MAHA 2010 l Part 1

Monday, December 6, 2010

Korang pergi MAHA tak? Rata-rata mesti pergi kan? Minggu lepas ada la kami pergi beramai-ramai dengan keluarga mertua. Dorang datang sempena cuti-cuti sekolah walau adik ipar aku ni tak berapa nak cuti sebab ada tuisyen..(bagus2...walau cuti tetap ingat study) So, dorang sempat duk sekejap jer la dan sempat ke MAHA 2010. Jom tengok perjalanan cerita kami di MAHA 2010..

Kami pergi hari Khamis sebab tak nak bersesak-sesak di hari minggu. Konvoi 2 bijik keta. Aku drive (my hubby keja) dan satu keta lagi Shukri, our new family member..hehe.. Disebabkan my hubby kerja, aku prepare bawa packing bag supaya senang handle Adam dan cukup tangan nak kawal Adam. Dari rumah aku dah bayangkan keadaan aku mengawal Adam kat sana tanpa my hubby. Uwaaa!!!!

Cabaran 1 : Aku parking kat area bawah, terasing dengan mak ayah mertua aku sebab agak jem masa sampai dah terputus hubungan. Jadi, kami parking agak jauh dari gerai. Menapak lah kami lebih kurang 1 km...

Kami jalan-jalan dulu kat gerai laur. Lepas tu baru masuk Dewan B.. Jabatan Perikanan dan Pertanian...

Adam duk tengok penyu ni sampai tanak keluar dari situ. Dah la sesak! huhu..

Cabaran 2 : Macam biasa la, menangkap Adam yang berlari sana-sini.. Haduh.. Mama tak jalan ke mana pun sebab tak sempat, asik berlari tangkap dia.. huhu.. Thanks to MAHA crew yang sediakan servis ni. In case Adam hilang, dorang boleh trace back.

Ni dapat duk rilek sebab berhenti mkn kt cafe dalam dewan. Bihun goreng dalam plastic container RM6..mak ai, mahainya..Nasib sedap.

Kek ladang kambing lembu ko? tak lah. dalam dewan jer..

Cabaran 3: Orang makin ramai dah waktu ni.. Panas lit-lit orang Peghelih kata. Kami beratur panjang untuk naik bas nak ke ladang ternakan. huiyoo. Adalah dekat 300m barisnya. Nasib bas yang disediakan tak putus-putus...

Ni sampai kat Ladang Lembu, kami naik kuda...Adam dapat naik dua kali sebab masing-masing nak jadikan dia 'penyeri gambar" ahaks.

Budak yang handle kuda tu baru 12 tahun tau. Kesian giler tengok dia macam letih dan kepanasan kat atas kuda tu.. Aku terfikir yang dia mungkin cari duit lebih cuti sekolah ni kan...

Aku terjumpa kawan sekerja aku daa.. Aimi.

Kami bergerak ke bahagian jentera sebab nak jumpa seseorang kat sana.. Paksu Lan kami bertugas kat MARDI. Dia jaga bahagian teknologi makanan. Korang ingat tak entry aku pasal Lemang Moden? Paksu la yang buat... 

Paksu tengah tunjuk kat kami mesin buat kuih goyang / loyang.. Pulun la suh paksu terang semua benda yang ada kat situ. Mesin yang ada kat situ ialah mesin penggredan buah, mesin mengupas kulit buah dan mesin membuat kerepek.

Cabaran 4 : Punyala susah nak suh dia berhenti main dengan satu-satu benda. Jumpa kolam, asik nak duk tepi kolam. Jumpa benda ni, asik nak vroom vroom jer.. haha.. Rajin gak la Wan melayan dia, bagi can dia merasa jadi petani moden. haih.

Cabaran 5 : Sampai kat dataran utama, Adam dah terlentok kat bahu aku. Letih sangat lah tu dari kul 11pagi sampai ke petang kami berjalan. Aku.. dengan beg di belakang dan berat Adam tu... bengkok gak la...Menapak lah kami semula ke parking lot dengan mengendong Adam di bahu...

Penat, lesu walau tak sampai separuh pun kami berjalan.. huhu.. Serik gak rasa tapi manalah tau esoknya mai lagi. hehe



~Credit to my SIL, Zuhaira for all the pictures taken~
   



7 comments:

LYaFRINA said...

DGR CITER,
MMG BESTKAN PEGI KE MAHA TU...

BLH TGK CITER ORG JE LA.. BYK X SHOPPING??

Wonderful Life with Mary Kay said...

Biasa aja.. Penat je lebih.. Mak ayah adala borong rempah ratus & minuman sarang burung walit. Liza tak beli apa2 pown..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

teringin nak pg .
hubby duty kat MAHA hari jumaat sampai malam.ila pulak g meting kat shah alam
dengar jelah cerita MAHA itu Maha ini..
dekat tapi jauh waaaaaaaaa

Kak Amy said...

As'salam..

rata2 semua dok cite pasal MAHA, jelesnya la sebab x dapat gi jauh sangat hu3...

Wonderful Life with Mary Kay said...

Ila, masa mkn kat food court ternampak cam hubby Ila tp mayb org lain kot. masa tu tcari2 kot Ila ada skali..sebelah ladang ternakan..hehe, pulun!

Amy~tak pe, thn dpn ada lagi MAHA ni

firahadifa said...

menarikkkk... da lama x gi..

Wonderful Life with Mary Kay said...

ok gak la.. byk info..