Wednesday, December 14, 2011

Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy

Post yg sepatutnya publish dua bulan lalu.. Dalam perjalanan balik dari PD, dalam hujan lebat, dalam kelaparan, kami ternampak ini banner... Terus brek mengejut sambil teruja tengok pengunjung yang ramai berebut-rebut tempat duduk. 

Walau hujan tempias masuk ke meja makan, kami tak berundur kerna tiada lagi pilihan. Terus order nasik kukus ayam panggang bersama air buah tembikai yang ceroi-ceroi. 

Sambil menunggu makanan sampai, kami memerhati gelagat tukang kipas ayam panggang. Dengan topi cowboy dan key di leher, tak berganjak walau seinci. 

Banner ni digantung penuh dalam gerai. Nak kata gerai, bukan gerai.
 Tapi nak kata restoran pun macam gerai ja.

Entah puas hati atau tidak setelah sama-sama belasah dua pinggan.Tak pa, yang penting, kenyang!

Mama suh duduk bawah tanduk tu, dia takut lak.

Inilah cow boy sebenar!

Pernah terserempak dengan kedai ni?

No comments: