Rasa cam dah lama tak share kisah Adam yang dah enam tahun tu. Hehe. Tak de la kisah apa pun. Cuma baru-baru ni kami tukarkan sesi persekolahan dia. Sebelum ni dia pergi sesi petang. Disebabkan sekolah Adam ada program baru, full day programme, kami sangat berminat.
Pengisian yang sangat padat untuk Adam. Bermula daripada pagi pukul 8 - 1.00 pm, dia akan sekolah macam biasa. Sambung semula pukul 1.30 petang - 4.30 petang dengan aktiviti petang.
Dengan yuran tambahan RM190, Adam mengikuti kelas hafazan, Bijak membaca dan Starter Words beserta aktiviti fizikal.
Daripada kami transitkan di taska yang hanya main dan menonton tv, baik masa yang ada diisi dengan lebih bermanfaat. Aku tidak lagi percaya kepada prinsip 'Just follow the flow' kerana bagi aku, apa jua keadaan, mesti ada perancangan. Yang akhirnya ditentukan Allah.
Aku sebenarnya teruja dengan kisah arwah Ammar yang syahid di Turki tu. Mak ayah dia merancang percutian dia sehingga tiada satu hari dibazirkan di rumah semasa cuti semester terakhir kematiannya. Dan rupa-rupanya, ayah dia memang merancang dari mula untuk alirkan dia di bidang Sejarah dan mengambil peluang belajar di Turki.
Mungkin ada yang berpendapat, lebih baik ibu bapa yang mengajar sendiri semuanya di rumah. Menjadi guru kepada anak-anak mengaji dan belajar. Ya, teruskan. Asal sahaja, akhirnya atau hasilnya adalah yang terbaik untuk anak-anak kita. InshaAllah!
Kita pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita kan?
Adam cepat sangat membesar. Dah macam big boy sangat. Gigi susu pun dah mula longgar satu persatu.
Hari pertama Adam hilang gigi susu pertama. Actually dah dua gigi susu dicabut. Now dah naik baru dah haa..
Mungkin dah terbiasa dengan pembelajaran di sekolah dan di rumah (pada waktu malam), Adam tak lagi kekok untuk solat dengan sendirinya. Kalau sebelum ni, my hubby pegang rotan baru jalan. Hehe..now dengan sendirinya, akan amik buku selepas solat Maghrib atau sementara menunggu my hubby bersiap-siap di pagi hari.
Di sinilah harapan kami dan juga harapan semua ibu bapa.
Ingin mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh.
Moga kita sentiasa dipermudahkan oleh Allah dalam mendidik zuriat-zuriat kita hingga berjaya dunia dan akhirat.
15 comments:
sekali sekala luangkan masa fullday ngan dia...seronok..
baru der lerni.. ala kalau dulupun der nak gak masukkan.. duk rumah taujerler tvler kejenyer...
good boy adam. moga jadi anak soleh, berjaya dunia dan akhir. semoga doa mama adam dimaqbulkan Allah.amin
sama-sama la kita liza..adam sebaya dengan hariz, anak sulung ayu
bagus program tuh..
untuk kebaikkan anak2 jugak kan~
Cho Zila- a ah. Baru start Mac ni kak. Bagus sgt.
Anim- terima kasih kak atas doa2 itu.
Ayu- yer... sebaya dgn anak ayu. Kita pun sebaya kan.... hehe
Nafira- sgt bagus zura.
kan kak liza, memang tu lah harapan kita ni sebagai parent
sejuk hati kalau ada anak macam arwah ammar
afif pun bersekolah sampai petang
ada hafazan juga sekolah dia
sangat bagus program macam gini ..at least ktia tahu pembelajarannya
Yana yani- moga anak2 kita menjadi anak2 soleh.
Aku Penghibur - itu la. Sistem yg jelas. Nampak misi dan visinya. Hehe
dah besar dah adam..oh my...e-ein dah 5 tahun. ;) adam tua setahun je...
http://jalanjalanpusingpusing.blogspot.com/
catlina
Baguslah klo dpt join program mcm nih.
Post a Comment