Kasut Online Untuk Wanita

Monday, March 31, 2014



Kalau sebut pasal shopping, apa yang korang paling giler shopping? Handbag? Kasut? Baju? Jeans? Ke korang giler SEMUA?! Haha

Liza sebenarnya paling suka shopping kasut. Untuk tukar-tukar dan untuk matching-matching dengan baju. Hehe. Tapi, disebabkan buat masa sekarang tak sesuai nak shopping heels, so Liza memang mencari-cari kasut yang sesuai dengan keadaan Liza sekarang. Pastinya flats yang ranggi, sporty dan SWAG. :D
LARRIE antara jenama yang selalu menjadi pilihan Liza kerana design kasutnya sporty dan selesa.


Banyak je kasut online yang boleh didapati dalam pasaran untuk semua golongan umur. Korang yang suka kasut untuk bergaya ayu-ayu, manja-manja pi kenduri-kendara, atau untuk bersantai di tepian pantai, boleh dapatkannya dengan mudah.

Sukanya dengan kasut EZRA  2 Tone Slip on Loafer ni.
Sandal EZRA ni untuk pemakaian kasual.


Ballerina flats pula sesuai untuk golongan remaja seperti Liza (eh silap ek?) dan buat mereka yang tidak suka memakai kasut yang bertumit tinggi (ini memang Liza). Ianya dipakai untuk aktiviti kasual dan memberikan keselesaan buat tapak kaki anda untuk dipakai sepanjang hari. Kasut flats dilihat akan terus popular dengan adanya rekaan menarik dihasilkan secara berterusan.

Kasut ni sebenarnya menggambarkan identiti dan citarasa seseorang. Ada yang tak suka dengan kasut ribbon-ribon tapak tinggi. Tapi ada aja yang minat begitu kerana citarasa kita berbeza. Liza lebih suka kasut rata (flats) yang selesa dan mudah bergerak. Mungkin kerana Liza sukakan yang simple dan sederhana. 

Tapi, untuk ke sebuah majlis makan malam adalah tepat untuk memilih memakai heels berbanding sekadar flip flop biasa. Mesti korang akan kelihatan lebih sexy mexy!

Amacam?! Ada bran??

Kalau korang mahu mendapatkan dan beli kasut secara atas talian boleh saja dapatkan di Zalora. Sebagai destinasi online shopping Malaysia yang terbesar, mereka menawarkan koleksi kasut wanita dan juga lelaki yang cukup menarik daripada jenama-jenama terkenal. Apa yang lebih hebat ialah kesemuanya boleh didapati dengan harga yang berpatutan! 

Jom layari laman web Zalora Malaysia untuk informasi koleksi kasut terkini yang ada di sana.

~This sponsored post is from ZALORA MALAYSIA

Full Day Programme For Adam

Friday, March 7, 2014

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

Rasa cam dah lama tak share kisah Adam yang dah enam tahun tu. Hehe. Tak de la kisah apa pun. Cuma baru-baru ni kami tukarkan sesi persekolahan dia. Sebelum ni dia pergi sesi petang. Disebabkan sekolah Adam ada program baru, full day programme, kami sangat berminat.

Pengisian yang sangat padat untuk Adam. Bermula daripada pagi pukul 8 - 1.00 pm, dia akan sekolah macam biasa. Sambung semula pukul 1.30 petang - 4.30 petang dengan aktiviti petang.

Dengan yuran tambahan RM190, Adam mengikuti kelas hafazan, Bijak membaca dan Starter Words beserta aktiviti fizikal.

Daripada kami transitkan di taska yang hanya main dan menonton tv, baik masa yang ada diisi dengan lebih bermanfaat. Aku tidak lagi percaya kepada prinsip 'Just follow the flow' kerana bagi aku, apa jua keadaan, mesti ada perancangan. Yang akhirnya ditentukan Allah. 

Aku sebenarnya teruja dengan kisah arwah Ammar yang syahid di Turki tu. Mak ayah dia merancang percutian dia sehingga tiada satu hari dibazirkan di rumah semasa cuti semester terakhir kematiannya. Dan rupa-rupanya, ayah dia memang merancang dari mula untuk alirkan dia di bidang Sejarah dan mengambil peluang belajar di Turki. 

Mungkin ada yang  berpendapat, lebih baik ibu bapa yang mengajar sendiri semuanya di rumah. Menjadi guru kepada anak-anak mengaji dan belajar. Ya, teruskan. Asal sahaja, akhirnya atau hasilnya adalah yang terbaik untuk anak-anak kita. InshaAllah!

Kita pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita kan?

Adam cepat sangat membesar. Dah macam big boy sangat. Gigi susu pun dah mula longgar satu persatu.

Hari pertama Adam hilang gigi susu pertama. Actually dah dua gigi susu dicabut. Now dah naik baru dah haa..

Mungkin dah terbiasa dengan pembelajaran di sekolah dan di rumah (pada waktu malam), Adam tak lagi kekok untuk solat dengan sendirinya. Kalau sebelum ni, my hubby pegang rotan baru jalan. Hehe..now dengan sendirinya, akan amik buku selepas solat Maghrib atau sementara menunggu my hubby bersiap-siap di pagi hari. 

Di sinilah harapan kami dan juga harapan semua ibu bapa.

Ingin mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh. 

Moga kita sentiasa dipermudahkan oleh Allah dalam mendidik zuriat-zuriat kita hingga berjaya dunia dan akhirat.