Instagram

Tempat-Tempat Menarik di Singapura

Thursday, December 23, 2010

Cuti-cuti sekolah ni dah ramai yang bercuti untuk berjalan-jalan makan angin. Saya yang cuti panjang ni masih belum berjalan ke mana-mana. Cuma hujung minggu ni kami bercadang ingin ke Kota Singa dan melewati Johor.... Nih my assignment my hubby bagi dah lama tapi hari ni baru terhegeh-hegeh nak google. Ada beberapa info menarik yang dah dapat but more more info masih tak dapat google.. Kredit to Pak Budi.

Kampung Arab (Arab Street/Kampong Glam)
Terletak di North Bridge Road. Di daerah ini terletak Masjid Sultan (Sultan Mosque) dan Malay Heritage Centre. Cara  ke sana: MRT stesen Bugis.

China Town
Tempat menarik: Kuil Thian Hock Keng,  Pura Sri Mariamman, Smith Street Wet Market, Food Street. Cara ke sana: MRT stasion Chinatown atau Outram Park.
Little India
Terletak sepanjang Serangoon Road. Tempat menarik: Masjid Abdul Gafoor, Kuil dan Pura. Cara ke sana: MRT stasion Little India dan Farrer Park.
Katong
Terletak di East Coast Road dan joo Chiat Road, tempat jajanan makanan yang menarik dari pelbagai tempat. Cara ke sana: MRT stesen Paya Lebar atau Eunos.

City Hall dan Padang
Terletak di antara Connaught Drive dan St. Andrew’s Road. Lapangan luas tempat bersejarah berdirinya negara Singapore. Cara ke sana: MRT terdekat stesen City Hall.


Bideford Junction Crosswalk
Terletak di daerah Orchard, antara Paragon, Park Hotel at Orchard, Meritus Mandarin Hotel dan Ngee Ann City. Setiap hari mulai pk 19.30, setiap 30 menit lalu lintas di Bideford Junction akan berhenti selama satu menit. Selama waktu ini, daerah itu disirami oleh empat skenario tata cahaya yang mempesona, yaitu: “Singapura Kota Taman”, “Berjalan Di Air”, “Aurora (Cahaya Kutub Utara)” dan “Langit Malam Berbintang”. Cara ke sana: Stasion MRT Orchard.
 
Carlsberg Sky Tower
Terletak di sebelah cable car ke pulau Sentosa. Carlsberg Sky Tower memberikan pemandangan ke seluruh kota Singapura, Sentosa, Southern Islands bahkan Malaysia dan Batam dari ketinggian 130 meter. Tiket masuk S$10/ dewasa dan S$6  (Anak 12 tahun ke bawah).

DHL Balloon
Terletak di Tan Quee Lan Street, Bugis. Belon ini merupakan salah satu yang terbesar di dunia. Belon ini dapat membawa 29 penumpang dan terbang sampai ke ketinggian 150 m, untuk menyingkap sebuah pemandangan kota yang mempesona seluas 360 darjah. Selama 7 – 10 minit, kita akan terbang melihat seluruh pelosok kota. Jam Buka Senin s/d Minggu: 11.00 s/d 21:30. Tiket masuk: Dewasa SGD23, anak-anak SGD13 (3 – 12 th), Anak-anak di bawah 3 tahun SGD2.
Cara ke sana: Naik MRT dan turun di stasiun Bugis (EW12) lalu berjalan ke tanah lapang di samping 7th Storey Hotel.

 G-Max Reverse Bungy
Bungy pertama di Singapura. Jam buka Senin s/d Kamis: 3 siang s/d 1 pagi. Tiket masuk $40 per orang.
Lokasi di Clarke Quay, River Valley Road. Cara ke sana: Naiklah MRT lalu turun di stasiun Clarke Quay, keluar di Eu Tong Sen Street lalu belok kiri dan menyeberangi Coleman Bridge.


Singapore City Gallery
Ruang pamer arsitektur negara Singapore dalam bentuk miniatur. Ada sekitar 50 pameran yang dapat dicoba dan terminal layar-sentuh, galeri ini menjanjikan sebuah pengalaman yang seru dan membuka wawasan kita tentang pertumbuhan Singapore. 
Jam Buka: 9.00 – 17.00 (Senin s/d Sabtu), Hari Minggu dan hari libur umum tutup. Tiket Masuk: Gratis.
Lokasi : The URA Centre, Maxwell Road. Cara ke Sana: Naiklah MRT turun di Tanjong Pagar Station (EW 15).

Singapore Flyer (Kincir Angin)
Terletak di Marina Bay, dengan diameter roda hingga ketinggian 165 meter. Kita dapat menyaksikan pemandangan Singapura, seperti  Marina Bay, Gedung Esplanade, Pulau Batam, dll.
Jam buka setiap hari dari pk. 8:30 s/d 22:30. Lokasi di Raffles Avenue. Cara ke sana: Naik MRT ke Stasion City Hall, jalan kaki ke arah Marina Bay.

Singapore Science Centre
Singapore Science Centre memiliki sekitar 850 lebih wahana interaktif yang menggambarkan keajaiban dan keindahan ilmu pengetahuan. Selain itu ada juga Kinetic Garden yaitu taman iptek interaktif luar-ruang pertama di Asia. Selain galeri pertunjukan utama, Omni-Theatre merupakan biskop dan dilengkapi Virtual Voyages Simulation Theatre dengan 18 kursi, tempat para penonton mengalami fenomena iptek secara visual sekaligus fisik, dengan sebuah kisah petualangan selama 15 menit. 

Jam Buka : Setiap hari dan hari libur sekolah, kecuali Senin. Antara jam 10.00 pagi sampai 18.00 sore.
Tiket Masuk: Dewasa SGD 6, anak-anak (di bawah 16 tahun) SGD 3, lansia SGD 3.60. Pertunjukan Film Omnimax: Dewasa SGD 10, anak-anak (3 sampai 12 tahun) SGD 5, lansia SGD 7. Film IMAX DMR: SGD 12 per orang (hari kerja), SGD 15 per orang (akhir pekan/hari libur umum).

Lokasi: Science Centre Road, Jurong East. Cara ke sana: Naik MRT ke Jurong East Station (EW24/NS1) lalu naik bis SBS nomor 335.

Ski 360°
 Ski kabel (atau main ski tapi pakai kabel) adalah ski air yang ditarik oleh sebuah kabel di atas. Kecepatan laju kabel tersebut sama sekitar 58 kilometer perjam (sama seperti kecepatan speed boat).
Jam buka: Senin – Jumat: 10.00 s/d 22.00. Sabtu, Minggu, Hari Libur: 9.00 s/d 22.00.
Lokasi: East Coast Parkway Singapore. Cara ke sana: Dengan Bis: 401 dari Bedok Interchange.  

Song of The Sea.
Berlokasi di laut pulau Santosa, pertunjukan ini menampilkan permainan api, laser, jet air, ledakan lidah api dan pencitraan komputer dilengkapi dengan lagu-lagu.
Jam Buka: Setiap malam, 19:40 dan 20:40.
Tiket Masuk: SGD 6 (dewasa / anak-anak).
Lokasi: Beach Station. P. Santosa


Dear friends, kalau korang pernah jenjalan ke sana, boleh kongsikan bersama di sini...Sambil Liza google2, bleh dpt info drp kawan2 :

1. Kami akan bertolak 25 Dec (Sabtu) dan balik pada 28 Dec (Selasa).
2. Transportation : Kereta ke Johor dan public transport ke Singapura.
2. Kami peruntukkan 2 hari max ke Singapura and the rest akan berada di Kota Tinggi dan JB.
3. One MUST place to go ialah USS.
4. Yang lain belum pasti sebab tak tau jalan. 


Benda ni berlegar-legar di minda,
1. Dari Johor ke USS naik apa? Tune Hotel JB (Call : 0133861001) ada offer shuttle bus ke USS, sangat murah tapi belum decide dgn my hubby.

2. Kalau naik bas dari Johor, berhenti kt town, but then camna nak access ke Universal Studio? Berhenti kat stesen apa?

3. Apa tempat-tempat menarik yang dekat-dekat antara satu sama lain, so that boleh cover percutian dalam satu hari jer...

Percutian kami ni dikira budget destination. Walau budget sikit, masih nak berjalan. Yang penting ingin mengambil pengalaman, biar luas pandangan...




   

24 comments:

Anonymous said...

Take bus ride from JB. Stop at the nearest MRT station in singapore. For ur informaton most part in Singapore are accesible by MRT. If u are planing go to USS, they provide shutle bus from MRT station (forget which MRT station) to sentosa island where USS is located.Have a good journey there:)

CatlinaFly said...

nanti liza update keh pasal gi singapore..baru dapat buat passport nih , alang2 kalau dapat ke sana ok gak,,name je duk johor, tapi tak eprnah ke singapore hehehehe

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

bestla jalan2... tak de duit lebih waaaaaaaaaaaaaaaa

ayu said...

dear liza,
meh nak cerita sikit tentang travel ke USS by public transport ye..

klu naik bas dari JB ke sana, ayu tak sure berhenti kat mana..tapi , klu dari kl ke singapore akan stop kat golden mile complex.. situ naik cab mmg senang..tapi, agak mahal la juga..

so, better naik MRT..cari MRT terdekat.. so, tuju ke arah Harbourfront.. dari Harbourfront plak, berjalan sikit ke Vivocity Mall n naik Sentosa Ekspress untuk ke USS , turun kat Resort world.. Sentosa ekspress ni pergi 3 tempat je, Resort World (USS), Imbiah Lookout & Beach..


kalau nak jalan2 ke tempat lain plak, ayu cdgkan ke Arab Street n Bugis Street.. AS mmg syurga kain pasang..mmg murah2 gak..BS plak ala2 Petaling Street, so souveniar kat sana mmg murah2.. tak pergi Orchard Road n Geylang, tapi kawan2 yg pergi pun kata kat sana mmg murah..

juz sedikit nasihat daripada ayu, kalau nak bertanya direction, dapat cari org melayu lagila bagus daripada cari org cina singapore..diaorg tak frendly..& agak sombong...

detail ttg apa yg menarik di USS, liza boleh tengok kat blog ayu ye...enjoy betul2 kat sana ye dear..mmg best sgt222222222.... harap2 liza boleh sampai awal pagi (buka pukul 10 supaya boleh lama lagi di sana..)

Liza said...

Anon~Thanks ya 4 ur info.

Cat~Okeh, nanti Liza update everything. hehe...

Baby~Alah, Ila..Jenuh gak nak berjalan Singapore pun nih.... Nak merasa negeri orang..

Ayu~Ayu, terima kasih byk2... Byk sgt info dpt specially dari blog ayu... Jadi tak sabar nak pegi

ayu said...

ur welcome liza..

selamat bercuti tau..

yg penting, jgn lupa snap pic byk2 ekk..^_^

enjoy semua game yg ada kat sana ye..

kalau la battlestar galactica (biru n merah) tu dah buka, jgn lupa main tau untuk ayu..huhu.. frust tak bukaaaa...(ada gak yg nak pergi sekali lagi nanti, tapi tunggu semua game buka)

*_*

Liza said...

Ayu~Ni tgh down down down. bukan Nattlestar Galactica je xdpt main, agaknua USS pun tak dpt masuk.. UUwwwaaa!!!

Siti Khadijah said...

insyaallah bln 3 ni saya ke singapura

Liza said...

Khadihah~Have a nice trip there!

Anonymous said...

678 hb 5 ne sy n family akn ke sna..x sbr rsanya nk g sna..agk2 akk ayu brape buget yg d perlukan harap maklum la duit singapura ne mahal..

Liza said...

Anon~ Rasanya kalau pergi 3 hari tu at least 2k gak la kot. Berapa org? Kami p 3 org jer... Budget ciput je, less than 1k sbb betul2 spend max 1day ja...

Anonymous said...

salam..saya msih mencari2 tempat2 y menarik kt snpore n hotel..any sugesstion sist..

wawa wadzir said...

kak liza..sy pun nak p sane..bulan3 kak liza pegi time cuti sekolah..??

btw, akak rase selamat ke pegi during chinese new year..???

Liza said...

Wawa, kalau nak p time cuti, kena ptrepare awal2 tiket USS (kalau nak masuk la) sbb mmg chinese new year ramai org... Better beli dr 3 bulan awal la... bab selamat ke tak, kena sentiasa hati2, kat mana2 pun ada risikonya..

wawa wadzir said...

ouh...okay cmtu...okay2..pngangkutan kat singapore..better gune public transport or kereta sewa..?? budget kami ciput jer..hehe

Liza said...

Wawa, akak bukan expert pun psl Singapore ni. Tu first time p.. Kalau nak save budget, better guna public transport sbb MRT dia dah systematik. Tak risau hujan ke hapa sebab semuanya berbumbung / tunnel.

Anonymous said...

bln december 2011 ni ingatkan nak kesane la nak p univesal studio. pastu nak cari hotel bajet ade sesapa yng bleh bagi cadangan kat mane ade hotel bajet nih.

chairiel said...

12hb nov ni nak g singapore..ni la first time g sana pastu pegi pulak ramai lebih kurang 70 orng...untuk panduan kepada sesiapa yg berminat: kalau ramai2 x perlu masuk pakai passport, buat je pas beramai2, mak. 20 orng, min. 5 orng.(boleh panggil peg.emigresen ke tempat sendiri untuk proses pas tu)...nak save budget tidur kat tune hotel ( fix rate rm90 semalam ..satu bilik 2 orng)..esoknya pagi2 baru ke singapore...

Anonymous said...

minggu depan saya nak ke pulau sentosa island. tak sabar nak ke USS. tapi macamana kalau bawak keta sendiri? boleh lepas ke?

NHidayah said...

brape ek harga nk msuk uss?

angh said...

rm160 je

angh said...

rm160 je

angh said...

boleh . tp kos lebih tinggi berbanding transpt awam

QA's ~ mamapapa said...

singapore mmg bestkan..salam kenal,jmput follow kmbali :)

Related Posts with Thumbnails

This is a personal blog. The opinions I have expressed here is from my own, have no connection with any party, whether alive or dead unless I put the source.

Any screenshots of this blog is prohibited except for my permission! The owner of the blog do not hesitate somewhat to take legal action if privacy is violated.

Thank you.