Bagi yang mengikuti blog ni, mesti tau masalah kulit yang dihadapi anak kedua Liza, Azfar. Doktor mengesahkan yang penyakit itu dikenali sebagai Seborrheic dermatitis.
Apa itu Seborrheic Dermatitis?
Seborrheic dermatitis adalah satu penyakit kulit yang akan menyebabkan keradangan, kegatalan dan keadaan kulit menjadi bersisik dan merah. Kebiasaannya akan terjadi sekitar kepala, telinga dan leher.
'Cradle cap' adalah istilah yang digunakan bagi bayi yang dijangkiti seborrheic dermatitis di bahagian kepala.
Punca dan Risiko
Seborrheic dermatitis dipercayai terjadi akibat daripada kulit berminyak dan kerengsaan yang berpunca daripada yis dikenali sebagai malessizia.
Seborrheic dermatitis adalah faktor keturunan. So, terjadi sekiranya terdapat ahli keluarga yang mengalami asma, resdung atau alahan. Kemurungan, letih, cuaca yang tidak menentu, kulit berminyak, salah guna shampoo atau pencuci, losyen yang mengandungi alkohol dan obesiti merupakan risiko untuk merangsang penyakit ini bertambah teruk.
Parkinson's disease, head injury,dan stroke boleh dikaitkan juga dengan seborrheic dermatitis. Mereka yang positive HIV juga dikaitkan dengan peningkatan risiko seborrheic dermatitis.
Simptom-simptom
Seborrheic dermatitis selalunya terjadi daripada kulit yang berminyak. Ia akan menjangkiti / merebak ke kawasan kulit kepala, kening, mata, hidung, bibir, bahagian belakang telinga, bahagian luar telinga dan juga dada.
Seborrheic dermatitis yang terjadi kepada baby dikenali sebagai 'cradle cap', bersifat sementara (alhamdulillah..harap-hatap Azfar akan sembuh). Ia akan menebal, kering, bersisik kuning atau kecoklatan sekitar kepala. 'Cradle cap' boleh terjadi kepada bayi baru lahir sehingga kanak-kanak 3 tahun.
'Cradle cap' tidak berjangkit, tidak berpunca daripada faktor kebersihan, tidak allergi dan tidak berbahaya. Ia boleh jadi gatal atau tidak gatal.Sekiranya gatal, bayi akan menggaru dan akan menyebabkan kulit terkoyak dan berdarah serta merah. Ini boleh menyebabkan jangkitan ke gahagian lain.
Secara umumnya, simptoms seborrheic dermatitis termasuklah :
- Berkeruping
- Kulit berminyak
- Kulit bersisik- warna kuning dan seperti berkelumumur di bahagian kulit kepala.
- Gatal- Sekiranya ada infection, ia akan menjadi lebih gatal.
- Kemerah-merahan
- Keguguran rambut
Rawatan
Boleh diubati menggunakan shampoo berubat. Cuci rambut setiap hari. Keruping / kulit mati itu haru dibuang dengan jari sekurang-kurangnya selama 5 minutes. Bilas sebersih-bersihnya. Selalunya, shampoo yang disarankan mengandungi salicylic acid, coal tar, zinc, resorcin, ketoconazole, atau selenium.
Shampoo atau lotion yang mengandungi selenium, ketoconazole, atau corticosteroids akan diberikan untuk kes yang lebih teruk. Pastikan jumlah shampoo sedikit diletakkan dan urut perlahan-lahan di kawasan yang kecil. Sekiranya terjadi di bahagian muka atau dada, sapukan losyen dua kali sehari.
Khas untuk bayi 'cradle cap' :
- Urut kulit kepala bayi perlahan-lahan dan gunakan berus lembut untuk membuang kulit-kulit / keruping.
- Shampoo setiap hari untuk mengurangkan keruping / kulit mati di kepala. Sekiranya berkuragna, jarakkan masa bershampoo. Mungkin dua kali seminggu.
- Pastikan tiada sisa sabun tertinggal.
- Berus perlahan-lahan kepala bayi dengan berus yang lembut dan bersih beberapa kali sehari.
- Sekiranya scalp / keruping sukar tanggal, letakkan minyak baby / zaitun dan balut dengan tuala lembab
Sekiranya masalah berterusan, berjumpalah dengan doktor anda. Mungkin bayi anda perlukan losyen atau krim untuk disapu beberapa kali setiap hari.
Komplikasi
- Psychological distress, merendah diri, rasa malu
- Jangkitan bakteria atau kulat (fungus)
Pencegahan
Pencegahan ini adalah berdasarkan cara aku sendiri. Biarpun doktor tidak meletakkan apa-apa pantang-larang, tapi Liza tetap berpantang cara tradisional iaitu tidak mengambil seafood, telur dan ayam. Harap-harap dengan usaha aku berpantang nih, penyakit Azfar kan cepat sembuh wengan izin Allah Taala.
Beberapa keping gambar berkaitan :
Keruping di kepala ni nampak seperti kelumumur besar.
Cradle cap. Alhamdulillah Azfar tidak seteruk bayi ini.
Bahagian belakag telinga Azfar dah sembuh.. Cuma perlu dijaga rapi dengan sapuan losyen.
*Diolah daripada laman ni*
~Next entry Liza share medication untuk penyakit ni lak~
5 comments:
teringat Qisya mase baby dulu.. memang agak teruk jugak.. pastu dr pakar kat sibu bg ubat yg bkesan utk Qisya.. xtau la nama ubat tu apa.. tp die bg krim lain2 utk anggota bdn yg blainan..
& liza, insyaAllah blh sembuh.. Qisya skang dh ok.. alhamdulillah..
Ninie~Azfar dpt 5 jenis ubat..
tq Ninie, insyaAllah..itu gak harapan Liza.
nurulpun nak pergi jumpe pakar kulit..bhgian telingga masa dulu mmg sakit bila tgk.tapi la nie dah ok dah..tinggal kerak kat kepalalah yang ada sisa sisa cket n paling degil kawasan pelipat2 siku n lutut
Wan~Ambil masa nak ok ek?
Post a Comment