APA ITU SPF PADA SUNBLOCK?

Saturday, August 25, 2018

Assalamualaikum. Hari ni Eyza nak share ilmu tentang sunblock. Selalu kita tengok ada label SPF pada sunblock kan? Apa itu SPF dan bagainana anda memilih SPF untuk kulit anda

๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜ŽTIPS MEMILIH SUNBLOCK

๐ŸŒž๐ŸŒžApakah SPF?

SPF adalah singkatan untuk Sun Protection Factor. Kita wajib pakai sunblock setiap hari disebabkan lapisan atmosfera kita yang semakin menipis.

Kenapa kita wajib lindungi kulit kita dari pancaran terik matahari?

Kerana kulit akan semakin menipis dan ingin kurangkan risiko masalah kulit (jerawat, jeragat,kulit menipis) dan kanser kulit.

Kalau kita tengok di produk-produk sunblock ada tulis spf15, spf30, spf50. Spf ini adalah kiraan yang merujuk kepada seberapa lama ianya boleh melindungi kulit kita dan seberapa kuat sesuatu produk itu kepada kulit kita.

Contoh pengiraannya adalah :

1. Cara kira seberapa kuat ianya boleh melindungi kulit kita
Kita ambil contoh spf 15.
Kita perlu tolak satu dari nilai spf itu.
Misalnya, spf 15 bermaksud (15-1)/15 iaitu 0.93.
So, 93% sunblock itu dapat lindungi kulit kita dari sinaran uv.
Jika spf30, 96%.

2. Setiap warna kulit adalah berbeza untuk pertahanannya terhadap sinaran uv.
Untuk kulit putih, biasanya hanya boleh bertahan 10 minit.
Kulit kuning langsat, biasanya 15 minit.
Kulit sawo matang,20 minit.
Semakin gelap kulit kita, semakin kuat ianya mampu bertahan di bawah sinaran UV kerana kandungan pigmen melanin yang tinggi.

Contoh kiraan:
Untuk orang berkulit putih, jika dia menggunakan spf 15, maka sunblock itu mempunyai masa lebih kurang 15×10=150 minit untuk bertahan.

Untuk kulit sawo matang, 15×20= 300 minit.

Selain dari nilai spf, kriteria lain untuk memilih sunblock adalah, ianya perlulah mempunyai perlindungan dari sinaran UV ( ultraviolet ) A & B.

UV A adalah sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit.
Ianya menyebabkan kulit menjadi tua ( penuaan) , berkedut, kusam dan masalah dalaman kulit yang lain.

UV B pula adalah sinaran yang tidak menembusi lapisan kulit. Ianya menyerang lapisan luar kulit sahaja.
Jadi, ianya akan menyebabkan kulit kita terbakar ( sunburn ).

Bagaimana pula jika ianya tertulis PA+++ sahaja?

PA itu adalah kiraan untuk UVA.
+++ itu bermaksud kadar kekuatan UVA di dalam sesuatu sunblock.
Maksudnya, jika sesuatu sunblock itu hanya tertulis PA++, ianya tidak mempunyai pertahanan UVB.

Untuk yang tidak begitu terdedah kepada sinaran terik matahari atau yang terdedah sekejap sahaja (kurang dari 4 jam), spf 15 sudah mencukupi.

Jika anda memang terdedah lama dan sentiasa berpeluh, spf30 sudah memadai. Melainkan jika anda berkulit putih gila, anda memang memerlukam spf50.

Beza pada spf cuma jangkamasa sahaja. Kekuatan masing-masing adalah lebih kurang sama.Jadi,tak perlu spf yang tinggi.Jangan rosakkan kulit dengan spf yang tinggi jika tidak perlu.

Untuk yang melakukan aktiviti di dalam air, perlu lebih kerap sapu sunblock kerana ianya hilang selepas terkena air.Tidak ada kajian mengatakan ada sunblock yang mempunyai kriteria ‘water-proof’.

๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜ŽTIPS PENGGUNAAN SUNBLOCK

๐ŸŒปSapu 15 30 minit awal sebelum melakukan aktiviti. 15 minit sebelum mekap.

๐ŸŒป Sapu di semua tempat yg terdefah termasuk pelipat kulit.

๐ŸŒป Guna lipbalm yg mempunyai spf uva dan uvb.

๐ŸŒป Sapu dengan kekerapan setiap 3 4 jam. Sapu lebih kerap jika kuat berpeluh atau melakukan aktiviti air.

๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜ŽJENIS SUNBLOCK MENGIKUT KULIT

๐Ÿ˜ฅ KULIT KERING .. Guna jenis lotion atau krim

๐Ÿ˜ฑ KULIT BERMINYAK .. Gel atau oil free

๐Ÿคจ KULIT SENSITIF .. Gel tanpa pewangi dan pewarna

๐Ÿ‘บ KULIT BERBULU .. Jenis gel atau spray

๐Ÿ‘ฉ๐ŸพKULIT GELAP .. Cukup dgn spf 15

Jelas tak penerangan Eyza?

Ni pilihan Eyza. SUNCARE SPF50. 

JOM WASAP EYZA 0135606826

Eyza consult free je!

1 comments:

acu yuhan said...

Hi menarik content. lets blogwalking and click ads. done follow u, follow me back http://acuyuhan.blogspot.com/ .thanks