Showing posts with label tadika. Show all posts
Showing posts with label tadika. Show all posts

Full Day Programme For Adam

Friday, March 7, 2014

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

Rasa cam dah lama tak share kisah Adam yang dah enam tahun tu. Hehe. Tak de la kisah apa pun. Cuma baru-baru ni kami tukarkan sesi persekolahan dia. Sebelum ni dia pergi sesi petang. Disebabkan sekolah Adam ada program baru, full day programme, kami sangat berminat.

Pengisian yang sangat padat untuk Adam. Bermula daripada pagi pukul 8 - 1.00 pm, dia akan sekolah macam biasa. Sambung semula pukul 1.30 petang - 4.30 petang dengan aktiviti petang.

Dengan yuran tambahan RM190, Adam mengikuti kelas hafazan, Bijak membaca dan Starter Words beserta aktiviti fizikal.

Daripada kami transitkan di taska yang hanya main dan menonton tv, baik masa yang ada diisi dengan lebih bermanfaat. Aku tidak lagi percaya kepada prinsip 'Just follow the flow' kerana bagi aku, apa jua keadaan, mesti ada perancangan. Yang akhirnya ditentukan Allah. 

Aku sebenarnya teruja dengan kisah arwah Ammar yang syahid di Turki tu. Mak ayah dia merancang percutian dia sehingga tiada satu hari dibazirkan di rumah semasa cuti semester terakhir kematiannya. Dan rupa-rupanya, ayah dia memang merancang dari mula untuk alirkan dia di bidang Sejarah dan mengambil peluang belajar di Turki. 

Mungkin ada yang  berpendapat, lebih baik ibu bapa yang mengajar sendiri semuanya di rumah. Menjadi guru kepada anak-anak mengaji dan belajar. Ya, teruskan. Asal sahaja, akhirnya atau hasilnya adalah yang terbaik untuk anak-anak kita. InshaAllah!

Kita pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita kan?

Adam cepat sangat membesar. Dah macam big boy sangat. Gigi susu pun dah mula longgar satu persatu.

Hari pertama Adam hilang gigi susu pertama. Actually dah dua gigi susu dicabut. Now dah naik baru dah haa..

Mungkin dah terbiasa dengan pembelajaran di sekolah dan di rumah (pada waktu malam), Adam tak lagi kekok untuk solat dengan sendirinya. Kalau sebelum ni, my hubby pegang rotan baru jalan. Hehe..now dengan sendirinya, akan amik buku selepas solat Maghrib atau sementara menunggu my hubby bersiap-siap di pagi hari. 

Di sinilah harapan kami dan juga harapan semua ibu bapa.

Ingin mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh. 

Moga kita sentiasa dipermudahkan oleh Allah dalam mendidik zuriat-zuriat kita hingga berjaya dunia dan akhirat.






Pemilihan Tadika 2014 Sekitar Lembah Klang

Friday, November 8, 2013

Sekarang ni ramai ibu bapa tengah sibuk mencari sekolah untuk anak-anak. Sama ada tadika mahupun sekolah rendah. Semalam pun kami meronda-ronda mencari sekolah tadika Adam untuk tahun depan.

Ada beberapa pilihan untuk dipertimbangkan.

1. Genius Aulad Bandar Kinrara.
Mula-mula kami ke Genius Aulad. Sekolah yang selesa dan silibus tadika yang mementingkan pembacaan al-quran menarik minat aku. Ada dua sesi pagi dan petang. Pagi bermula jam 8.30 am - 12.30pm dan petang bermula jam 1.30 pm - 4.30 pm. Transportation disediakan ke rumah.

Boleh daftar secara online atau terus ke tadika. Atau boleh call untuk pertanyaan lanjut .

Silibus yang disediakan :
  • Fun Learning Programme
  • Individually Iqra' Progress Record
  • Individual Daily Starter Words Reading Record
  • Islamic Spiritual development activities
  • Free Mentor-Mentee program upon needs analysis
  • Advanced IT Interactive white board lessons.
  • Maths and Mind-English at ease- Islamic Funworks

Liza suka sebab :
  1. Ada praktikal solat berjemaah.
  2. Kelas hafazan guna buku Al-Badar sampai boleh baca Quran.
  3. Kelas yang sangat selesa.
  4. Buku yang akan dbeli berdasarkan perkembangan budak. Kalau dah lancar baca, boleh skip level. Jimat gak di sini. :)
  5. Perkembangan setiap budak direkod dengan sticker.
  6. Boleh buat pilihan sesi sama ada pagi atau petang. Disebabkan my hubby cuma ada kelas petang, jadi kami boleh jimat duit transit (taska) kalau hantar petang. Maksudnya my hubby jaga Adam sebelah pagi dan petang aku akan amik Adam selepas habis kerja. :))
Cumanya : Tiada daycare disediakan (in case) nak transitkan Adam.

2. Brainy Bunch.

No telefon : 019-2681427 / 019-2718445
Email : bandarkinrara@brainybunch.com


Menarik sebab ada Enhanced Programmes :
  1. Swimming
  2. Gymnastics
  3. Martial-Arts -karate, taekwondo, Silat
  4. Standard 1 Prepareation
  5. Little Scientist
  6. Mandarin
  7. Toddler Playground
  8. Mandarin
  9. Transit and daycare Services
  10. After School Tutorial.

3. Tadika Restu Ibu.

Tadika ni menggunakan modul Little Chaliph.

Tel : 017-971 7212 / 03-8070 0956
Email : restuibu.littlecaliphs@gmail.com

Aku suka sebab :
  1. Ada daycare.
  2. Semasa daycare pun, dorang belajar tentang solat dan pendidikan agama.
  3. Ada belajar hafazan guna ketukan kayu (al.-Baghdadi).

4. Taski ABIM Al-Hidayah.
Tadika ABIM ni beroperasi satu sesi sahaja iaitu sebelah pagi dari 8.00 pagi - 12.00pm dan paling murah antara pilihan-plihan yang ada. Amacam? Bahasa pengantara dia Bahasa Melayu.

Call untuk pertanyaan : 016-9035931 (Cikgu Norhafida)

5. Tadika di Masjid Negara

Tadika ni best jugak sebab :
  1. Ada daycare sampai 4.30 pm. Senang untuk one stop dari pagi.
  2. Dekat dengan tempat kerja.
  3. Murah.
  4. Pembelajaran asas dan agama disediakan.


Cuma : 
  • Aku belum amik borang pendaftaran.
  • Dan transit dia memang dah full.
  • Nampak sangat permintaan sangat tinggi. :(

Jadi, kita tengoklah macam mana nanti yer. Ataupun stay sajalah di sekolah sekarang. Smart Reader Kids. Cumanya, aku kureng suka dia asik menyanyi dan menari jerk. Nak jugak tengok dia ada kemahiran lain. :p Jadi imam muda lak ker~

So, sapa-sapa yang duk sekitar Lembah Klang tu, harap-harapnya entri ni berguna jugak untuk korang.