Bagaimana Nak Kaya Dengan Emas?

Friday, December 17, 2010

Assalamualaikum semua.. Apa khabar? Sejak akhir-akhir ni rasa sunyi, sepi di sini.... Tiada seri dan tiada teman bicara. Mungkin lama sangat bercuti. Tak sabar nak balik kampung malam / esok pagi... Berjumpa kawan-kawan lama... Bertukar-tukar cerita. Moga kesedihan ini dapat diubati..

Pernah dengar pelaburan emas? Aku ni jakun sikit. Sebelum ni tahu emas boleh dilaburkan cuma tak tahu cara dan gayanya. Tapi, bila kawan aku ghairah bercerita keuntungannya melabur emas di Public Gold, aku jadi teruja. Teringin jugak nak duit lebih. Makan gaji ni duit hanya cukup makan dan pakai saja. Bersyukur apa yang ada tapi tidak salah mencari pendapatan sampingan, bukan?

Ar rahnu ada di Agrobank, Yapeim, dan beberapa koperasi lain ada juga sediakan perkhidmatan ini. Maybank ada sediakan Emas Kijang...

Di sini aku ingin kongsikan cara untuk melabur emas  di Public Bank :

1.Tengok harga pasaran emas GIA PB kt website Public Bank. Ni url dia, klik jer http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html. Untuk beli emas, pastikan kita tgk SELLING PRICE (bank jual emas kepada kita). Untuk jual emas, kita tengok harga BUYING PRICE (kita jual emas kepada bank). Ni contoh dia..



2.Pekara yang penting atau perlu ada bagi membuka GIA PB ialah

  • Duit RM250 untuk membuka Buku Akaun Wadiah PB ( Saving Account).
  • Duit RM10 untuk duit setem bagi Perjanjian Akaun Pelaburan Emas.
  • Duit untuk membeli 20g emas bagi permulaan GIA PB.
  • Duit RM8 bagi mereka yang nak gunakan ATM Card.
Untuk artikel berkaitan pelaburan emas, sila klik sini.

Catatan :

1. Yang penting pastikan duit tu bawa lebih sikit, jangan bawa cukup-cukup jer. Nanti risau tengah isi borang tiba-tiba lak harga emas naik ms kt kaunter. tak cukup lak duit nanT. Susah. Tapi kalau harga emas turun. kita la untung sebab dapat beli emas dgn harga yang murah. Tersenyum la masa tu.

2. Boleh jugak kita beli sikit-sikit daripada kedai emas seperti di Poh Kong cuma kena berhati-hati dengan gambar haiwan pada barang kemas tu sebab sesetengah bank seperti Agro Bank tidak terima untuk dipajak...

3. Kalau buat personal loan dan laburkan kesemua dalam pelaburan emas, masih menguntungkan walau terpaksa membayar hutang personal loan setiap bulan kerana emas sentiasa naik setiap tahun..

Korang dah melabur dengan emas?

~Tun M juga menggesa rakyat melabur dengan pelaburan ini~




    

5 comments:

sarahsayangjiman said...

oh aku baru baca kat blog dia pasal ni.

http://chedet.co.cc/chedetblog/2008/11/dinar-emas.html

hang dah masuk?
aku baru dok tgk the pro and cons..ada a few investments are good kan..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

seminggu tak jenguk blog ne.. rindu lee...ila keja luar..balik udah penat sangat.. liza dah melabur ke dgn emas ne?? ke jadi agent??meh brief kat sini sikit hehe

MummyEcha said...

wow...macam best jer pelaburan nie.Thanks liza..info yg menarik..kot2 bleh buat plak pelaburan emas nie..yer la nak harapkan gaji semata2 faham2 jer la.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

awat lama tak update ne?? g jenjalan ke??

Wonderful Life with Mary Kay said...

Sarah~aku tgh study mai... insyaallah, otw.. :)

Ila~rindu mu jua!!! kat kampung ni.. hjg bulan baru nak pulun cuti dan jalan2...

echa~ Pelaburan yang menguntungkan, insyaallah

Ila~ sayang jua ila kat liza. hehe