Showing posts with label medicine. Show all posts
Showing posts with label medicine. Show all posts

Bebas Steroid!

Saturday, November 3, 2012

Owh, bukan pil steroid atau penyalahgunaan steroid. Ini steroid yang ada dalam sesetengah krim ekzema seperti hydrocort dan Elomet. Mulai bulan lepas, aku mula menukar krim untuk Azfar kepada krim bebas steroid (steroid free) kerana rata-rata tahu kesan jangka panjang steroid kepada kanak-kanak kan?

Produk pertama yang kami cuba dan masih cuba ialah Moo Goo.

My hubby beli kat Penang dan dapat discount. Murah sket la RM160.00

Ada :
MooGoo Wash - untuk sabun semasa mandi
MooGoo Irritate Skin Balm-untuk letak kat kawasan yang merah, infected
MooGoo Soothing Cream- untuk melembabkan kulit
MooGoo Udder Cream- untuk additioanl melembabkan kulit.

Mungkin baru guna, jadi tak nampak lagi kesannya. Cuma aku perasan kulit Azfar semakin kering berbanding dengan sebelum ni, semasa dia pakai Emulsifying Ointment yang dibekalkan oleh PPUM. Jadi, saya gunakan MooGoo ni sekali dengan ointmet. Maksudnya, selepas saya sapu Irritate cream, saya akan sapu ointment untuk melembapkan semula kulit Azfar.

Semasa temujanji minggu lepas, sekali lagi doktor bagi preskripsi baru yang bebas steroid. Saya tengah mencari kerana sangat susah mencari di farmasi-farmasi kecil.


Physiogel AI sangat susah nak jumpa kerana ia merupakan bahan kawalan. Doktor pun ada bagitau saya untuk dapatkannya di UMSC (private centre) sebab akan mengalami kesukaran untuk mencari di farmasi biasa. Benarlah! Sampai hari ni saya belum jumpa walau dah bertanya di beberpa farmasi. Agaknya, kena la ambil masa jugak untuk ke UMSC minggu depan (nasib juga dah mula cuti).

Ada yang pernah guna krim-krim ni? Berkesan tak?



Oilatum Products For Eczema

Thursday, January 26, 2012

Apa korang guna untuk anak-anak yang kena eczema? Recently, saya cuba produk yang disarankan doktor pakar yang merawat kulit Azfar. Produk ni namanya Oilatum dan ada beberapa jenis. Mungkin info ini berguna bagi ibu-ibu yang runsing tentang eczema bayi anda.

Oilatum Emollient ni saya gunakan ketika mandikan Azfar. Sekiranya bukan waktu mandi, saya campurkan bersama air sebelum sapu emulsifying cream. Harganya RM 27.00

Oilatum Showel Gel ni saya gunakan semasa mandi sebagai sabun. Sebelum ni ada jugak gunakan Sebamed tetapi setelah disarankan doktor untuk menggunakan produk ini, Sebamed digunakan oleh Adam. Harganya RM23.00.

Namun, kadang-kadang waktu di antara waktu mandi pagi dan petang, saya terpaksa gunakan emulsifying cream bersama dengan air untuk melembapkan kulit Azfar. Sekiranya dalam perjalanan panjang, terasa seperti susah untuk menyapu krim tersebut bersama air. Kadang-kadang air dalam bekas tertumpah. Terfikir gak untuk beli sprayer. Tapi, bila google, saya baru dapat tau yang produk ni ada jugak krim. Saya akan cuba nanti.


 Oilatum krim ni boleh digunakan terus selepas mandi atau bila-bila masa apabila diperlukan. Sangat senang tanpa penggunaan air untuk menghilangkan gatal dan melembapkan kulit bayi. 

Untuk keterangan lanjut tentang produk, boleh klik sini.

~Rasa cam nak borong semua ja produk Oilatum ni~