Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

Quick Update About Moo Goo Product

Monday, September 24, 2012

Belum tidur sebabnak marking paper. Tapi sempat lak aku surfing pasal Moo Goo Product ni. Alang-alang my husband suh tunjukkan, supaya boleh dia carik kat Penang sana kan? So, aku kongsikan sekali la kat sini.

Actually dah terlintas baca sebelum ni tapi buat tak tahu ja. Selama ni kami memang sapu hydrocort / Elomet yang kebanyakan tahu ada steroid (% yang sgt kecil). Tapi Moo Goo ni non steroid kay. Aku baru nak baca pasal Moo Goo ni. So, jom la sama-sama kita study kat sini. Blog yang memaparkan berkaitan ekzema. Pengalaman sendiri di mana anak-anak penulis mengalami masalah alahan.

Share sket kat sini tempat-tempat yang boleh dapat produk Moo Goo ni kat Penang :

Penang
Organic Life
Ayer Itam04 828 7015
Nature Care PharmacyBanyan Baru04 644 7378
Extra Care PharmacyBatu Ranchang04 656 5234
Neighbourhood PharmacyDato Keramat04 226 1101
Citywellness PharmacyGelugor04 656 4098
Ego PharmacyGeorgetown04 226 4529
Panacea PharmacyGeorgetown04 227 8168
Ireland PharmacyJelutong04 283 6001
Pure PharmacyJelutong04 282 2753
Mega Kulim PharmacyKulim04 4912168
Neighbourhood PharmacyMacalister04 229 7208
Apro PharmacyPrai04 399 5670
Bio-PharmalinkPulau Tikus04 226 7759
Ego PharmacyPulau Tikus04 227 8318
Welling PharmacyPulau Tikus04 228 2628
Y.W. Yong PharmacyPulau Tikus04 226 5819
EBM PharmacyPulau Tikus04 227 6367
Bagan (Farlim)Farlim04 828 8477
City WellnessGreen Lane04 656 4098
The Pill House PharmacySg. Ara04 645 5731
Sri Nibong (Aziz)Sri Nibong04 644 2863
Pure PharmacySunshine
Sri Nibong (Mahsuri)Sunshine04 643 2703
Sri Nibong (Perkaka)Perkaka04 659 5826
Georgetown Pharmacy/TescoTg. Tokong04-8993668
Panacea PharmacyGeorgetown, Lorong Selamat04-2278168
Yadee Wellness PharmacyBukit Mertajam04-5374001
Farmasi MediProBukit Mertajam04-5300588
Farmasi Sri Nibong (Perkaka)Perkaka04-6595826
Farmasi Bagan (Farlim)Farlim04-8288477
The Pill House PharmacyTg. Bungah
04 890 7899

 

~Kita cuba selagi mampu~

Nasi Kandar Line Clear

Wednesday, July 4, 2012

Haish. Nasi kandaq lagi. Penang ni harus 24jam nasi kandaq. Kebanyakan kedai dibuka 24 jam dowh....

Sebelum balik, sempat la kami pekena sekali lagi. Tak susah nak cari (kalau pakai GPS) hehe..

Kami jumpa celah-celah lorong dekat-dekat MyDin. So, ni yg kami makan :

Hubby punya.. 
Ni lauk sotong dan telur. Sayur bendi jadi peneman.

Aku pilih udang dan daging. Sayur lak aku pilih kobis goreng.
::Eh, tak sharp lak gambar dia..::

Untuk Adam aku amik separuh nasi kandar. Lauk kami 'sedekah' sorang sikit dari pinggan kami. Hehe..

So, total RM30.00. Maybe sebab dekali dengan air.. Lebih kurang ja harga dia dengan Nasi Kandar Beratur tu. Aku lebih suka rasa di Nasi Kandar Beratur. Daging dia lebih lembut dan ayam rempah dia lembut dan sedap. 

Lepas makan tu, kami jalan-jalan sekitar MyDin tu, konon nak tapau pasemboq kat Chowrasta (bernafsu lagi tuh nak melantak) :p Tapi hujan. So, kami jalan-jalan beli jeruk Madu Pak Ali je la untuk kawan-kawan.

Then kami balik KL....

Menyelami Isi Hati Pulau Mutiara

Monday, July 2, 2012

Menjejakkan kaki ke Pulau Mutiara seperti belajar untuk menyelami apa yang ada di sini. Apa yang akan aku rasakan nanti, sekiranya berada di sini. So, percutian pendek kami kali ini akan aku cuba memahami bagaimana Penang...

Misi kami untuk mencari rumah bilik sewa bermula semalam. Beberapa tempat diaturkan dan telah kami terjah. Sementara ni, cukup la sebuah bilik kerana hanya hubby yang akan tinggal di Penang. Aku? Meneruskan kehidupan di KL sehingga la KPM dengan baik hatinya melepaskan aku ke sana. Doakan aku cepat pindah yer kawan-kawan!! Waktu-waktu sukar camni, aku akan mula mengagumi kawan-kawan yang agak lama berjauhan dengan suami. Dik Hud, Pait, korang la reference aku lepas ni.

Seharian di sini, aku cuba memahami cara hidup di sini. Kami memahami yang Georgetown jugak agak padat, lebih kurang cam KL jer. So, masalah jem akan menjadi hal biasa di sini. Dengar cerita lagi buruk berbanding KL. Itu kes di atas jambatan. Semasa kes kebakaran kabel, hampir 5 jam kenderaan terkandas di atas jambatan. Camna la nasib dorang yang nak terkencing, atau terberak. Huhu... Harap-harap tidak di dalam pulau..

Kos sewa di sini agak mahal. Sebuah bilik RM200 dengan fasiliti yang amat minina. Ada yang RM150, tapi di flat yang didiami ramai foreigner, tiada parking dan tiada jaminan keselamatan. Sanggup? Aku katakan TIDAK!!! Mungkin harga rumah agak murah di Seberang Perai. Tapi agak jauh melintasi jambatan, sekaligus mengharungi jem. Kalau ada yang sanggup, silakan...

Kami memilih jalan tengah. Dekat ofis, dan harga yang berpatutan.

Apa yang boleh buat aku rasa best ialah harga sebuah rumah sewa agak murah berbanding dengan keselamatan yang disediakan (berdasarkan rumah Paksu aku.. hehe..) Mentainance fee masih jauh murah berbanding KL (rumah kami) dengan harga 'keselamatan' yang tinggi. Teruja sekejap!

Cuma, parking agak sesak di luar kawasan perumahan. Sesak jugak nafas aku bila banyak sangat yang suka hon hon keta! Adui, sabarlah sket, dey!!!

Makanan? Heaven. Buktinya, tunggu next entry! :p

Sunway Hotel.

View from our room. 

Banyak lagi aku nak citer pasal Pulau Mutiara ni tapi aku simpan untuk aku buat kesimpulan bila aku menetap di sini nanti. Unfair kalau aku menelah tanpa meneliti. (Apsal ayat aku sangat skema hari ni?)


K, friends!! Nak turun breakfast dulu. Chow!





It's All About Penang!

Morning Pulau Pinang!! And Malaysia!! Hehe.. Feel sejuk dingin di Pulau Mutiara. Jangan termuntah baca perkataan Penang yang akan muncul di skrin anda. Mungkin 2.3 juta kali?

We are now at Pulau Mutiara.....

Bertolak dari KL dari Sabtu lagi tapi baru semalam check in di Georgetown (dalam pulau).

Macam biasa, mesti la nak melalui feri agar Adam teruja lebih. hehe.. Agak lama aku tak jejak tanah pulau ni. (tak pa Liza, lepas ni jangan nak jemu sudah!)

Keterujaan Adam ketika menunggu ketibaan feri.

Atas Feri. Kebiasaannya, kami akan keluar kereta dan berdiri di kepala feri. Baru rasa nyaman angin laut.

We are heading to the tallest building there. Ofis ayah!!! Aik? Mana Adam tau ni (*garu kepala*)

Itu jer kisah kami dan feri. Nanti update lain k~