SELAMAT TAHUN BARU 2022

Tuesday, January 4, 2022


 Selamat Tahun Baru semua. Terima kasih kawan-kawan yang masih blogwalking sini. Liza juga kadang-kadang rindu dan scroll baca blog list Liza. Ada yang sudah menyepi dan ada juga yang masih konsisten menulis. Hebat dan tahniah‼️‼️


Semoga tahun baru memberikan lebih kebahagiaan dan keberkatan dalam hidup kita semua.

Liza berterima kasih kepada semua pelanggan yang telah bersama Liza sejak 2018 dan sama-sama konsisten bersama Mary Kay. Sayyang korang ketat-ketat. 

Sekarang Liza banyak meluangkan masa bersama pelanggan di platform facebook dan juga di aplikasi Tiktok. Jangan lupa FOLLOW, LIKE dan KOMEN Liza di sana ya!

Buat kawan-kawan yang terkesan dengan pandemik Covid 19 dan baru-baru ini, bencana banjir, semoga tabah dan redha dengan ujian besar ini, kerana kita semua adalah hambaNya yang tak lari daripada ujian dan dugaan di dunia ini. Semoga dengan ketabahan dan kesabaran kita semua, Allah akan naikkan darjat kita di akhirat nanti. Wallahu’alam.


Salam rindu daripada Lizza 😘😘😘





0 comments: