Semakin Pulih

Thursday, March 8, 2012

Hari ni sangat bz coz nak balik kampung malam ni. Ada majlis paling istimewa esok.:)

Dah lama tak kongsi perkembangan eczema Azfar kan?

Azfar masih dirujuk di klinik pakar kulit tapi selepas tidak menampakkan perubahan, kami mencuba rawatan di satu klinik di Bangi. Itupun setelah dimaklumkan oleh Paksu. Anak kawan dia sembuh selepas dirawat di sana. So, kami pun mencuba nasib...

Nama klinik tu Klinik Lee & Surgeri, Klinik Dan Surgeri Lee berdekatan SMK Seri Kembangan. SMK Sri Serdng

Ubat makan  yang diberikan ialah antibiotik dan chlorophetamine (tahan gatal). Dan ada satu krim sapu dalam bekas bulat warna putih. Teringat kisah Hezrina yang membawa Merah ke Melaka tempoh hari...

Kami ragu-ragu kandungan ubat yang diberikan, jadi my hubby bertanya nama ubat tersebut. Rupanya ia adalah Elomet. Krim yang selalu digunakan oleh pesakit eczema, mengandugi diprosone 0.05%.Walaupun ia mengandungi steroid, doktor meyakinkan kami untuk menggunakannya berdasarkan kepada keadaan eczema Azfar yang agak teruk.



Jangan takut menggunakannya tapi haruslah mengikut cara yang betul seperti :

  • menghadkan penggunaannya pada bahagian yang merah atau merengsa 
  • hadkan penggunaannya dua kali sehari
  • letakkan pelembab dahulu sebelum menyapu krim tersebut. 
  • Hentikan penggunaan setelah keadaan eczema (merah) hilang.
Nak lebih jelas? Baca sini dan sini.

Doktor menasihatkan supaya menggunakan krim tersebut hanya pada waktu tertentu. (bila aczema menyerang) Setelah keadaan eczema semakin pulih dan stabil, Azfar boleh menggunakan krim non-steroid yang biasa seperti ezerra.

Krim ezerra sesuai untuk eczema yang normal (mild) sahaja.

Sebelum bertolak ke klinik

Dua hari rawatan telah menampakkan hasil. Nanti Liza kongsi di lain entry kay!

    Untuk cerita dan info berkaitan dengan eczema, Liza suka jalan-jalan lepak sini.

~Jumpa lagi nanti yer. Daa~

3 comments:

CatlinaFly said...

alhamdulillah azfar makin pulih..hmm nak cari gak lah ezerra tu..bru je tgk iklan kat paper..nonsteroid kan...skrg aisy ade eczema sikit2///pakai cream kakak E-ein..tp ade steroid..so pakai bila eczema dia dtg je..dah ok sy tak pakaikan..itu pun pakai nipis2...kalau tak mcm berkerak je belakang n lengan dia..tapi tak teruk mcm e-ein dulu smpi berair2...kesian sgt masa tu..

liza, tak nak letgo ke mimijumi tu murah2 kat sy hehehehe...email sy leh.. catlina7@yahoo.com

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

lizaaaaaaaaaaa
dekat dgn umah mak ila. ila dari kecik mmg pg klinik tue, tapi setahu ila owner dia dah migrate ke australia.. dulu owner dia cina.. sekarang ila tak taulah.. tp doctor cina tue mmg best!!

mummyrinazone beauty said...

betul sangat liza..mmg steroid perlu untuk ilangkan merah yang teruk.kalau tak mmg tak ilang n bertambah teruk.sapu bila perlu sahaja.kalau ikut preskepsi doktor takper.boleh.skangpun nurul buat mcm2..

krim n sabun nurul guna jenama sebamaed.oklah setakatnie terkawal selain dr berpantang=)