Tuesday, February 4, 2014

Universal Studio Singapore | Cerita Di Sebalik Gambar

Assalamualaikum. Eh, hari ni saya cuti lagi rupanya. So boleh la kita buat 'kerja'. :)

Just nak share percutian kami ke USS Singapore. Kalau kat IG Liza letak gambar yang cantik-cantik, ready je. So, kat sini nak citer true story behind the scene. Haha. Uncut story punya.

Kami sebenarya bermalam di Johor. Hotel cikai kat area Sri Puteri. Hari sampai tu, kami jalan-jalan sekitar JB. Esoknya pagi-pagi baru bertolak ke port. Kami ke USS menaiki bas. Tiket masuk USS memang dah beli awal melalui online lagi. Sebab tak nak pisang berbuah dua kali. Dulu dah kempunan tak dapat masuk sebab walk in beli tiket. Tiket bas ke USS kami beli di Odyssey, sebelah Tune Hotel, Danga Bay. So, senang. Tunggu je situ. Bas akan bawak terus ke USS.

Tiket bas RM 30 daripada Tune Hotel ke USS.

Sementara tunggu bas sampai, better isi white card dulu untuk urusan di imigresen.

Lama gak menunggu. Dah nak kul 11pg baru sampai USS. Dah panas. :(

Benda pertama kami nampak ialah Minions shop tapi tak nampak lak maskot dia. Rupanya memang ada, cuma tak dak rezeki nak jumpa. Uwaaa!!

Jumpa Woody Woodpecker tapi masa ni rasa cam malasnya nak beratur. So kami blah je.

Tempat pertama kami pergi ialah Madagascar sebab paling dekat dengan entrance.

Macam biasa la, pasti bergambar dengan patung-patung kat entrance ni. I think all visitors will do the same thing. :p

Beratur panjang giler untuk naik bot lima minit. Tak pa la kan.. Asal Adam happy. Percutian ni pun reward untuk Adam sebab duk rumah tok dengan nenek masa mama dengan ayah sibuk kerja hari tu.

Azfar takut dengan bunyi binatang-binatang ni. Kuat sangat kot.

Dia ni je la yang beratur tak panjang. ;)

Lepas tu kami ke Far Far Away Castle. Masa ni sangat lega sebab q tak panjang dan menunggu dalam castle. Jadinya, tak panas untuk anak-anak.

Bergambar bertiga saja ni sebenarnya perkara biasa sebab tak larat dah kejaq Adam. 

Dia nak tangkap gambar kat tempat lain katanya...

Kat sini rupanya. Haha..

Dalam castle kami tengok 3D Movie. Lebih kurang macam kat Genting Highland. Tapi ini lebih real. Adam siap jerit. "Mama, like real one!!" Excited nak buat macam mana..

Tapi yang tak bestnya, kerusi kami rosak. Sedih giler. Orang lain naik kuda geduk geduk, kami naik hangin! Haha. 

Lepas tu kami layan donkey buat live show. Talking donkey kay. Haha.

Interactive show. Adam tergedik nak volunteer cakap dengan donkey tapi mama yang risau dia cakap broken English. Hahaha. Dia memang jenis high confident. ;)

The Lost World kami lalu je amik gambar kat dinosaur. Nak main pun, waiting time dia 70 minit. Lomah lutut den nak tunggu.

Ni kami masuk The Ancient Egypt. Waktu ni dah lepas lunch. So, tau saja la panas terik membahang giler.

Kami target bagi Adam main gak satu game kat sini.

Naik benda alah ni. Waktu menunggu paling lama. Sejam lebih. 

Muka bosan menunggu.

Hasilnya, dapat la dia drive tengok ular tedung, mummy dengan benda-benda purba kat dalam tu.

Masa ni dah kul 5. Terserempak masa nak pergi surau. Haha. Bumblebee. Adam kacau ja Pak Teh nak bergambar solo.

Transformer Prime. Muscles!!

Sesame Street Trio ni pun sambil-sambil lalu je. Mana yang sempat. Spagetti Space  tak dapat naik sebab Adam tak lepas pun minimum height. 

So, tip untuk ke taman tema ialah pergi bila anak dah besar sket. Baru best. Ataupun, kita pergi berdua je la  laki bini. :p

Last place yang kami pergi. HOLLYWOOD!

Dua beradik yang sanggup menunggu. hehe..

Kami dapat duduk first row masa tengok simulasi filem dibuat. Memang macam real! Tapi terlupa nak record sebab Azfar takut. Kuat giler dia peluk mama. Kesian dia, Huhu..



Ni dah kuar daripada theme park. Ready to snap with the globe. A must spot to capture.

Ni gambar sefamili. 

Then, kami ke stesen bas untuk fetch bas 7.30 malam. 

Penat sangat sepanjang hari berjalan. Tapi kenangan ini pasti menjadi ingat ingatan sampai bila-bila.






























20 comments:

yana yani said...

seronok nyer dapat pergi sana
saya dah banyak kali plan
tapi tak lepas-lepas juga...hehe

rasa excited plak nak pergi tengok
gambar yang menarik ni

p/s-janji anak-anak happy kan =)

Nad MamaZN said...

Best!

Kisah Si Dairy said...

seronoknya bila dapat pergi bercuti bersama family..yg dkt nie pun belum pergi lagi ni...

Farah Waheda Wahid said...

ha ha ha kemain lagi, uncut story of version yer... he he he...

jezamin said...

Uss! Waaaa..best nih :)

BM said...

Jeles giler! huhu...
Percutian yg best! Mesti Adam tak abis2 cerita sampai ke hari ini... :)

ayu said...

Bestnya..kitaorg yg dah pergi pun terasa nak pergi lg..tapi tu la..mmg kena tunggu budak2 ni besar sikit

Liza Yati said...

Yana yani - a ah. Nak happykan anak2 je sebenarnya. Mama dia tumpang happy jer. Hehe

Liza Yati said...

Best Nad. Tp kalau sejuk sket kan best. Haha

Liza Yati said...

Kisah si Diary - yg dkt mmg belum habis round tp hati nak jgknpergi yg jauh2. Haha

Liza Yati said...

Farah - sengaja wat gempak. Haha

Liza Yati said...

Jezamin- owh cik jezamin. Bila nak update blog? Bz yer...

Liza Yati said...

BM - xpayah jeles BM.pergi berdua dgn.istwri lagi mengancam

Liza Yati said...

Ayu - tringat lg entri ayu pasal uss tu. Buat liza dgn suami tergerak nak pergi. Unplanned vacation. Nasib kali ni planned and finally we made it!

Nafira usof said...

bestnyeeeee!
mesti penat kan~ boleh tahan luas jugak tempatnye. bab menunggu tuh yg x bape nak tahan sangat tuh~

Raudzah Z said...

Bestnya,,kita belum berkesempatan singgah kat sini lagi..one fine day mesti datang!!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

gambar yg entry sebelum nie memang comel!! ila teringin gak nak pegi..mmmm tunggu menang contestla haha

Liza Yati said...

Nafira-luas. Mmg xhabis round. Kalau buka sampai ke mlm pun belum tentu habis.

Liza Yati said...

Raudhah Z - inshaAllah.

Liza Yati said...

Baby - ila kaki kontest and bertuah. Boleh menang tiket ke sana nanti. Hehe..