Showing posts with label workplace. Show all posts
Showing posts with label workplace. Show all posts

Selamat Hari Guru

Tuesday, May 17, 2011

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga guru di Malaysia dan kepada semua cikgu-cikgu yang telah mengajar aku dari tadika hingga ke sekolah menengah. Masih terkenang kenangan dan jasa semua cikgu-cikgu... Terima kasih cikgu!!

Di mana aku sempena 16 Mei 2011?


Kami di sini untuk meraikan Hari Guru 2011

Jauh benar kami raikannya tahun ni.

~Selamat Hari Guru~

*Actually mood blogging hilang sejak pregnant ni. Kenapa ya?*









Balok SeaView Resort : Latihan Dalam Perkhidmatan

Tuesday, October 26, 2010

Kebiasaan bagi kakitangan kerajaan kena menghadiri kursus untuk mempertingkatkan profesionalisme profesyen tersebut. Jadi, minggu lepas kami diWAJIBKAN untuk menghadiri seminar atau lebih tepat Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di Balok, Pahang. Kebanyakan daripada kami meninggalkan anak dan suami untuk ke sana. Tapi, memandangkan aku tak sanggup berpisah dengan Adam apatah lagi ayah Adam, aku mengajak la suamiku. Nasib hubby aku sporting.. Sanggup drive ke sana..

Walau penginapan disediakan, tetapi tidaklah untuk suami dan Adam. Sebab tu la aku menginap di Muara Beach Resort. Di sana aku menghadiri tiga sesi LDP daripada penceramah jemputan. Ni aku ringkaskan balik apa yang aku ingat....

Sesi 1 : Hal-hal Pengurusan 
Oleh : Mr Principle kami

Antara quotes menarik yang masih aku ingat :

95% manusia di dunia adalah manusia biasa. 3-5 % luar biasa. Golongan minoriti ni lah yang menggerakkan dunia ke arah kemajuan.

Perubahan harus dilakukan bukan untuk masa kini tetapi untuk kemudahan di masa hadapan

Kalau melancong ke Thailand, ada 3 rasa masakan, manis, masam dan masin. Tetapi di Malaysia ada 5 rasa. Rasa manis, rasa masam, rasa masin, rasa tak sedap dan rasa nak marah...(ngee..)
 Sesi 2 : Kokurikulum dan Pengurusan Sukan
Oleh : Jurulatih SSBJ

Disebabkan sekolah aku sekolah projek sukan, jadi bergunalah jugak untuk kami mengendalikan pelajar-pelajar sukan yang terlalu penat berlatih sehingga tidak mampu fokus di dalam kelas. Kadang-kadang tertidur disebabkan latihan intensif. Dan kerap kali juga tiada di sekolah kerana mewakili sekolah, negeri mahupun kelab-kelab sukan.

Info yang diberi amat berguna agar pelajar-pelajar sukan juga tidak akan ketinggalan dalam akademik mereka.

Sesi 3 : School With Character
Oleh : En Abdul Halim (Kaunselor)

Sesi yang paling seronok aku ikuti. Dari awal aku dengar sampai habis. Tak tertinggal satu pun gelak tawa.. Memang tak bosan langsung. Almaklum la, dia ni pun bekas tenaga pengajar di sekolah aku. Dia dah kenal sangat dengan budak-budak sekolah. Baru kutahu sekolah aku pernah memenangi satu anugerah "SCHOOL WITH CHARACTER". Bila dan di mana, tak pasti...

Yang penting, perlu ada :
Commitment
Sincerity
Teamwork
Student management System
Integrity
Responsibility

Baru lah dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang..

Keseluruhan LDP kali ni berbaloi. Betapa fokusnya aku masa LDP tu sampai takda satu pun gambar aku snap. hiii... Ni pun amik daripada OP.

Me witk Kak Elly and Kak Yati..

Petang kami ada Family Day yang sgt havoc!!!! Loikeeee!!!!!!!!!

Food Art @ Fine-Dine Restaurant, BTS

Wednesday, June 2, 2010

Terasa melekat lagi kat lelangit ni Brownies with fresh strawberry and blueberry.. Nyum!! Me and friends having enjoyment moment eating marvelous food at BTS. The food prepared by the students from BERJAYA University College of Hospitality. We can see from the transparent kitchen how the food prepared and served in minutes course by course. Start with a slice of bread while waiting for the appetiser. Then, we ate Seafood Crepe with button mushroom. I can taste the fresh prawn, crab and salmon fish inside the crepe. Actually, sayang nak makan sebab cantik sgt dia susun. Art in food!

We continue enjoyed the food with Beef Steak and Angel Hair Pasta. I choose Beef Steak as I love beef much.
This is Angel Hair Pasta.

We ended our meal with Brownies with vanilla ice crean and berries..
Tp sayang..sket je ice cream dier.. Nak request lain, malu..Tu la..Orang kata :
~Malu Lapaq~

Tapi, tak der la lapaq pun..dah telan macam2 dah..hehe.. Tengok lah muka-muka kegembiraan ni :

Best!! Anyone want to sponsor us again?