Thursday, November 3, 2011

Adam Trauma Dengan Air

Assalamualaikum..

Dah lama rasa tak lepak-lepak sini. Liza belum bersalin yer walau sebenarnya bila-bila masa saja akan bersalin. Sempat tak agaknya nak makan daging kurban weekend ni? Sebab esok kami akan pulang ke kampung..

Just nak update cerita last week. Kami ke PD menyambut Family Day ofis hubby.

Huh. Penat gak lah mengepung Adam memandangkan my hubby terlibat dengan urusetia.

Tapi sebelum acara sukaneka diadakan, sempat jugak la my hubby melayan Adam di kolam. Bukan dalam kolam yer sebab Adam tiba-tiba trauma dengan air. keh keh keh...

Apa taknya, masa mula-mula dia excited nak mandi, benda pertama dia main ialah slide dalam air tu. Tapi, malangnya air masuk hidung masa dia tenggelam. Terus trauma tak nak main.

My hubby ajak mandi kolam besar pun dia tak nak. Masa ni tengah trauma lagi.

 Dia paksa ayah duk dalam kolam sebab dia nak tembak. Haha.

Punya happy sampai terlompat bila tembakan air mengenai orang kat dalam kolam tuh.


My hubby pujuk  main kat dalam kolam, tak nak jugak. Apa barang dukung?! huhu..

Memberanikan diri di pinggir kolam. 

Akhirnya, ayah berjaya memujuk Adam bermain slide. Tapi waktu ni dah Maghrib, terpaksa berhenti.Dia plak yang merengek tak nak balik bilik. Tak pasti sama ada trauma Adam dah hilang atau tidak. Kita tunggu je next vacation nanti yer.


1 comment:

aanie said...

haha..dah pakai swimming suit dah pun....boboy mana leh takut air...