Senangnya Shopping Kat Zalora!!

Sunday, April 20, 2014

Hari tu, Zalora Malaysia ada kasik kupon free untuk shopping di Zalora Malaysia. So minggu ni baru sempat nak redeem.

Disebabkan banyak sangat pilihan kasut kat sana, pening mata nak pilih. Huhu. Banyak sangat yang cantik-cantik.

At last, my hubby got one. Suka la shopping kat Zalora sebab website dia sangat mesra pengguna. Disebabkan kali pertama Liza register, Zalora kasik lagi RM20 introductory gift voucher.



Nike Lunarflash+ ni memang mengancam!

Untuk redeem kupon Zalora, just masukkan kod yang diberikan. Dan tekan 'Order now!'

Senang nak bayar sebab cara pembayaran dia macam-macam ada. Pilih je nak bayar melalui kad kredit, credit transfer, Cash On Delivery ataupun Kad Debit.  

Even kalau tersalah saiz, Zalora boleh pulangkan balik dengan percuma je kay! 

So, happy sangat-sangat shopping kat Zalora neh. 

Jimat duit belanja! 

Jimat juga masa parking dan berasak-asak jem di jalanraya.

Next time, boleh shopping lagi di sini. Jaket dia sangat menawan kalbu. ;)

~Thank you Zalora!~




Hong Kong Babymoon Story | Day 1

Friday, April 18, 2014

Salam Jumaat.

Seronok la ramai yang akan bercuti esok. Liza bekerja esok. Tapi tak apa. Tak kisahh pun. Minggu lepas dah puas bercuti. Minggu ni kena la pulun. huhu..

Baru sempat nak kongsi pengalaman percutian Liza dengan hubby ke Hong Kong baru-baru ni. Sebenarnya, memang kami rancang dari awal lagi untuk ke sana. Tiket memang booking daripada tahun lepas. Tapi, yang tak rancangnya ialah status percutian. Hehe.. Pada mulanya kami ingat nak honeymoon, tapi Allah sebaik-baik perancang. Status bertukar kepada 'babymoon'. :D

Seperti mana kami selalu search dan baca blog Jari Manis dan Fatin Liyana untuk dapatkan info percutian ke Hong Kong ni, macam tu la Liza harap agar entri-entri percutian ni dapat dijadikan rujukan untuk yang mencari maklumat berkaitan. Harapnya, tidaklah disalahertikan.

Kami amik flight awal pagi, pukul 7.05 pagi. Jadi memang bersedia awal di airport sebab takut apa-apa yang tak dijangka. Kul 5.00 pagi kami dah terpacak kat LCCT. Yaa, kami guna flight tambang murah jew. Hehe... Everyone can fly katernyer~ Yo'o ja..

Cerita Cinta Ammar menemani Liza sepanjang sejam pertama perjalanan. Jam berikutnya, air mata menutupi semua. Tak nampak jalan di depan. Sedih sangat. Buku yang banyak memberikan panduan dan teladan. :( 

Jadi, jam seterusnya kita jelajah luar je la. Tengok awan berbagai bentuk. huhu...

Sampai di Hong Kong kira-kira jam 12.00 pm (delayed setengah jam di udara sebab trafik sibuk). Sejuk gak rasa. Suhu 21 darjah celcius. Dingin je.

Perkara pertama kami buat bila sampai airport ialah mencari SIMCARD FOR TRAVELLER. Cari kat satu kedai ni, dia jual HKD250. Mak ai, mahainya. Nak pakai 4 hari je kat sana. Teringat post Fatin Liyana, dia dapat HKD88 je. Kami cari kat 7 eleven. Dapat!! 

Kedua, kena cari OCTOPUS CARD. Kad yang berguna untuk semua pengangkutan awam di Hong Kong. Macam Touch n Go la fungsi dia. Ada di kaunter Airport Express di Level 3. Kami beli HKD150 untuk kad tu. Kalau tak cukup, korang bleh top up lagi.

Then, bergerak la keluar dari airport melalui signboard Train To City. Kami ke stesen bas yang linked dengan airport dan cari platform A21. Sebab tempat penginapan kami berada di area Tsim Kah Tsui. Kawasan golongan marhaen macam kami. Naik bas dan berhenti di perhentian ke14. Korang boleh tengok kat skrin dalam bas atau kalau dapat bas baru, ada skrin depan setiap seat.

Lama gak la aku rasa nak sampai ke Tsim Kah Tsui. Dalam 45 minit jugak. Sampai di Stop 14, kami mencari Nathan Road. Sebab di situ, kami akan jumpa kawasan penginapan kami di MIRADOR MANSION. Kami booking di PEARL GUEST HOUSE.  Untuk percutian budget dan backpackers macam kami, semua perbelanjaan pun kami budget. Cara orang marhaen bercuti. :p

Kami disambut oleh angsa ni di atas katil. Haha. 

Tip untuk korang yang nak bercuti budget : Pilih guesthouse yang ada tingkap. Memang harga dia mahal sedkit daripada yang lain tapi sekurang-kurangnya korang dapat rasa udara dingin tanpa aircond daripada luar. Sejukk!!

PEARL GUEST HOUSE ni memang highly recommended. Apa yang diiklankan di internet, sejibik sejibun sama macam yang disediakan. Baru rasanya dan service dia sangat bagus. 

So, kami rehat kejap. Makan bekalan nasi yang aku masak daripada rumah, ready untuk jalan-jalan sekitar Tsim Kah Tsui.

Tempat pertama kami pergi ialah Victoria Harbour. Daripada Mirador Mansion, Liza akan lalui Nathan Road untuk ke laluan subway (bawah tanah) dan tembus ke Star Ferry. Landmark dia Sheraton Hotel dan SOGO Shopping complex. Korang akan nampak harbour yang sepanjang tu ada ramai pelancong ambik angin (lepak sebenarnya..) Hehe..

Laluan setiap hari ke stesen MTR Tsim Kah Tsui.

Inilah dia pemandangan Victoria Harbour di sebelah petang.

Pencakar-pencakar langit Hong Kong di seberang harbour.


Kami berjalan sepanjang harbour dan bila letih, duduk di tangga Muzium (dah tutup masa tu) sambil memerhatikan gelagat manusia. Petang yang sangat santai.

Duduk je la melepak tengok orang. Melepaskan lelah bekerja. Sekali ni je. Lepas ni dah kalut benda lain, dah tak dapat rilek cam ni dah.

Bila bosan sangat, kami singgah di depan Muzium of Arts untuk jalan-jalan tengok sculpture dia. Hong Kong ni femes dengan skulpture la. Seni dan kepakaran dorang kot.

Then, kami balik bilik. 

Malam baru keluar ballik tengok pemandangan harbour dan menunggu untuk acara Symphony of Light. iI antara acara yang tak boleh dilepaskan kalau korang ke Hong Kong. Persembahan laser dan lampu warna-warna selama 15 minit, bermula kul 8.00 malam.

Lampu dan laser yang dipancarkan daripada bangunan di sepanjang harbour diiringi dengan alunan muzik. 

Pemandangan Avenue of Stars di malam hari.


My Best Man.

Last but not leaast. ;)

Ada banyak booth-booth kecik untuk ambil gambar kita dengan pasangan. Dia selalu minta HKD100 untuk satu gambar 5R. Mahal rasa. Tapi kami dapat tawar dengan satu nyonya ni. Dia bagi HKD50. So kami minta dia snap gambar kami berlatr belakangkan Victoria Harbour ni. Buat kenangan kami. :)

Ini saja kot untuk hari pertama kami di Hong Kong. Sebab lepas tu, kami balik bilik dan tidur. Penat berjalan weih.

~See you then~




















Si Coklat Manis Langkawi

Monday, April 14, 2014

Kalau bertandang ke Langkawi, pasti kaum hawa yang beriya. Apa lagi. Coklat, pinggan mangguk, sudu garfu mahupun minyak angin yang terlintas si minda. Semua nak di shoppingnya.

Liza ada urusan ke sana minggu lepas. Urusan rasmi keluarga mertua. ;) Tapi dah alang-alang kan, ajak sekali mak dengan abah bercuti di hujung minggu.

Kami sewa homestay yang ada 5 bilik tidur dan 3 bilik air dan selesa. Boleh masak sendiri. Sesuai la kalau pergi beramai-ramai. Mak-mak akan memasak untuk anak-anak. Hehehe.

Tempat pertama kami tuju pasti la HIG. Semua pasti tau kat mana kan? Kat mana-mana aja ada. Selang dua tiga langkah jumpa Haji Ismail Group. Tempat membeli belah kaum keluarga.


Si coklat manis di Langkawi. Hehe.

Kaum paling happy kalau p Langkawi. Hehe..
Azfar tak nak lepas Chupachup besaq gedabak tu.

'Si coklat manis' sebenar diapit oleh dua mak buyong. 











Satu Hari di Zoo Singapura

Tuesday, April 8, 2014

Rasa cam banyak je citer jalan-jalan tapi masa ja tak banyak nak update. Citer ni dah nak basi dah haa.

Liza sempat singgah Zoo Singapura dua minggu lepas. Masa tu cuti sekolah. Liza kena bawak pelajar ke satu peetandingan antarabangsa di sana. Tapi tak ada rezeki untuk menang. Kena cuba lagi tahun hadapan. Kecewa memang sangat kecewa sebab sekolah Liza memang menang setiap tahun. Tup tup tahun ni kalah. Tapi kena sedapkan hati bahawa setiap apa yang berlaku itu telah ditetapkan Allah. Ayat cover lettew~

So kita lupakan kesedihan. Kita pergi meronda tengok binatang! Hehehe.. kami masuk dengan admission fee yang paling murah. Tak dak pakej river ride ke splash ride ke. Kami amik melawat zoo $28 dengan tram $5 je. Kut kut penat, boleh panjat tram bila-bila masa. Hehe.. So total $33 lebih kurang RM85 gak la.

Tram yang disediakan


Ni binatang pertama kami jumpa. Pelicans!

Then kami melawat kawasan sejuk Artantika. Boleh tengok Polar Bear kat situ makan daging. Hehe.

Penguins of Madagascar. :)


Ni si kuda belang dengan badak. Duk sekali dengan burung unta. Kesian burung unta tu duk sorang-sorang dia. Maybe bosan, dia asyik ligan kuda belang ja ajak main. Huhu.

Ni antara persembahan yang korang kena tengok. SPLASH show pukul 9 pagi. 

Bijak singa laut ni. Siap splash2 air lagi kat penonton.

Bila masuk kawasan Rainforest area, korang pasti jumpa dia ni. Belagak semacam je tengok. Hehe.. 

Tenang ja masuk kawasan hutan ni. Korang akan jumpa kancil, kura-kura dan sang buaya. Eh silap. Buaya tak ada kat sini. Dorang bebas berlari dalam ni. Agak jinak la dengan kita.



Mostly gambar binatang snap dengan henpon ja. Tp yang ni guna DSLR. 
She's waiting to bite you!!


Kawasan gurun ni didiami oleh kambing gurun dan babun. Yang punggung merah tuuuu. Huhu..

Benda paling teruja ialah nak tengok kangaroo. Almaklum.la, tak pernah p Ostolia. 

Macam dah larat ja kangaroo ni. Ada dua ekor ja dalam tu.

Ni ada badak air berendam dengan itik-itik serati.

Korang tau tak, white tiger dah pupus di Asia. Tinggal Mohan ni ja di Zoo Singapura. Dia ada empat anak bersama beberapa ekor cucu dia. 
Ini memang pose tak dak kegheja. ;)

Aku memang kurang rajin nak up entri info berfaedah ni sebenarnya. Hehe.. so korang cuba search google "Singapore Zoo" and jangan lepaskan peluang ke sana. Hehe..

Ada Restoran Ah Meng dalam zoo untuk bukan Islam menjamu selera. Untuk muslim, ada KFC di luar entrance zoo tu. Jangan risau, ada logo Halal Jab Agama Islam Singapura. Liza dengan student Islam makan kat situ.

Then, kami tunggu teksi di sebelah kanan zoo untuk ke Bugis Street. Panjang giler Q. Maybe sebab weekend kot. 

Jom shopping fridge magnet jom!


Sultan Mosque kat tengah bandaraya Singapura. Boleh singgah solat di sana bila.letih.membeli di Bugis Street. 

K lah, see you.