Cerita di Jabatan Imigresen Malaysia

Tuesday, November 16, 2010

Assalamu'alaikum semua... Rasa macam bersalah wat entri ini. Rasa macam ada yang kecik hati. Maaf kalau ada yang terasa. Tapi, selalu my hubby pesan, postive thinking... So, malas nak citer pasal orang. Wat citer memasing key.

Hujung minggu lepas, kami dengan gigihnya bangun awal untuk ke Jabatan Imigresen Malaysia. Nak wat pasport antarabangsa weh. Mama selama idup 28 tahun, baru nak ada pasport antarabangsa. My hubby memang dah pernah travel obesea masa kat UTM dulu (best la kos dorang jalan2 Indon, Singapore, JELES kot). Kami sampai kat sana dalam kul 9 pagi dan dengan selambanya ke kaunter nak amik nombor giliran. Orang jaga kaunter tu, senyum sinis sambil bagitau, "dah habis lah dik nombor untuk hari ni.." Aku tengok jam. huh? Baru kul 9 pagi...... "Okey, esok kena datang awal lagi nih..."

Esoknya, dengan azam lebih gigh, kami bangun awal giler, sbb nak bertolak kul 7 pagi. Kira awal lah tu bagi kami.... Sampai je kat sana, "Walawei...terkezut beruk aku. Punyalah panjang barisan...Tak cukup bangunan dorang beratur. Masa tu belum 7.30 pagi dan pejabat pun belum buka lagi...
So, kat sini lah jawabnya kami beratur. Di hujung bangunan... Nasib borang dah lengkap diisi..tu apa yang aku rasa, cam ok lah kot. Mesti berjaya dapat nombor punya....

Alahai, malas betul bab-bab ngisi borang ni. So, the best person in charge adalah ayah.... hehe..Lagipun, tulisan ayah kan cantik...

Kul 8.00 pagi, baru la pejabat buka dan pelanggan mula memenuhi ruang pejabat. Berlingkar-lingkar kot kerusi dan kaunter aku tengok semata-mata nak dapatkan nombor. Dah panjang macam ular sawa raksasa aku tengok.  Mama ditugaskan melayan Adam sementara ayah berdiri menunggu giliran. Dari main hp, main ukur2 tinggi, dan main mainan orang lain..Mama dah buntu idea nak melayan Adam. Nasib dapat idea beli makanan kat GIANT kat luar tu... Lepas dapat Ribena dan Chipsmore, Adam kembali diam.... Aku rasa kematu gak kaki hubby aku berdiri. Aku tengok jam, dah hampir kul 9.00 pagi.. Kami masih belum sampai ke kaunter nombor giliran...
What's your height, Adam?

Tiba-tiba, masa lagi berapa puluh langkah nak sampai kat kaunter........................

Ada satu pengumuman dibuat
Diumumkan bahawa nombor giliran untuk hari ni sudah habis. Sila datang esok hari
Tepuk dai masing-masing dengar. Halamak...Penatnya menunggu.. Esok dah keja. Nampaknya terpaksa lah mencuba minggu depan pulak. Aduyai....... Nasib lah bukan last minute job.. Camana la kalo nak pergi esok, hari ni baru beratur? Mau nangis terlepas flight. Haha

Then, baru aku teringat senyuman sinis akak kaunter semalam. Patut la dia senyum semacam jer kat aku. Mungkin kata hatinya, orang penat2 beratur dari Subuh, ko senang-senang jer datang mintak nombor. Haha...

So, korang kalo berhasrat nak buat pasport on weekend, datang lah awal-awal. Bukan awal jer, tapi awal giler. Bawak bekal atau beli siap2 makanan. Melepas dan kucil siap2 k kalau datang sensorang. kang, dari duk depan, kena beratur ujung dunia balik. huhu...

~Moga Sabtu dapat bangun lebih awal supaya dapat kami beratur dari pukul 6.00 pagi~




   

7 comments:

Ana Suzana said...

adehh.. camtu sekali ekk.. kalo hubby ana la, lama dah retak bgnn tu.. kurang sabar kaedahnya.. kekke

Wonderful Life with Mary Kay said...

Ana, mmg ramai giler manusia.... Yang peliknya, ada yg dah beberapa kali beratur camtu, still dtg lewat gak. huhu....

puanstoberi said...

Liza,
Reen retu buat kat imigresen Wangsa Maju (Sri Rampai), sgt kejap. Dlm setgh jam da dpt passport. Tp borang,gmbr kena isi sesiap la.
Reen gi masa ari keja, tp mintak kat bos masuk lewat sket lah. Kena gak la beratur tp tak la macam ular kena palu. Hihi.
Yg kat Damansara tu mmg tau..penah pegi gak..tak sanggup rasanya.

Liza Othman said...

liza, ade org ckp kat damansara mmg problem. gi tempat cam subang airport ke, tak teruk camtu..dgn syarat semua docs siap

Liza said...

Pn Stoberi~Ada gak terdengar dlm ramai2 tu bersembang, kata Wangsa Maju ok. Tp jauh plak dgn umah kitorg. Nyway, bleh try kalo kejap. TQ.

Norliza~Liza, kitorg ni xberapa familiar kt kl. Bleh la try kalo ok, Liza..

Wonderful Life with Mary Kay said...

Friends, Liza dah check operation hour kat Wangsa Maju dan Subang tak da on weekend...huhu... Kalo nak pergi hubby jgk kena minta cuti lah..

sarahsayangjiman said...

weii lambatnya sampai situ..
aku wat kat subang airport..kalo pi weekday mmg syokk..tadak orang pon..subang airport okay..tambah kalo petang..tapi kalo pi time kl public holiday, selangor dak kaa..peh...

yang aku pi aritu kol 7 sampai dah panjang berjela dah.hehehe.

as ur friend said, doc suma bagi lengkap sesiap.