Saturday, January 1, 2011

Marina Bay Singapore

Selamat Tahun Baru semua. Selamat datang 2011. Azam yang paling besar tahun ini ialah ingin mengembangkan keluarga sedia ada. Doakan yer, kawan-kawan. Azam-azam yang akan menyusul kemudian..

Tak habis-habis la entri pasal Singapore. Actually, kami pergi sehari je tapi disebabkan bergambar sakan, so kena buat entry by place. Tak muat satu entry, kononnya....

Petang yang redup aritu kami sambung berjalan ke Marina Bay. Dari USS, naik monorail (free) dan berhenti di Viviocity, Shopping Complex. Kami naik atas bumbung komplek aka Sky Park, tempat orang lepak-lepak bersama keluarga. Nak tau Adam buat apa? Dia terjun kat dalam kolam mandi. Haiya! Ada satu Malay family ni tengah layan anak dorang mansi. Apalagi, Adam nangis2 nak mandi. Mama dan ayah akur...
Kat KL, sungguh mama tak pernah bagi Adam mandi kat Shopping Complex. 
Kat Singapore jer jadik!

Tengok lah tu, seronok giler dengan kawan baru tu. Sampai melarat kat kawasan budak-budak besar. Mama la yang terpaksa terjun, tangkap Adam dan pujuk ajak balik. huhu... Ayah promise nak upah toy horse... Adam makan pujukan..

Dari Sky Park ni boleh nampak Sentosa Resort world, Fullerton Hotel dan Cable Car..

Masa kami berjalan keluar ke MRT Station, Adam sempat ingatkan ayah.. "Ayah, Adam nak horse. Geduk geduk geduk" (bunyi horse k)... "Ok, ok, promise horse kat Malaysia.." kakaka.... Mana taknya, horse kat sana SGM10. Kalau kat MyDin USJ, boleh dapat 10 round pa...

Kami terus ke MRT Station amik tiket Marina Bay. Otw kena tukar tren kat Dhoby Ghaut. Sempat gak Adam pow nenen sekejap kat situ..

Masa ni carik tempat sunyi sket untuk BF... Fresh from the oven..

Sampai Marina Bay, kami menyusuri kawasan pembinaan untuk sampai ke kawasan Marina Bay... Dari jauh, sayup-sayup nampak Merlion (ori punya. Kat Sentosa Island tu celup punya...), tugu Singapore.. Tak larat weih nak sampai ke sana. So kami makan angin dekat-dekat Shoppe Centre jer...

 Mulut je senyum tapi kaki dah penat tuh... :(

Aum!!! 

Lega. Dapat lepak kat deck ni.. Adam jadi baik tiba-tiba sebab kena tegur dangan Pak Guard. Masa dia asyik lari-lari, lompat-lompat kat deck ni, Pak Guard tu warning dia suh duk diam. Dia siap kata "Ok, ok!!" sambil hangguk-hangguk kepala. Haha... Apalagi, kami pun duk guna modal sama la takutkan dia... "Ha, ha.. Polis (aka Pak Guard) will come and scold you!!"

Kat tepi Shoppe Centre ni ada cam kawah. Ramai la orang duk baling coins kat dalam ni, bagi jatuh dalam lubang kat tengah tuh... Maybe ada kepercayaan suatu kaum kot.. Tak pasti, tapi susah woo nak agi masuk sebab ada air mengalir dan bertakung kat tengah...

Kami keluar menuju ke Marina Bay Sands Hotel ni. Angan-angan nak naik kat atas tu.. Ada apa yer? Kena bayar SGM20. Tapi bila masuk cari kaunter, tak de pun.. Lagipun ramai sangat tuorist beratur nak naik... At last, kami tak jadik naik..

Tengok persembahan kat lobi hotel jer..

Kami mula bergerak keluar dari sini dalam pukul 6.00 pm. Naik teksi ke Queen St, beratur panjang untuk naik bas Causeway Link dan sampai ke Larkin dalam pukul 10.00 pm...

Actually, aku pendekkan cerita supaya korang tak serabut dan penat membaca.. keke...

Sampai-sampai je kat Larkin, naik teksi ke hotel, my hubby terus amik keta keluar. Baju yang sama dari pagi sampai ke malam. Kami pi melantak Lamb Chop kat Anjung Warisan.

Masih ada kah angklung dimainkan di sini?

 Alar.. Ingatkan TOI AF yang main tadi... keke..

Balik ke hotel kekenyangan sebab kami bedal gak nasi goreng Adam. Kesian Adam, makan fries dengan lamb je sket jer sebab nasi pedas sangat...

Apa yang kami rasa sepanjang percutian?

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..
Lebih baik makan di sini, harga murah dan kenyang, hati pun happy...

Esoknya, dah nak balik KL dan masuk keja Rabu...Tak bestnya!! 
Tapi tak sabar nak jumpa anak-anak didik baru.




   



6 comments:

ayu said...

wahh...menariknya entri ni..betul tu..bertuah jd warganegara malaysia..

Liza said...

Ayu, ni lah kot kali pertama dan terakhir jalan-jalan seharian di sana. Len kali kalo nak pi, tanak eden jalan lagi. Nak nek teksi je ke mana pun. Boleh?

faiz said...

Apa yang ada kat marina bay sand yer?
Saya plan nak p sana labour day nie, satu ari nak spend dkt USS and satu ari lg nak pusing2 singapore. Mana tempat menarik? Plan nak stay dkttune hotel. Dari sana ada direct bas

Liza said...

Marina Bay Sand tu boleh naik atas bumbung hotel and tgk seluruh S'pore. Cam tmpt Look Out lar.. Or boleh ambil gambar dkt Merlion..

jaja said...

salam sis,

jauh tak dr station marina bay tu nak ke hotel kapal tu?hihi...plan nk gi sana kalau tak jauh nak menapak...

Anonymous said...

What's Going down i am new to this, I stumbled upon this I've discovered It absolutely useful and it has helped me
out loads. I hope to give a contribution & aid other customers like its helped
me. Great job.

Take a look at my page; Hui Zuchelkowski
Here is my homepage ; Maurice Drock