Pages

Thursday, February 6, 2014

Sedih Tengok Surau Tu

Assalamualaikum.

Hari tu kan, masa ke USS, kami sempat guna surau kat dalam tu. Susah gak cari sebab tersorok belakang kawasan Ancient Egypt. Tapi paling sedihnya ialah saiz surau sangatlah kecil.

Surau tu macam besar kabin jerk. Kongsi satu kabin utk ruang solat lelaki dan perempuan. Masa sampai je kat situ, aku tengok ramai beratur di luar sebab tak muat nak solat kat dalam.

Masuk je kat dalam bilik tu,  lagi sedih. Lima orang ja boleh solat. Sangat sempit.

Terdengar dorang sembang-sembang kat dalam tu. Sorang tu warga Singapore dan sorang lagi daripada Indon.

Akak yang daripada Indon tu pun terkejut tengok surau tu. Katanya, kalau kat tempat dia, shopping mall biasa-biasa pun ada surau yang besar. Berbeza betul dgn surau kat dalam USS.

Tapi bersyukur sangat-sangat kerana sekurang-kurangnya ada jugak kan. Walau beratur lama, tapi dapat jugak menunaikan solat.

Harap-harap lepas ni, ada la usaha pihak pengurusan untuk membesarkannya.

~Bersyukur kita duduk di bumi Malaysia yang sangat selesa dan bebas untuk melakukan ibadat~


9 comments:

  1. sedihnya liza, harap2 diaorg perbaikilah keadaan surau tu...

    ReplyDelete
  2. Memang banyakkan tempat yang macam tu..tapi Alhamdulillah. at least ada jugakkan..satu lagi suaru yang dia orang letak kar basement..sometimes agak menggerunkan..hotel pun ada buat macam ni...hmmm..

    ReplyDelete
  3. Negara kafir macam tu..xheran juga, tapi kadang2 tu kat negara kita pun ada juga surau yg tidak selesa dan dilokasi yg menyedihkan.

    ReplyDelete
  4. sekurang-kurangnya untuk negara yang Islam bukan agama rasmi
    masih ada initiative untuk menyediakan surau
    walau ianya kurang selesa

    macam MALAYSIA sendiri, bukan semua shopping mall atau even
    tempat beriadah ada menyediakan surau

    ReplyDelete
  5. mungkin...
    lepas ni kita la kot kena ada inisiatif sendiri utk lakukan sesuatu...
    contohnya bwk sejadah @ alas bersih dan boleh solat di mana-mana tmpt yg boleh dianggap bersih

    mcm yg selalu kita tgk gmbr2 yg org share kat fb tu la, tepi jalan, tengah padang, etc..

    itu klu ada masalah mcm kt uss tu la, tp klu mmg dah sedia ada surau yg selesa dan kosong, better la guna yg dah disediakan btul tak?

    tp kadang tu berbalik pd diri kita sendri jugak..risau dgn apa yg org lain ckp..takut org tu kata gitu, takut org ni kata gini..

    saya la tu, pengajaran jugak pada saya ni...

    ReplyDelete
  6. haah.. ade certain tempat tak de surau langsung .. Legoland jugka lah surau nye selesa

    ReplyDelete
  7. moga surau tu diperbesarkan lagi..aah..klo tmpt tumpuan org ramai, harus disediakan surau yg luas sikit...moga amalan kita diterima olehNya

    ReplyDelete
  8. kat negara yang pemerintah bukan Islam cam tulah..
    masa kak di singapore airport, kak solat kat ruang jalankaki liza.
    nak buat macamana, nasib baiklah singapore tu bersih, hampar sejadah dan solat. peduli kat orang lalu lalang

    ReplyDelete
  9. Betol tu Liza~
    kat Malaysia nih mana2 pon ade surau n masjid yang besar.

    mungkin pemerintah di sana bukan islam dan kurang faham pasal islam. kalo ade surau tuh kira bersyukur lah tuh kan~

    ReplyDelete

Thanks for visiting us!