Showing posts with label weekend activity. Show all posts
Showing posts with label weekend activity. Show all posts

Japanese House, Bukit Tinggi

Tuesday, October 4, 2011

Japanese House.. Destinasi kedua selepas Colmar Tropicale. Kami ke sana dengan tram yang disediakan. Punyalah kuat angin dan enjin tram tu. Trauma Adam naik tram tu sampai masa nak balik ke Colmar Tropicale tu dia kata dia tak nak naik. Nak naik kereta... Haha..

Sesampai kat sana, tram tu berhenti kat stesen bawah je, tak naik atas pun sebab ada construction kat stesen atas tu. Terkejut gak aku tengok kecuraman bukit tu. Terfikir jap kat situ "Boleh ke aku panjat ni?" huhu....


Nak tak nak, kami gagahkan diri. My MIL pun mula-mula surrender, tak nak naik. Tapi, rugi lah kan, dah datang tak naik.. Ibu mengandung, ibu baru lepas pantang dan ibu kami (MIL) yang berusaha memanjat bukit. 


Ni baru melepasi ujian pertama. Cuba tengok orang kat belakang kami tu.. Siap berpaut lengan tau nak panjat...

Bila nampak air terjun ni, rasa tenang dan hilang penat memanjat tadi. Lagipun, dah dapat aiskrim hilangkan penat.

Beli fish pallete untuk Adam bagi makan ikan-ikan yang kekenyangan tuh. Ada foreigner's daughter duk 'pow' pallete Adam. Nasib Adam tak kedekut. Good boy...

Kat atas boleh tempah Kimono untuk posing-posing tepi pondok dan kolam tu. Tapi tak teringinnya aku nak sewa. Membazir rasa... Kami snap-snap gambar pemandangan kat situ ja.

Sila layang gambar Adam dengan ayah and mama kat bawah :)



My sweet heroes in action

Ntah apa gaya ntah Adam buat tuh. See, besar tak perut mama?

We are in yellow. Ayah tak dapat join yellow sebab dia paling tak suka yellow. Dapat sama dengan burung enggang kat baju ayah pun jadi lar...

W.A.N.I.T.A

New parent..Zuhaira & Shukri.. 

Ni masa atas tram nak balik. Adam diam seribu bahasa waktu ni. Memaut aku sekuat-kuatnya..

Itu jer la cerita ceriti di Bukit Tinggi. 

Balik dari Bukit Tinggi, aku menunggu my BFF datang rumah... Tak sabar nak jumpa sebab lama tak bergosip. Lagipun tak sabar nak tengok perout dia yang sama-sama boyot dengan aku.. :)

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Cerita last weekend. Bila my MIL datang sempena my SIL convo.. We decidde to join them to Bukit Tinggi. Walaupun dah pergi masa Adam baby dulu, tapi nak jugak meramaikan majlis. Hehe.....

Kami bertolak dalam 8.30 am. Teringat dulu kami bertolak lebih awal, dalam 7.30 am. Naik kat atas sana pagi-pagi baru best, sejuk... Nak nak pulak kalau hujan. Lagi la terasa konon-konon cam kat France.. Berangan jer lah kan sebab kali ni kami sampai dengan cuaca yang cerah, terang benderang.

Snap gambar semua guna tripod.

Baby Zarra yang tengah nyenyak tidur..

Posing senget semacam je..:p

Posing dengan Tok lagi senget. Heh!

His new cousin.. 2 month ++ Baby Zarra

Actually kami dah tak beriya nak bergambar sebab aku jalan super slow. Adam lak lari-lari ke sana sini. My hubby yang guard dia. So, tak de la bergambar sangat. Lagipun, dah kali kedua datang.... So balik-balik snap gambar kat depan 'twin tower' tu....

Three of  Us. Will be 4 soon.. :)

Lepas ni, kami jalan-jalan ke Japanese House. Cabaran tul bagi ibu mengandung...





Genting Theme Park l Indoor Park

Friday, July 22, 2011

Bila malam menjelang, kami terjah indoor. Semua Family Rides kami pulun. (Eh, Ferris Wheel tak naik la, ayah....) Tak banyak yang dapat naik. 3D Pirate Story tak Adam masuk sebab Adam tak lepas minimum height. Kena bagi Adam makan toge banyak-banyak lepas ni. Haha....

Jom layan piccas....

                       Ride de Paris ni Adam naik sampai tiga kali..huhu..

                                   Reindeer Cruiser yang agak boring..

                       Venice Gondola.. Adam dah ngantuk nak bergambar...

                                                           Carousel..

Adam naik lagi Ride de Paris setelah kecewa tak dapat naik bumper car.. (Adam kecewa ker ayah yang kecewa?)

                                     Last kopek malam tu...Happy riding!!

                                                 Good bye Genting!!

                                                             ~Daa~








Genting Theme Park l Outdoor Park

Wednesday, July 20, 2011

Cam tak de masa nak berceloteh sebab curi-curi masa semalam... Actually, kami pergi sana just on weekend. Stay one night at First Hotel (senang ke theme park dan murah)

                                         View dari bilik hotel 17905
Kami hanya dapat check in pada pukul 12.00 pm. Nasib dah booking hotel dan tiket theme park. So, tak de lah berjela-jela menunggu. Plus, sekarang dah boleh self check in. Guna kiosk jer...

Adam dah terlentok atas bahu ayah, letih main.. Haih, baru tengah hari Adam...

Tapi punyalah kami tak kasi dia tidur, kami kejutkan dia lepas check in hotel tuh. Rugi lah Adam tak main puas-puas.... :p

Nilah gaya budak ngantuk kena paksa main. Haha... Adakah kami 'kejam'?


Tengok mata Adam, steam giler sambil ayah cuba menghiburkan Adam.

                                                  Dah mula 'bangun'...



Seronok tengok gelagat Adam yang sangat happy. Berjalan sambil melompat-lompat dan skipping gembira. Mama yang terpaksa berputih mata tak dapat naik space shot, corkscrew dan cyclone. Tak pe, tunggu bila baby besar nanti. Malam nanti Adam nak 'kampoi' (pulun) main Indoor Park pulak..

See ya!














Our Short Vacation l Genting Theme Park

Tuesday, July 19, 2011

Hi, morning! Just update our vacation to Genting last week. Kena layan gambar ni sebab tak sempat nak bercerita. Next entry k! Ni gambar-gambar di outdoor park.... Kami sambung lagi nanti k!!

Just arrived, tak ramai orang lagi waktu ni

 See, Adam main sorang-sorang... Tak payah rebut-rebut dengan orang ramai


Peace!!


Marry-Go-Round slowly...


Horse geduk geduk!!

There is a story behind this scene

Adam request for this picture. Boring tunggu ayah main go-kart sensorang. huhu...



Tak dapat naik space shot..

Muka ngantuk tiba-tiba. Maybe boring naik train yang selow melow tuh...



 So, kami check in hotel dulu. Nanti sambung lagi k...

















Flaming Steamboat @ Setapak

Sunday, January 23, 2011

Selamat pagi semua. Pagi-pagi dah buka blog. Yer la rindu giler dengan korang, dah lama tak jenguk rumah kamu, kamu dan kamu!! Aku baru je sihat hari ni. Seminggu sakit kepala dan demam sebelah malam. Alhamdulillah, semalam check darah, just normal fever doktor kata... No worries. Aku takut denggi je masa dia kata platlet darah kurang tuh. Huhu... Ingat gak pesanan kawan, kalau nak naikkan platlet darah, makan ketam. Tak dapat makan masa demam, lepas demam pun jadi lah...

Kami ke Flaming Steamboat kat Setapak. Ni cawangan daripada Bandar Sunway... Aku rasa baru bukak jugak ni. Korang pernah makan kat sana? Jom lah try http://www.flamingsteamboat.com

Sebenarnya, kami ke sana bagi menyambut kawan my hubby yang datang dari Miri... Aku bergumbira sama la dapat makan steamboat... Memang bedal habis-habisan...

My hubby booking by call sebab selalu penuh on weekend. Kang tak dapat makan lak. So, tengah hari dia dah booked. Kalau musim perayaan atau bulan puasa mau kena booking seminggu awal. Teringat tahun lepas last minute booking, penuh. Yang tinggal dua hari sebelum raya. Mak aih, kami dah ada kat kampung dah la kalau waktu tuh...

Kami ke sana kul 7 malam. Senang pergi awal-awal. Lagipun, ada surau kat sana. Walau kecik, boleh lah kan daripada terlepas solat Maghrib... Sesi kami ni sampai kul 10 malam. Meaning kena blah by 10 lah. Kalau kat Sunway, ikut je kul berapa kita nak duk situ.. Tapi kat Setapak ni, mungkin pelanggan dia ramai booking, dia buat 3 fasa.

FASA 1 : 6 ptg - 8 mlm
FASA 2 : 8 - 10 mlm
FASA 3 : 10 -12 mlm

 Nampak tak? Seafood paling banyak aku amik, CRAB.

Kawan yang dirai... Baby dorang, Sumaiyah sangat bam bam. Geramnya!! Dah cubit pipi dia.

Makan aiskrim? Ayah bagi 'can' skit ja, kali niiiii ja... (Adam bedal semangkuk jugak..)

 Kami keluar tepat-tepat kul 10 malam. Kang ada jugak yang kena halau kang.. hehe... Tapi ok lah, perut masing-masing penuh, berat dan muncit.. hihi.. Cuma satu jer terkilan, aku tak suka la tengok makanan yang berlebih-lebihan. Its a wastage! Disebabkan dia buat konsep Buffet dalam erti kata sebenar, amiklah banyak mana ko nak amik, so ramai la (termasuk kami) yang amik mengikut nafsu.. Makan bagi habis ok, tapi jangan membazir!!

~Membazir itu amalam syaitan. Peringatan untuk diri sendiri~




    

Apa yang bestnya Flaming Setapak dari Sunway?
  • Space dia lebih besar. Dia siap amik space untuk 3 kedai.
  • Ada surau, boleh solat Maghrib, in case macam aku datang sebelum Maghrib. 
  • Pilihan makanan laut lebih banyak. Makanan yang habis, cepat je ditambah...
  • Minuman bergas pun ada. Kat sunway aku tak perasan lah.
  • Aiskrim dia pun lebih banyak perisa.

Kesimpulannya, aku lebih suka Flaming Steamboat Setapak. Jom try ramai-ramai?




Cerita di Jabatan Imigresen Malaysia

Tuesday, November 16, 2010

Assalamu'alaikum semua... Rasa macam bersalah wat entri ini. Rasa macam ada yang kecik hati. Maaf kalau ada yang terasa. Tapi, selalu my hubby pesan, postive thinking... So, malas nak citer pasal orang. Wat citer memasing key.

Hujung minggu lepas, kami dengan gigihnya bangun awal untuk ke Jabatan Imigresen Malaysia. Nak wat pasport antarabangsa weh. Mama selama idup 28 tahun, baru nak ada pasport antarabangsa. My hubby memang dah pernah travel obesea masa kat UTM dulu (best la kos dorang jalan2 Indon, Singapore, JELES kot). Kami sampai kat sana dalam kul 9 pagi dan dengan selambanya ke kaunter nak amik nombor giliran. Orang jaga kaunter tu, senyum sinis sambil bagitau, "dah habis lah dik nombor untuk hari ni.." Aku tengok jam. huh? Baru kul 9 pagi...... "Okey, esok kena datang awal lagi nih..."

Esoknya, dengan azam lebih gigh, kami bangun awal giler, sbb nak bertolak kul 7 pagi. Kira awal lah tu bagi kami.... Sampai je kat sana, "Walawei...terkezut beruk aku. Punyalah panjang barisan...Tak cukup bangunan dorang beratur. Masa tu belum 7.30 pagi dan pejabat pun belum buka lagi...
So, kat sini lah jawabnya kami beratur. Di hujung bangunan... Nasib borang dah lengkap diisi..tu apa yang aku rasa, cam ok lah kot. Mesti berjaya dapat nombor punya....

Alahai, malas betul bab-bab ngisi borang ni. So, the best person in charge adalah ayah.... hehe..Lagipun, tulisan ayah kan cantik...

Kul 8.00 pagi, baru la pejabat buka dan pelanggan mula memenuhi ruang pejabat. Berlingkar-lingkar kot kerusi dan kaunter aku tengok semata-mata nak dapatkan nombor. Dah panjang macam ular sawa raksasa aku tengok.  Mama ditugaskan melayan Adam sementara ayah berdiri menunggu giliran. Dari main hp, main ukur2 tinggi, dan main mainan orang lain..Mama dah buntu idea nak melayan Adam. Nasib dapat idea beli makanan kat GIANT kat luar tu... Lepas dapat Ribena dan Chipsmore, Adam kembali diam.... Aku rasa kematu gak kaki hubby aku berdiri. Aku tengok jam, dah hampir kul 9.00 pagi.. Kami masih belum sampai ke kaunter nombor giliran...
What's your height, Adam?

Tiba-tiba, masa lagi berapa puluh langkah nak sampai kat kaunter........................

Ada satu pengumuman dibuat
Diumumkan bahawa nombor giliran untuk hari ni sudah habis. Sila datang esok hari
Tepuk dai masing-masing dengar. Halamak...Penatnya menunggu.. Esok dah keja. Nampaknya terpaksa lah mencuba minggu depan pulak. Aduyai....... Nasib lah bukan last minute job.. Camana la kalo nak pergi esok, hari ni baru beratur? Mau nangis terlepas flight. Haha

Then, baru aku teringat senyuman sinis akak kaunter semalam. Patut la dia senyum semacam jer kat aku. Mungkin kata hatinya, orang penat2 beratur dari Subuh, ko senang-senang jer datang mintak nombor. Haha...

So, korang kalo berhasrat nak buat pasport on weekend, datang lah awal-awal. Bukan awal jer, tapi awal giler. Bawak bekal atau beli siap2 makanan. Melepas dan kucil siap2 k kalau datang sensorang. kang, dari duk depan, kena beratur ujung dunia balik. huhu...

~Moga Sabtu dapat bangun lebih awal supaya dapat kami beratur dari pukul 6.00 pagi~