De Bella Aloe Vera : Berkesankah Untuk Azfar?

Monday, December 12, 2011

Pagi ni niat di hati nak bertungku awal-awal sebab banyak lagi kerja menanti. Hari ni masuk hari ke-29 aku melahirkan Azfar aka berpantang dan hari ke-3 menjalani rutin tanpa mak di sisi. Agak kelam kabut sebab selalu mak aku akan masak, mandikan Azfar dan tolong apa yang patut. Tapi sejak tiga hari lalu semua aku buat sendiri. Belum dapat sesuaikan diri. :( Nasib sempat jugak aku memasak untuk dua hero yang cergas tuh. ;p

Niat untuk bertungku terbantut walau tungku dah panas kat atas dapur nun. Azfar asyik menangis ja dari pagi. Muka dia jadi ruam panas.Paling aku takut, telinga dia yang nampak agak kronik, berair. Aku cuba keringkan dengan kain dan letak medicated powder.. Kesannya, bedak tu jadi berketul-ketul di celah telinga dan leher.. Nak buat camna yer?

My SIL sugessted to put Izzera cream. Dia dah cuba untuk baby dia, berkesan. Tadi aku cuba letakkan gel aloe vera de Bella. Aku pernah gunakan gel ni masa Adam ada masalah kulit dulu.. Tapi Azfar nangis. Aku agak, dia pedih bila aku letakkan gel ni kat kawasan yang kronik. Masa aku sapukan di telinga, dia ok. Bila aku letakkan sekitar leher, dia menangis.. Kesiannya Azfar.......:(

De Bella Aloe Vera 

Macam nak cuba sapukan lagi kat leher dia, tapi risau bila dia menangis. 

Muka Azfar memang ada ruam sejak lahir. Tapi doctor kata ia normal. Masa ni ruam sekitr muka dan kepala ja.

Aku tepek bedak sejuk kat kepala dia. Macam tak jalan ja.

See closer. Ruam penuh di muka Azfar.

Ada sesiapa yang ada petua hilangkan ruam ni?

 Terfikir gak nak letak tepung ubi tapi takut kalau-kalau tepung ubi itu sendiri tidak bersih, tidak selamat untuk Azfar. 

~Mama risau dan susah hati... Camna mama nak buat kerja hari ni?~
http://images03.olx.com.my/ui/11/29/68/1308797065_218892168_1-Combo-Aloe-Vera-Jelly-Aloe-Vera-Drinking-Gel-De-Bella-Taman-Maluri.jpg

14 comments:

syalinda johari said...

cuba pakai cetaphil..kat guardian ada..
consult dengan pharmacist.. anak kami kena eczema..okey pakai body shampoo, moisturizer cream

Liza said...

linda, berapa lama try baru ok? akak risau kalau xjumpa doctor....:(

rara pinkmafia said...

mak metua rara kata,tepung ubi tu boleh pakai utk baby.ok.zaman dulu2 sume pakai tu je.

Liza said...

Rara, thanks for da info. Tatau mana satu nak try. huhu...

ayu said...

dah bawa jumpa doktor ke liza?

BTW, TAHNIAH ..eh.mcm mana ayu tak tau liza dah bersalin ni..huhu..sabar je la kan..

ayu said...

liza, dah bawa jumpa doktor ke?

btw, tahniah ye

ninieZUERYANNIE said...

Liza, papehal better bwk jumpa dr.. Sbg lgkh bjaga2 k.. Mmg ade byk krim kt farmasi, tp nk kne pakai yg betul sesuai ngn azfar.. Liza@bawai ade asma/resdung ke?

Liza said...

Ayu, esok baru nak bawa jumpa doktor..

Better late than never.. Tau jugask akhirnya.. :)

Liza said...

Ninie~Dah bawa pg td. Doc kata eczema. Dia bg krim antibiotik.

fauzana said...

guna calamine lotion jd x??ima dulu truk gak merah2..tp x sure ekzema ke x..dia xleh pakai sebarang bedak@lotion...zna guna bedak(cornstarch) tu je..pastu smpi skrg kalu naik merah2 guna calamine tu je..y telinga pn truk gak dulu..kna slalu bersihkan..lama2 dia ok sdiri...

Liza said...

Fauzana~Doc bg Vaseline. Mmg mandi xpakai sabun.. Dia alergi sabun n lotion. Hari ni dah makin kurang. Telinga dash baik cuma kulit dia sedang mengelupas, nak ganti kulit baru yg licin dan halus (harapan mama...)

armouris said...

info tentang berpantang selepas bersalin - Cara Bertungku Dengan Mudah Semasa Berpantang

Anonymous said...

Nak tanye, Mane nak dapat de bella aloe vera ni ye?

Liza Yati said...

Boleh beli di farmasi di booth giant or hypermarket. Yg selalu jual ubat2 kampung tu.. giant kinrara ada.