Masuk sekolah menengah dah tak join contest. Skill melukis pun hilang sedikit demi sedikit. Walau SPM ada amik seni tapi sekadar dapat A2 masa tu. (zaman agregat) Teringat-ingat lukisan masa aku lukis waktu SPM. Buruk nak mampus, pemandangan di stesen keretapi dan suasana makhluk asing di angkasa lepas. huhu... kalau nak dibandingkan dengan otai-otai seni like Maisarah dan Suraya. Nasib ada solaan objektif yang menyelamatkan slip SPM aku. Haha.
Itu zaman dulu-dulu. Aku tengok Adam ada bakat seni. Dia ada cara dan gaya, melukis dan mewarna dengan teliti.. Jom tengok aksi dia masa amik bahagian dalam pertandingan mewarna di PD ari tu..
Mendengar arahan dan celoteh aunty Ummi memberikan arahan
Adam tak layak sebenarnya sebab kategori yang disediakan hanya untuk 4-6 tahun. Tapi aku minta consider bagi dia join suka-suka...
Dorang kena warna lukisan ANGRY BIRDS. Adam dah mula khusyuk mewarna.
Masa ni ramai la yang duk puji Adam mewarna.. Tak de satu pun warna terkeluar dari landasan. Ada yang kagum dan ada yang bertanya "dia dah biasa mewarna ek? Pandai.." Kembang kempih hidung mama mendengar pujian-pujian itu.
Beberapa keping hati (LOVE) diwarna dengan kemas dan dia pilih sendiri warna yang diingini. Kemudian kening angry bird lak. Sampai bahagian badan angry bird dia mula banyak songeh... "Mama warna na?" Alamak.......
Amik port selesa. Conquer habis separuh suku bahagian untuk dia mewarna.
Tukar posisi lagi. Maybe lenguh siku.
Tetiba...... Adam kata "Mama, nah! Mama lah kaler. Adam penat."
"Alar, mama mana boleh kaler. Nanti 'cikgu' marah. Adam buat lar..." Aku try pujuk..
"Al lar..................." dah mula bohsan.
Bila beberapa kali aku pujuk, dia pun mengalah. Diambil kaler merah dan start mewarna balik. Tapi, alangkah terkejutnya aku bila melihat tindakan drastiknya....
Seploh saat ja siap dia warna guna kaler merah tu. "Dah, siap!"
Dia bangun dan berlalu ke arah kasut." Jom pi kat ayah".
Waktu ni kecewanya aku. Huhu....
Langit tidak selalunya cerah. Kadang-kadang hujan di tengah hari. Jangan mudah berpuas hati dengan usaha yang sekuman saja.. Haha. Sesuai ke tak pepatah aku bagi ni?
Punahlah sudah harapan mama kali ni. Kita cuba lagi yer? :p
6 comments:
JIKA DIA TAK SUKA,JANGAN PAKSA..NANTI MEMBERONTAK BUDAK KECIL...
yang penting dia happy liza..
pertandingan kat pens travelodge? time darjah 4 eh? yang kena lukis bangunan pens travelodge tu? aku pon masuukkk.haha
Queenpink~Tak paksa, cuma cuba-cuba develop skill dia :)
baby~:) hehe..
sarah~Mai, mmg masa thn 4 tp sempena chinese new year. Aku memang pulun p tanya ah chuan, tokei kedai runcit kat kg aku nak buat tulisan cina kat lukisan tuh. huh. ada clown siap masa contest tu..
Tuh nama dia kaler versi bebai.Haha.Lawak la Adam neh.
Huda~Yes, agree.. Haha.
Post a Comment