah diet. Haha. Merugikan diri sendiri. Takpa2.. "janji lain kali" tu akan tiba. Haha. 

Dalam beberapa menu yang kami order tu, aku paling suka sotong goreng tepung dia. Sebijik cam sotong goreng tepung Kola Perlis maa!!! Finally, ada tempat untuk kami meratah sotong goreng tepung nanti. 

Tak snap pun gamnar makanan since kawan2 hubby dah snap. Boleh tengok kat sini untuk info berkaitan restoran ni.

~Entri malas di petang hari~