Showing posts with label Azfar progress. Show all posts
Showing posts with label Azfar progress. Show all posts

Ujian Kesakitan Buat Azfar

Sunday, July 14, 2013

Assalamualaikum.  Selamat berpuasa. Asal sahur ja ada entri baru. Kena update pagi-pagi sebab nanti memang dah buat kerja lain. Moga amalan kita bertambah hari ni.

Pagi ni teringat nak kongsi kisah Azfar lagi. Azfar memang anak yang kuat bagi Liza kerana setiap kali diuji kesakitan dia masih boleh bermain, ceria dan tak meragam. Cuma kadang-kala, mungkin kesakitan tak dapat ditahan lagi, dia akan merengek. Daya tahan badan dia tak kuat, doktor kata.

Disebabkan Azfar memang ada allergi sejak lahir, jadi ujian kesakitan itu tidak pernah lekang dalam hidupnya. Kesian Azfar. Baru-baru ni, dia kena bisul. Bisul luar biasa kerana saiz yang besar dan timbul bukan satu tapi tiga di kakinya. Alhamdulillah, adik ipar dan mak mertua ada menjaga Azfar di kampung. Terima kasih semua. Aku bertuah punya mereka dalam hidupku. Terharu apatah lagi adik ipar sanggup menyambung penjagaan di KL. Dialah babysitter Azfar selama 3 minggu. Thanks Zalina.

Bisul naik di tiga tempat di kaki Azfar.

Bisul yang baru pecah. Masa ni aku di KL sementara Azfar dijaga maksu dan tok di Kedah.

YaAllah, di saat Azfar kesakitan dan aku keseorangan di sini, mereka ada membantu aku. Aku memang tak dapat menahan perasaan setiap kali memikirkan bahawa aku ada mereka semua. Syukur dipanjatkan kerana menakdirkan mereka untukku. Tak terbalas segala.

Minggu terakhir zalina di KL. Azfar pun dah sihat masa ni. Lihatlah betapa cerianya dorang bersama maksu. :)

Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Dan daripada satu perkahwinan tu akan wujudnya persaudaraan. 

Sehingga kini aku terus berdoa agar Azfar akan terus sihat dan penyakit alahan yang dialaminya akan sembuh suatu hari nanti. Apayah lagi dia semakin besar sekarang. Pandai meminta apa saja yang kami makan dan merajuk bila apa yang diminta tak diberikan padanya. 

~Kepada Allah aku bermohon dan menyerah~

Suntikan MMR

Sunday, March 17, 2013

Suntikan MMR adalah vaksin untuk mencegah empat jenis penyakit (yang sebelum ni kombinasi tiga jenis penyakit), Rubella, Beguk dan campak. Kini diberi penambahan vaksin untuk cacar air. Suntikan ini diberikan kepada bayi yang mencapai satu tahun. Tapi kenapa Azfar belum menerima suntikan tersebut walau telah mencapai satu tahun empat bulan?

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami alahan, mungkin faham dengan situasi ini. Ingat tak, sebelum suntikan MMR ini diberikan, misi akan minta ibu cuba memberikan anak kita makan telur dan perhatikan sekiranya terdapat alahan selepas itu? Sekiranya tiada alahan, suntikan akan diberikan pada umur bayi setahun.

Disebabkan Azfar mengalami alahan kepada protein haiwan, hampir semua jenis ikan, daging termasuk telur tidak dapat dimakan disebabkan alahan yang terjadi terlalu ketara. Mulut jadi bengkak dan ruam timbul serta merta di muka dan pelipat. Jadi, misi minta ditangguhkan sehingga alahannya hilang.

Tapi dalam hati ada terdetik, sampai bila? Sekiranya alahan masih ada, adakah Azfar tidak dapat menerima suntikan tersebut? Tiada pendinding untuk penyakit yang lebih berbahaya? Itu yang lebih merisaukan mama~


Pemeriksaan di klinik pediatrik semalam aku cuba suarakan kepada doktor tentang masalah tersebut. Doktor memberikan cadangan supaya Azfar disuntik di hospital. Jadi, sekiranya apa-apa berlaku selepas suntikan, doktor ada untuk membuat tindakan susulan. Berbanding dengan klinik kesihatan yang hanya dikendalikan oleh misi-misi dan doktor hanya bertugas sekali-sekala untuk pemeriksaan terperinci. Walau bagaimanapun, doktor meminta aku supaya memberikan Azfar makan putih telur sebelum suntikan diberikan minggu hadapan.

Berdebarnya hati saat ingin mencuba telur untuk Azfar. Tapi, kata-kata doktor sedikit menyejukkan hati aku :

Jangan risau. Cuba dulu. Kandungan telur dalam vaksin tu sedikit ajer jika dibandingkan dengan telur (high protein) yang awak beri kepada anak awak tu. Yang ditakutkan adalah sekiranya alahan yang terjadi sangat teruk sehingga bayi collapse.

Semalam dah cuba dan tiada kesan alahan. Tiada bintik-bintik merah dan Azfar juga tidak menggaru tanda alahan. Yang ada hanya kesan kekeringan kulit akibat kekurangan sapuan krim. :( Alhamdulillah, kupanjatkan syukur padaNya. Moga Azfar tidak lagi alah pada protein lain.

Nanti, pada hari suntikan, moga tiada apa yang terjadi. Doakan Azfar ya!

Bebas Steroid!

Saturday, November 3, 2012

Owh, bukan pil steroid atau penyalahgunaan steroid. Ini steroid yang ada dalam sesetengah krim ekzema seperti hydrocort dan Elomet. Mulai bulan lepas, aku mula menukar krim untuk Azfar kepada krim bebas steroid (steroid free) kerana rata-rata tahu kesan jangka panjang steroid kepada kanak-kanak kan?

Produk pertama yang kami cuba dan masih cuba ialah Moo Goo.

My hubby beli kat Penang dan dapat discount. Murah sket la RM160.00

Ada :
MooGoo Wash - untuk sabun semasa mandi
MooGoo Irritate Skin Balm-untuk letak kat kawasan yang merah, infected
MooGoo Soothing Cream- untuk melembabkan kulit
MooGoo Udder Cream- untuk additioanl melembabkan kulit.

Mungkin baru guna, jadi tak nampak lagi kesannya. Cuma aku perasan kulit Azfar semakin kering berbanding dengan sebelum ni, semasa dia pakai Emulsifying Ointment yang dibekalkan oleh PPUM. Jadi, saya gunakan MooGoo ni sekali dengan ointmet. Maksudnya, selepas saya sapu Irritate cream, saya akan sapu ointment untuk melembapkan semula kulit Azfar.

Semasa temujanji minggu lepas, sekali lagi doktor bagi preskripsi baru yang bebas steroid. Saya tengah mencari kerana sangat susah mencari di farmasi-farmasi kecil.


Physiogel AI sangat susah nak jumpa kerana ia merupakan bahan kawalan. Doktor pun ada bagitau saya untuk dapatkannya di UMSC (private centre) sebab akan mengalami kesukaran untuk mencari di farmasi biasa. Benarlah! Sampai hari ni saya belum jumpa walau dah bertanya di beberpa farmasi. Agaknya, kena la ambil masa jugak untuk ke UMSC minggu depan (nasib juga dah mula cuti).

Ada yang pernah guna krim-krim ni? Berkesan tak?



Hypoallergenic (HA) Formula For Eczema

Thursday, May 10, 2012

Formula Hypoallergenik (HA) dirumus khas untuk mencegah penyakit alahan pada bayi dan kanak-kanak. Ia dirumus daripada susu lembu, di mana protein susu telah diolah supaya sesuai dengan kebanyakan bayi.

Selalunya, rumusan HA ini dicadangkan untuk bayi yang mengalami keadaan alahan (asthma, eczema, alah pada makanan).

Jenis-jenis rumusan HA:

  • Separuh hidrolisis
  • Hidrolisis ekstensif
  • Bebas amino asid

Proses hidrolisis ini telah memecahkan rantaian protein menjadi lebih mudah untuk dihadamkan, bebas asid amino.

Kos:

Walau jauh lebih mahal daripada rumusan susu biasa, tetapi ia sangat membantu mencegah alahan pada kulit Azfar. Ada yang memberikan rumusan HA ini setelah bayi tidak lagi menyusu susuibu. Walau bagaimanapun, Liza masih tetap menyusukan Azfar dengan meminimakan pengambilan protein daripada haiwan seperti ayam dan daging.

Berbincang dengan doktor:

Sebelum ni kami berikan Azfar susu berasaskan soya (Isomil). Tetapi, poo poo dia keras sehingga kami berjumpa pakar kanak-kanak. Doktor menyarankan kami untuk menukarkan susu soya kepada rumusan HA kerana Azfar bukan lah 'lactose intolerance', cuma cow's milk intolerance. Dan ia berhasil untuk Azfar. (tak semua bayi sesuai dengan HA).. Jadi, cuba dan cubalah di pasaran mana satu yang paling memuaskan hati..
Paling penting, periksa simptom-simptom alahan dan kesan-kesan lain seperti muntah atau sakit perut. 
Azfar cuba Enfalac HA ni. Sangat sedap hingga dia tolak susu mama. So, kami tukar..
Update : Harga pada tin tu telah diletakkan salah oleh peniaga. Harga sebenar susu Enfalac HA sekarang ialah RM102.90. Makkk aii!
Currently, dia minum susu HA ni. Rasanya agak pahit. Kenapa ya?
~Susuibu adalah pilihan terbaik untuk bayi~

*Penafian : Penulis bukanlah pakar laktasi. Segala rumusan yang dibuat adalah daripada pembacaan dan pengalaman sendiri. Ia mungkin berbeza kepada situasi dan orang lain*




Orthodontic Pacifier

Monday, March 12, 2012

Sebut je puting (soother), hati rasa risau. Bila nak wean Azfar from it?

Biar tak sampai sebulan train Azfar dengan puting, tapi sebenarnya bukan atas kerelaan aku. Ini gara-gara Azfar kerap menangis dan 'merap' bila bersama pengasuh. Kesian jugak dengan Azfar pengasuh..So, kami try bagi puting. Itupun setelah tahu adanya orthodontic pacifier.

Korang boleh jenguk camna nak pilih pacifier yang baik untuk pertumbuhan gigi bayi korang kat sini dan sini. Kami beli beberapa jenis pacifier dan cuba satu-persatu. Akhirnya, nampak Azfar selesa dengan jenama AVENT.

Bentuk puting AVENT leper dan tidak mengganggu pertumbuhan gigi bayi....katernyer....

Biarpun begitu, aku tidak akan biarkan lama. Sekarang pun, aku tidak biarkan Azfar bersama puting setiap masa. Biarlah datang beribu produk yang katernyer bagus dan menenteramkan bayi, aku tetap risau dan tak suka...



Kalau pakai ni confirm aku paksa berhentikan Azfar nyonyot. Ngeri tengok gigi tuh..

Apa pendapat ibu-ibu lain yer?

Semakin Pulih

Thursday, March 8, 2012

Hari ni sangat bz coz nak balik kampung malam ni. Ada majlis paling istimewa esok.:)

Dah lama tak kongsi perkembangan eczema Azfar kan?

Azfar masih dirujuk di klinik pakar kulit tapi selepas tidak menampakkan perubahan, kami mencuba rawatan di satu klinik di Bangi. Itupun setelah dimaklumkan oleh Paksu. Anak kawan dia sembuh selepas dirawat di sana. So, kami pun mencuba nasib...

Nama klinik tu Klinik Lee & Surgeri, Klinik Dan Surgeri Lee berdekatan SMK Seri Kembangan. SMK Sri Serdng

Ubat makan  yang diberikan ialah antibiotik dan chlorophetamine (tahan gatal). Dan ada satu krim sapu dalam bekas bulat warna putih. Teringat kisah Hezrina yang membawa Merah ke Melaka tempoh hari...

Kami ragu-ragu kandungan ubat yang diberikan, jadi my hubby bertanya nama ubat tersebut. Rupanya ia adalah Elomet. Krim yang selalu digunakan oleh pesakit eczema, mengandugi diprosone 0.05%.Walaupun ia mengandungi steroid, doktor meyakinkan kami untuk menggunakannya berdasarkan kepada keadaan eczema Azfar yang agak teruk.



Jangan takut menggunakannya tapi haruslah mengikut cara yang betul seperti :

  • menghadkan penggunaannya pada bahagian yang merah atau merengsa 
  • hadkan penggunaannya dua kali sehari
  • letakkan pelembab dahulu sebelum menyapu krim tersebut. 
  • Hentikan penggunaan setelah keadaan eczema (merah) hilang.
Nak lebih jelas? Baca sini dan sini.

Doktor menasihatkan supaya menggunakan krim tersebut hanya pada waktu tertentu. (bila aczema menyerang) Setelah keadaan eczema semakin pulih dan stabil, Azfar boleh menggunakan krim non-steroid yang biasa seperti ezerra.

Krim ezerra sesuai untuk eczema yang normal (mild) sahaja.

Sebelum bertolak ke klinik

Dua hari rawatan telah menampakkan hasil. Nanti Liza kongsi di lain entry kay!

    Untuk cerita dan info berkaitan dengan eczema, Liza suka jalan-jalan lepak sini.

~Jumpa lagi nanti yer. Daa~

Cara Penggunaan Mesin Perahan Susu

Wednesday, February 15, 2012

Waah.. amik masa berhari-hari nak update satu entri pun. My routine upside down sekarang. Betul-betul tak sempat. Ni pun writing yang dah dibuat masa dalam wad hari tu. Kalau tak mesti dah berabuk blog ni..

Tajuk tu ada kaitan dengan gambar kat bawah ni :
So, sebenarnya nak citer pasal susu dan susu. Hehe..


Sepanjang di wad, aku kebanyakannya ‘bottle feeding’ Azfar sebab nak kekalkan momentum sedia ada. Supaya Azfar selesa dengan keadaan minum melalui botol. (sekarang ni dah selang-seli botol dan direct feeding. TQ Anon for the advise..)

So, dari hari pertama aku pam di bilk peyusuan, aku gunakan segala kemudahan yang ada untuk menyimpan susu. Botol Avent tidak fit dengan pam yang disediakan.  Disebabkan aku tiada tempat penyimpanan susu (milk storage), aku gunakan botol kaca yang disediakan. Walau nampak bersih, aku basuh dan sterilise dalam bekas yang disediakan terlebih dahulu.

Ni la pam elektrik yang aku guna tuh.

Brand Medela tapi tak sama dengan pam aku lar..

Botol kaca yang disediakan. Geli aku tengok baki susu yang tak dibasuh tuh. Huh. Harus basuh bersih-bersih dan sterilise dulu...

 Susu yang dipam aku simpan dalam bilik. Risau, takut tertukar susu dengan bayi-bayi lain. Lagipun, Azfar pasti habiskannya dalam masa empat jam. Tak perlu sejuk bekukan.

Aku kemudian pesan pada hubby untuk bawakan stok susu dan  ais. Tujuannya, supaya bekalan susu mencukupi bila aku ke tempat kerja esoknya.


 Bekas Coleman ni aku simpan stok susu beku untuk diletakkan dalam bilik wad. Senang sket my MIL capai sebab peti sejuk jauh dari bilik kami.  Memang  tahan sampai malam. Ais masih ada dan susu still beku. Aku gunakan ais tu sehingga hari kedua. Walau ais dah cair, tapi air masih sejuk dan susu dapat bertahan sehingga 12 jam.

Bila ais dah habis, (kedai plak tutup hari Ahad) tak dapat aku nak simpan dalam bekas Coleman. So, setelah aku pam susu, aku simpan dalam peti sejuk terlebih dahulu selama 6 jam. Susu yang telah sejuk aku masukkan dalam bekas Coleman. Jadi, dapatlah ia bertahan lama. Aku pun malas gak sebenarnya nak berulang-alik ke bilik penysuan nan jauh tuh.  
Aku cari sticker "Azfar' taku jumpa. So, letakkan jer la sticker 'Adam' asalkan tak tertukar susu.

Aku sterilise pakai pil tablet jer. Bekas ni memang disediakan dalam bilik wad yang aku duduk.

Aku sangat puas hati dengan kemudahan yang disediakan.  Ternyata kesedaran penyusuan susu ibu telah diambil berat oleh semua pihak. Semangat aku pun berkobar-kobar untuk meneruskan penyusuan esklusif kepada Azfar sehingga usianya 2 tahun. 

~Cuma saat ini aku tak pasti mampukah aku teruskan memandangkan susu semakin hari semakin merudum hasilnya...~




Seborrheic Dermatitis

Friday, January 13, 2012




Bagi yang mengikuti blog ni, mesti tau masalah kulit yang dihadapi anak kedua Liza, Azfar. Doktor mengesahkan yang penyakit itu dikenali sebagai Seborrheic dermatitis.

 Apa itu Seborrheic Dermatitis?

Seborrheic dermatitis adalah satu penyakit kulit yang akan menyebabkan keradangan, kegatalan dan keadaan kulit menjadi bersisik dan merah. Kebiasaannya akan terjadi sekitar kepala, telinga dan leher.




'Cradle cap' adalah istilah yang digunakan bagi bayi yang dijangkiti seborrheic dermatitis di bahagian kepala.

Punca dan Risiko
Seborrheic dermatitis dipercayai terjadi akibat daripada kulit berminyak dan kerengsaan yang berpunca daripada yis dikenali sebagai malessizia.
Seborrheic dermatitis adalah faktor keturunan. So, terjadi sekiranya terdapat ahli keluarga yang mengalami asma, resdung atau alahan. Kemurungan, letih, cuaca yang tidak menentu, kulit berminyak, salah guna shampoo atau pencuci, losyen yang mengandungi alkohol dan obesiti merupakan risiko untuk merangsang penyakit ini bertambah teruk.
Parkinson's diseasehead injury,dan stroke boleh dikaitkan juga dengan seborrheic dermatitis. Mereka yang positive HIV juga dikaitkan dengan peningkatan risiko seborrheic dermatitis.

Simptom-simptom

Seborrheic dermatitis selalunya terjadi daripada kulit yang berminyak. Ia akan menjangkiti / merebak ke kawasan kulit kepala, kening, mata, hidung, bibir, bahagian belakang telinga, bahagian luar telinga dan juga dada.

Seborrheic dermatitis yang terjadi kepada baby dikenali sebagai 'cradle cap', bersifat sementara (alhamdulillah..harap-hatap Azfar akan sembuh). Ia akan menebal, kering, bersisik kuning atau kecoklatan sekitar kepala. 'Cradle cap' boleh terjadi kepada bayi baru lahir sehingga kanak-kanak 3 tahun.
'Cradle cap' tidak berjangkit, tidak berpunca daripada faktor kebersihan, tidak allergi dan tidak berbahaya. Ia boleh jadi gatal atau tidak gatal.Sekiranya gatal, bayi akan menggaru dan akan menyebabkan kulit terkoyak dan berdarah serta merah. Ini boleh menyebabkan jangkitan ke gahagian lain.

Secara umumnya, simptoms seborrheic dermatitis termasuklah :
  • Berkeruping
  • Kulit berminyak
  • Kulit bersisik- warna kuning dan seperti berkelumumur di bahagian kulit kepala.
  • Gatal- Sekiranya ada infection, ia akan menjadi lebih gatal.
  • Kemerah-merahan
  • Keguguran rambut

Rawatan

Boleh diubati menggunakan shampoo berubat. Cuci rambut setiap hari. Keruping / kulit mati itu haru dibuang dengan jari sekurang-kurangnya selama 5 minutes. Bilas sebersih-bersihnya. Selalunya, shampoo yang disarankan mengandungi salicylic acid, coal tar, zinc, resorcin, ketoconazole, atau selenium.
Shampoo atau lotion yang mengandungi selenium, ketoconazole, atau corticosteroids akan diberikan untuk kes yang lebih teruk. Pastikan jumlah shampoo sedikit diletakkan dan urut perlahan-lahan di kawasan yang kecil. Sekiranya terjadi di bahagian muka atau dada, sapukan losyen dua kali sehari. 

Khas untuk bayi 'cradle cap' :
  1. Urut kulit kepala bayi perlahan-lahan dan gunakan berus lembut untuk membuang kulit-kulit / keruping.
  2. Shampoo setiap hari untuk mengurangkan keruping / kulit mati di kepala. Sekiranya berkuragna, jarakkan masa bershampoo. Mungkin dua kali seminggu.
  3. Pastikan tiada sisa sabun tertinggal.
  4. Berus perlahan-lahan kepala bayi dengan berus yang lembut dan bersih beberapa kali sehari.
  5. Sekiranya scalp / keruping sukar tanggal, letakkan minyak baby / zaitun dan balut dengan tuala lembab

    Sekiranya masalah berterusan, berjumpalah dengan doktor anda. Mungkin bayi anda perlukan losyen atau krim untuk disapu beberapa kali setiap hari.

Komplikasi

  • Psychological distress, merendah diri, rasa malu
  • Jangkitan bakteria atau kulat (fungus)

Pencegahan

Pencegahan ini adalah berdasarkan cara aku sendiri. Biarpun doktor tidak meletakkan apa-apa pantang-larang, tapi Liza tetap berpantang cara tradisional iaitu tidak mengambil seafood, telur dan ayam. Harap-harap dengan usaha aku berpantang nih, penyakit Azfar kan cepat sembuh wengan izin Allah Taala.


Beberapa keping gambar berkaitan :

Keruping di kepala ni nampak seperti kelumumur besar.


Cradle cap. Alhamdulillah Azfar tidak seteruk bayi ini.

Bahagian belakag telinga Azfar dah sembuh.. Cuma perlu dijaga rapi dengan sapuan losyen.

*Diolah daripada laman ni*

~Next entry Liza share medication untuk penyakit ni lak~


De Bella Aloe Vera : Berkesankah Untuk Azfar?

Monday, December 12, 2011

Pagi ni niat di hati nak bertungku awal-awal sebab banyak lagi kerja menanti. Hari ni masuk hari ke-29 aku melahirkan Azfar aka berpantang dan hari ke-3 menjalani rutin tanpa mak di sisi. Agak kelam kabut sebab selalu mak aku akan masak, mandikan Azfar dan tolong apa yang patut. Tapi sejak tiga hari lalu semua aku buat sendiri. Belum dapat sesuaikan diri. :( Nasib sempat jugak aku memasak untuk dua hero yang cergas tuh. ;p

Niat untuk bertungku terbantut walau tungku dah panas kat atas dapur nun. Azfar asyik menangis ja dari pagi. Muka dia jadi ruam panas.Paling aku takut, telinga dia yang nampak agak kronik, berair. Aku cuba keringkan dengan kain dan letak medicated powder.. Kesannya, bedak tu jadi berketul-ketul di celah telinga dan leher.. Nak buat camna yer?

My SIL sugessted to put Izzera cream. Dia dah cuba untuk baby dia, berkesan. Tadi aku cuba letakkan gel aloe vera de Bella. Aku pernah gunakan gel ni masa Adam ada masalah kulit dulu.. Tapi Azfar nangis. Aku agak, dia pedih bila aku letakkan gel ni kat kawasan yang kronik. Masa aku sapukan di telinga, dia ok. Bila aku letakkan sekitar leher, dia menangis.. Kesiannya Azfar.......:(

De Bella Aloe Vera 

Macam nak cuba sapukan lagi kat leher dia, tapi risau bila dia menangis. 

Muka Azfar memang ada ruam sejak lahir. Tapi doctor kata ia normal. Masa ni ruam sekitr muka dan kepala ja.

Aku tepek bedak sejuk kat kepala dia. Macam tak jalan ja.

See closer. Ruam penuh di muka Azfar.

Ada sesiapa yang ada petua hilangkan ruam ni?

 Terfikir gak nak letak tepung ubi tapi takut kalau-kalau tepung ubi itu sendiri tidak bersih, tidak selamat untuk Azfar. 

~Mama risau dan susah hati... Camna mama nak buat kerja hari ni?~
http://images03.olx.com.my/ui/11/29/68/1308797065_218892168_1-Combo-Aloe-Vera-Jelly-Aloe-Vera-Drinking-Gel-De-Bella-Taman-Maluri.jpg