Showing posts with label friendship. Show all posts
Showing posts with label friendship. Show all posts

Harumanis Perlis Tak Pernah Mengecewakan!

Monday, April 30, 2018

Sapa tak tau buah mangga harumanis Perlis kan? Skang musim dia. Jangan lupa beli bawak balik kalau singgah di Perlis. Saya yang orang Perlis ni pun baru merasa minggu lepas. Nasib pak sedara tanam, so boleh makan sepuas-puasnya. Kalau tak puas, kita boleh beli tambah. Hehe..

Kebetulan kawan sekolah rendah nak jumpa, Liza pesan kat dia sebab ayah dia tanam harumanis. Besar juga kebun dia. :)

Jangan ngidam sudah! Ngeee..

Harumanis dapat rasa, Skinvigorate brush limited edition pun dapat juai.  Nak apa lagi kan?

๐Ÿ˜œ 

Kembali ke Zaman Kanak-Kanak dengan Samsung Galaxy Tab 3 Kids

Saturday, November 23, 2013

Assalamualaikum. Salam hujung minggu semua. Zaman kanak-kanak korang macam mana? Rasanya kebanyakan akan kata seronok. Apa tak bestnya? Menjadi kanak-kanak tidak perlu memikirkan masalah negara, atau masalah yang orang dewasa sibuk-sibukkan. Kalau lah dapat diputarkan masa kan....

Memang tak dapat la kan. Jadi mari kita berangan je lah! Bagaimana zaman kanak-kanak yang kita telah lalui.

1. Menyarung uniform sekolah.
Liza pakai baju kurung dari awal cuma tak bertudung la. Darjah empat baru pakai tudung sebab dilantik jadi pengawas sekolah.

2. Alat tulis kita hanya pensil warna merah, pemadam ada huruf dan pembaris 'opaque' warna kuning, merah atau hijau. ;)
Apa pula alat tulis korang? Mesti yang pensil boleh tukar-tukar mata dan kotak pensil bertingkek-tingkek kan.. hehe..

3. Main pemadam masa cikgu belum masuk kelas.
Pernah main tak? Golek-golek pemadam sampai golek atas pemadam lawan?

4. Main BINGO bila balik rumah tok wan.
Bila berkumpul sesama sepupu sepapat, main BINGO ramai-ramai. Tak pun main nama tempat, nama kereta, nama apa lagi yang kita sesuka hati nak letak, ikut pada huruf yang kita pilih. Angkat tangan sapa pernah mainn???

5. Game TV mainan paling hebat masa tu.
Wah, ingat lagi game rambo dan mario. Berebut dengan abang-abang nak main sampai gaduh-gaduh. Bila tak dapat main game tv, kita main police century? Ke hapa nama dia. Yang want to jaga..polis mati pencurik jaga?? Hah? Matikk. Mana la ada gadget-gadget macam zaman sekarang ni. Untong laa bebudak zaman sekarang ni..

Eh eh apsal kenang-kenang barang yang lepas ni? Haha. Ini SAMSUNG GALAXY TAB 3 KIDS MEDIA LAUNCH punya pasallah ni. Mengembalikan nostalgia lama kitew~

Liza telah menghadiri satu sidang media pelancaran gadget SAMSUNG terbaru untuk KIDS!!

Bertempat di Berjaya Times Square.

Sampai di tempat pendaftaran, bersedia untuk buat Student card. Wah wah. Siap ada ID card beb.


Media Launch ni dibuat seolah-oleh kita berada di dalam kelas. Ada cikgu dan ketua kelas.


Ini dia cikgu Suhaimi tengah berleter kat Class Monitor. Comel giler Class Monitor dia. Haha.

Comel jerk Ketua Kelas tengah catat pelajar-pelajar yang buat bising dan ponteng kelas. :p


Ada la student tiga orang. Rupanya dorang tu penari untuk persembahan pembukaan. 


Lincah persembahan budak-budak neh.

Review SAMSUNG GALAXY TAB 3 KIDS oleh tiga orang kuat SAMSUNG.

Inilah orang kuat SAMSUNG. 
Dari kiri :  Mr Vincent Chong, Mr Ng Long Shyang,  dan  Mr Victor Ng.



Aku berpeluang untuk merasai sendiri tablet pertama seumpamanya di Malaysia ni. Kelebihan tablet ni ialah ia ada parental control. Jadi, ibu bapa boleh set masa bila anak-anak boleh main. Siapkan kerja sekolah dulu kalau nak main ken~

Model SAMSUNG kitew~

Lepas review nak buat apa? 

Tiket Theme Park dapat free tapi tadak mood nak main sebab Adam dengan Azfar tak dak. Tak dak mood tak dak mood. Jadik, kita balik je lah. Kehkehkeh.

Bye bye Snowman!


Ini kali pertama dapat pergi pelancaran produk baru. So, I get two new things that day. Experience and friend. Dia bukan blogger. Dia writer of one gadget magazine. :)

Nice to meet you Ira!

"Make new friends but keep the old. Those are silver, these are gold!

~Review SAMSUNG GALAXY TAB 3 KIDS next entry lah yer!~








Jumpa 'Sedara' Di Semenggoh

Friday, May 20, 2011

Eh, sedara sapa ni? Aku jumpa kat Semenggoh. hehe....(tak abis-abis lagi cerita Sarawak?)

                                      Owh.. Sedara orang utan rupanya.

Ni janji last entry pasal Sarawak walau sebenarnya cam banyak lagi nak citer.... huhu....

Kami ke Botanical Research Center kat Semenggoh, tempat pemuliharaan spesis terancam orang utan. Bayaran dikenakan hanya RM3 dan RM1 untuk perkhidmatan van ke dalam hutan untuk laluan sehala.

Ada had kawasan untuk pelawat. Masing-masing takut nak menghampiri kawasan ni sebab pekerja kat situ baru je cerita tentang seorang pekerja yang digigit orang utan bernama Delima. Delima ni ganas sket. Maybe sebab dia tengah jaga baby kecik. Penat kot, sebab tu jadi emo... Biasalah orang beranak kecik ni... hehe...

 Ni dia Delima. Sayang betul dia dengan baby dia tu. Antara orang utan yang dibela di sini, Delima paling agresif. Anak-anak cicit dia yang lain ok jer...

                  Ada nama Ritchie, Rose, Mariam, Minah, Annuar pun ada.....

Sesekali beramah mesra dengan alam semulajadi ni membuatkan hati terlupa pada hiruk pikuk di kotaraya..

                                            Bye Bye Orang Utan!!

Penat kami berjalan sana sini Sabtu dan Ahad, Isnin baru menjalankan misi utama. Betapa tak sabarnya aku nak balik Malaysia (ada orang sana panggil semenanjung, Mesia) malamnya. huhu... dah rindu kat Adam dan ayah Adam....


         Di manakah aku? Owh, di antara wanita-wanita jelita bersutera biru...

Kami sampai di KLIA dalam pukul 2.00 pagi hari Selasa. Nasib cuti Hari Wesak. Kalau tak, jenuh mengantuk kat tempat kerja. huhu....

~Adam, rindunya mama kat Adam......Tahniah untuk Adam!! Mama bagi 98% markah untuk kejayaan Adam berdikari tanpa mama. 2% tu sebab masih belum berjaya ditinggalkan secara terang-terangan. Masa nak pergi hari tu, mama tak dapat cium Adam sebab takut Adam terjaga dan menangis~






Antara Serikin, Fairy Cave dan Pasu Sarawak

Thursday, May 19, 2011

Kalau melawat Sarawak, tidak sah kalau tidak singgah di Serikin ni sebab barang-barang di sini sangatlah murah terutama bagi penggemar kayu jati. Kalau lah dekat jak Sarawak dengan KL, nak juak kamik mbak pulang satu ke Malaysia..

                         'Rombongan Cik Kiah' berwarna biru yer hari tu..

                                 Aku ready beg besar nak sumbat barang....
.3
                    
                                                              Kedai antik

                                   
                                  Duit syiling lama pun ada dijual di sini

               Pokke ni dia nak jual RM200+ je. Ada sesiapa yang berminat?

                        Kebanyakan barangan di sini diimport dari Indon..


Tak de lah shopping apa sangat kan.... Cuci mata tengok gelagat orang je...

Abis shopping, kami singgah di Fairy Cave.

 Setakat bergambar kat depan ni je sebab takut nak panjat.. Licin maa...

                                         Aku tengok dari bawah jer la..


Ada jugak rasa terkilan tak dapat masuk ke gua ni sebab mengikut cerita kawan-kawan, pemandangan menarik kat dalam gua tu, boleh tembus. Siap ada air menuruni gua...Tapi bila mengingatkan keselamatan diri dan baby, kenalah mengalah... Itu yang lebih utama.

Destinasi seterusnya ke kedai Pasu Sarawak. Aku memang tak de hati nak beli... Tak minat, lagipun dah ada beberapa buah kat rumah, kawan-kawan hadiahkan masa nak pindah ke semenanjung dulu..

Antara ketiga-tiga tempat yang aku pergi, aku rasa macam nak ke Serikin lagi lain kali. Macam ada yang dihajati tapi belum aku beli.. Hehe....







Kampung Budaya Sarawak

Destinasi kami pada hari kedua ialah di Kampung Budaya Sarawak. Jom layan gambar. Entrance fee kat sini RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak.

Persembahan Kaum Iban antara yang ditonjolkan bagi menyambut kedatangan tetamu


         Lalu kat titi ni buat aku 'cuak'.... Bukan gayat tapi takut tersadung kaki.


            Replika monyet daripada sabut dan tempurung. Kreatif dorang nih

   Mak cik ni buat kuah karas (kuih jala) and boleh dibeli panas-panas. Sedap!!

                                     Me dan kawan-kawan seperjuangan
Ni kat rumah apa yer? Tak ingat sebab kalut kena tinggal dengan kawan-kawan

Ada pasport tau nak masuk sini. Siap cop sendiri lagi.. huhu....Tengok dorang tengah tayang tu..

Waktu ni, matahari terik di atas nun. Tapi masing-masng still control comei bila berposing.


Tinggi tul rumah ni. Agaknya takut binatang buas masuk rumah kot ek?

Ni dah dalam perjalanan balik. Selamat tinggal Santubong!!











Ada Apa Di Waterfront Kuching?

Wednesday, May 18, 2011

Di sini bermula kisah kami di Kuching... Kami ke sana atas urusan rasmi.. Tapi biasa lah, ada jugak jalan-jalan ke sana sini. Hari pertama sampai wajib berjalan-jalan kat Waterfront dulu. Walau hati ni dah cam tak gembira sebab dah selalu shopping Kuching semasa aku berkhidmat di sana dulu, tapi perasaan tu hanya pada hari pertama yer? Banyak rupanya benda yang boleh dibuat kat Waterfront tu.

Selain jalan-jalan makan angin kat depan sungai tu boleh jugak naik River Cruise...

Bangunan DUN yang telah siap. Masa 2007 tu masih dalam pembinaan..

Sarawak River Cruise ni memulakan perkhidmatan daripada pukul 5.30 pm sehingga 7.00 malam. RM60 untuk 45 minit... Alahai, mahainya. Kami bergambar je lah depan cruise ni...

Kami cuma naik perahu tambang ke seberang. 40 sen jerk ke Seberang Kampung Panglima Seman tu..(rumah mertua roommate aku tu..) Selain boleh makan-makan Mee Kolok dan Laksa Sarawak kat medan selera, boleh rasa kek lapis free. Korang boleh rasa banyak mana korang nak, sampai kembong...Ada banyak pilihan kek lapis ni, cam Kek Lapis Dayang Salhah (paling famous), Kek Lapis Miera, dan tidak dilupakan Kek Lapis LIZA yer...


                                                   Tolong promote sekali..

Rasalah banyak mana korang suka. Aku paling suka kek lapis 'Sayang Sarawak' gabungan perisa Strawberry, coklat Cadbury dan cheese.. Perrgh, memang best!!


Aku jumpa kawan lama, Kak Syirah. Dia antara kawan yang masih menetap di Sarawak. Ramai yang dah berpindah ke semenanjung macam aku...Terima kasih sebab sudi jumpa dengan Liza. Rindu kawan-kawan lain tapi apakan daya, masing-masing ada komitmen lain...

Aktiviti paling best kat Waterfront sudah tentunya shopping. Cam tak cukup-cukup masa kami meronda depan Waterfront tu. Dari gelang, kuih-muih, baju kain batik dan hiasan rumah. Kawan aku sempat mengangkut balik cermin dinding hiasan rotan. Besar gak la, tapi sebab kami pergi ramai-ramai, tak de lah kena extra charge...

 Ni kedai yang paling lama kami belek. Banyak sangat barang-barang unik kat kedai ni. Aku dapat sepasang lampu hiasan diperbuat daripada kulit tiram dan akar kayu kat sini.


 Ni salah satu kedai 'junk food'. Banyak makanan nostalgia kat kedai ni... Biskut-biskut yang kita makan masa kecik-kecik dulu masih dijual di sini...

Selain tu, korang boleh la shopping gambir Sarawak kat tepi-tepi sungai tu. Ahaks..

Itu saja nak cerita pasal Waterfront. Ada lagi ke aktiviti best kat situ?