Instagram

Bau Penggamit Kenangan

Sunday, May 19, 2013

Kalau bau satu-satu benda yang kita pernah guna, automatik akan terimbau kenangan lama. Betul tak? Mesti korang pun sama. so, Liza senaraikan beberapa bauan yang menggamit kenangan lama.

Paling nostalgia, mestilah sabun mandi pamolive atau lux. Zaman sebelum sekolah rendah lagi.. Liza selalu mandi di telaga rumah tok dan sabun mandian ni la yang selalu diletakkan di dahan pokok mati tepi telaga tu. Cebok air telaga dengan bekas minyak recycle yang diikat tali hijau tu. Habis mandi ja, peluh pun memercik sebab letih ceduk air dalam telaga dalam. ;)
Pembungkusan dulu lain.. sekarang lebih comei.

Then, naik sekolah rendah pakai bedak Carrie. Selain boleh hilang gatai, bau dia sangat lembut cam baby. So, sangat mengimbau kenangan.

Korang guna bedak ni jugak?

Naik darjah enam, dah cam naik remaja-remaja gitew. Tiak tiak pun dah mula nak berbau asham. Huhu.. Maybe sebab aku aktif sangat bersukan. So, mak aku belikan deodoren. Jenama paling murah masa tu.

Aku dah tak ingat botol dia camna tapi jenama ni pasti aku takkan lupa. Odorono. Lol.

Bila naik sekolah menengah, aku pakai bedak baby J&J ja. Murah dan mampu beli. Cuma masa kat U ada jenama baru keluar, Silky Girl. So, layan Silky Girl talkum powder. Wangi!

Sabun mandi beli Dove sebab terpengaruh ngan kawan-kawan. Milkbath kunun. lembabkan kulit bagai. Botol kembung comei. Kalau budget xdak, beli yang sabun buku jak.

;)

Lepas tu, baru la merasa bauan perfume. Hehe. Perfume pertama dihadiahkan oleh seseorang ketika ke Langkawi. Walau sample bottle, tetap dihargai dan disimpan hingga kini. 

Full of memories. ;)

Then, masa bertunang aku beli untuk perfume  hantaran aku. Then tukar ngan hubby. Konon2 dia yang beli. Boleh? Dia pun sama..Beli G-shock, guna sendiri. Hehe..

Ada empat semuanya yang citrusnya..Salah satu nya Vanilla ni. Ada sampai sekarang sebab bau dia kuat sangat. Aku calit sket2 ja. Huhu..

Lastly, masa buat hantaran kawen aku beli kat airport perfume ni.
Sangat sedap bau dia. Tapi bila nak beli sekarang, rasa cam kena fikir dua tiga kali. :c

Hurm..kenangan yang menggamitku. Korang pakai apa zaman dolu2?

~Pakai minyak atar pun hokey!~

*Gambar semua amik kat google. Tq pakcik google*







Tips Penyimpanan Makanan Dalam Peti Sejuk

Saturday, May 18, 2013

Salam. Apa aktiviti korang hari ni? Liza bekerja lagi hari ni. Hmm..tak pe la kan. Dah namanya wanita bekerjaya. Balik je, terus teringat nak basuh peti sejuk yang dah lama berkulat tu. Hehe..

Memang teruk betul keadaannya. Kata hubby, cam dah 10 tahun tak basuh.haha.. Over sangat!

Sebelum dan selepas. ;)

Ini nampak teruk sket. Hehe..

Siap luar & dalam!

Camna korang simpan makanan Dalam peti sejuk? Teringat lagi tips di Hot.fm dulu :
  • Simpan makanan dalam bekas bertutup.
  •  Basuh dulu makanan mentah sebelum menyimpan terutama telur yang diletakkan di bahagian dingin.
  • Jangan simpan makanan terlalu lama dalam peti sejuk.


 Contohnya :


Jangan ingat, bila simpan dalam peti makanan tak akan basi yer. Hehe..





Teka Teki Imam Al-Ghazali

Apa yg paling dekat dgn kita?
Mati


Apa yang paling jauh dgn kita?
Masa lepas


Apa yang paling besar di dunia?
Nafsu


Apa yang paling berat di dunia?
Amanah


~Input seminar hari ni~

Tema Safari Di Hari Guru

Thursday, May 16, 2013

Selamat hari guru!!! Ucapan khas untuk semua yang bergelar guru termasuk lah cikgu-cikguku yang mengajar ABC sampai la yang mengajar erti kehidupan.

Teeima kasih la atas ingatan dan ucapan sejak malam tadi. Langsung kami tidak mengharapkan balasan kecuali melihat kejayaan demi kejayaan kamu semua dalam membina kehidupan di dunia dan akhirat.

Cerita sambutan tahun ni macam tak nak cerita aje sebab aku tidak berada di sekolah menyaksikan persembahan pelajar. Memang tak feel sebab aku bertugas di luar hari ni. Apa-apa pun, sempat jugak la support tema "safari".
Dapat tenung backdrop jer la..

Safari stuff on my handbag and Safari everywhere. 

Puas aku pujuk ketua keluar awal untuk ke Double Tree By Hilton. Alih-alih ni ja yang aku makan. Tetiba kena migraine. Apa hal? :(

Me in safari theme. Kenapa baju aku jadik kecik ya? :p

So overall, aku langsung tak menikmati. Huhu...

Apa-apapun, good job to everbody.


Kesibukan Itu Kadang-kala Bahagia

Monday, May 13, 2013

Lama benar rasa tidak menikmati dunia blogging. Kalau pun ada entri terbaru di sini, semuanya dilakukan tergesa-gesa. Tanpa lawatan ke mana-mana blog mahupun ke rumah kawan-kawan. Tiada masa? Jangan kata tiada masa bila sebenarnya kita yang tidak pandai membahagikan masa. Terima kasih pada kawan-kawan yang setia mengunjungi blog ni hari-hari walau tiada kunjungan balas. Tunggu cuti nanti Liza balas kunjungan ya!

Dalam kesibukan, kadang-kala kita hargai masa.

Benar, aku kekurangan masa untuk mengemaskini blog kerana aku punya masa bersama anak-anak, tugasan luar, peperiksaan, jawatan-jawatan utama dan satu tugasan besar di bahu (dari persepsi aku la. Mungkin bagi orang lain tidak).

Seronok juga bila sibuk. Setiap masa diisi maksima. Tiada ruang untuk dibazirkan. Kita hargai masa. Seronok sebenarnya bila sibuk. Masa yang dilalui berjalan pantas sehingga tiba di hujung minggu, menanti si dia tiba di pintu. Seronok sebenarnya bila sibuk, selesaikan kerja menjadi satu kepuasan.

Kesibukan itu berganda bila malam menjelma. Menguruskan mereka yang semakin membesar. Melayan Adam membaca sambil menahan jari-jemari kecil Azfar daripada menggaru. Ekzema yang masih belum kebah 'meminta' sedikit masa mama untuk mencurahkan perhatian kepadanya. Keghairahan Adam untuk memahami setiap satu perkataan yang timbul di mana-mana menambah rasa kasih mama. Itulah pengorbanan namanya. Biarlah tidak dipandang sesiapa, tidak dihargai sesiapa. Mama tetap menunaikan kewajipan itu. Biar bersedirian bila mana ayah bekerja untuk keluarga, jauh di sana. Terima kasih ya Allah kerana memberikan kekuatan ini untuk berdikari bersama mereka.

Azfar

Adam.

Nasib jua ada penggantinya. Sebenarnya, bila saya sangat sibuk tidak sempat berbual bersama kawan-kawan di sini, saya selalu berbual bersama kawan-kawan di Instagram. Hari-hari saya akan kemaskinikan aktiviti kami. Berkongsi gambar seharian kami. Meluahkan rasa daripada gambar dan berkongsi cerita daripada gambar. Menjadi sedikit lega bila berkongsi melalui gambar. :)

Sekurang-kurangnya, mengubat kesunyian di hati.

Keep in touch kay. Be my friends! :)

~Apa Instagram korang?~

Selamat Hari Ibu!

Sunday, May 12, 2013

Adam dan Azfar dah tidur. Cepat-cepat aku capai henpon mau update blog. Nak jugak walau dalam kesibukan. Nak jugak walau kerja bertimbun. Kerana hari ini hari istimewa. Hari untuk semua yang bergelar ibu.

Harus kuucapkannya pada mereka. Yang melahirkan daku dan yang menerimaku seadanya. Yang membesarkanku hingga dewasa dan mengajarkanku erti kehidupan. Mereka istimewa kerana merekalah ibuku. :)

Selamat hari ibu mak dan mak!!

Terima kasih kerana menjaga kami sebaiknya. Menjaga anak-anak kami dan mendidik kami sehingga apa adanya kini. Tiada apa yang dapat kami balas kecuali kasih sayang dan doa berpanjangan untuk kalian. I love you, moms!

~Everyday is mother's day~





Musim Harumanis Mai Lagi!

Thursday, May 9, 2013

Akhirnya, dapat merasa harumanis semasa balik mengundi minggu lepas. Bertolak dari KL awal pagi, terus ke Perlis. Tak menyempat sampai rumah. Kami singgah di Jabatan Pertanian Bukit Bintang dulu untuk ke ladang harumanis.

Sesampai ja, kami tengok barisan panjang menanti untuk tempahan makan pulut harumanis. Dah upgrade beb. Ada ruang berhawa dingin. ;)

Dari ruang makan boleh nampak ladang kat luar. Banyak lagi buah tuh.

Kami order 4 pinggan untuk 3 orang. Nak minta mangga lebih xdapat. Huhu..

Apa lagi? Pulun la kami makan sampai licin!

Keluar ja dari situ, kami singgah gerai buah kat tepi jalan tu. Nak borong bawak balik KL. Kali ni harga harumanis naik lagi RM2 berbanding tahun lepas Iaitu RM 20! Pejam mata la mak lang..gagah amik tiga kilo. Bila nak sampai Kedah, rasa cam tak cukup. Kami singgah kat Chuping lak beli tambah. Lol.

Ondaway balik Kedah dengan stok mangga..

Potong kotak2 camni yer. Baru cam kat gerai harumanis tu..baru nikmat makan..

Terliur tak tengok harumanis ni? Jom  pi Peghelih kaih! ;)

~seronok layan Adam baca buku. ;)~





Hitam dan Putih Itu Warna warni

Wednesday, May 8, 2013

Kiranya tiada dua
Satu pun memadai

Kiranya tiada kaya
Senang sudah cukup bahagia

Kiranya tidak berjaya
Usaha gigih selagi daya

Kiranya tiada rupa tidak cantik
Sedap mata memandang tiada lokek

Kiranya sibuk tiada masa
Sesempit ruang pasti bersama keluarga

Kiranya sakit tidak ceria
Panjatkan doa minta padaNya

Kiranya susu lembu tidak diterima
Susu soya galang-gantinya

Kiranya tidak tembum  seakan mereka
Kurus tidak derita sudah cukup buat mama

Kiranya panas terik memerahkan muka
Sembunyi bawah penghawa lepaskan hela

Kiranya hitam dan putih itu ada
Sudah cukup mewarnai indah belaka.

Kiranya syukur dipanjatkan sentiasa
Kesusahan itu dirasai bahagia.

Ekzema Azfar belum sembuh sepenuhnya tapi dia tetap ceria.

Adam yang makin matang. Mungkin dia tahu mama keseorangan menjaga mereka.

Lihat ke bawah dan renungkan pada mereka yang lebih susah. Kerna
ini akan menjadikan kita lebih bersyukur dengan apa uang kita ada. 

Selamat malam!






Wordless Wednesday : Azfar @ 17 Months


Warna-warni PRU13

Sunday, May 5, 2013

Kami sampai hari sabtu petang.Meriah tengok perang bendera sana sini..

Replika macam-macam ada. Kreatif.

Seronok tengok sawah bendang. Lama tak balik. Huhu..

Liza mengundi awal sebab kena bergegas ke tempat husband mengundi lak.

Korang mengundi mana?

Undilah calon pilihan anda!






Related Posts with Thumbnails

This is a personal blog. The opinions I have expressed here is from my own, have no connection with any party, whether alive or dead unless I put the source.

Any screenshots of this blog is prohibited except for my permission! The owner of the blog do not hesitate somewhat to take legal action if privacy is violated.

Thank you.