Wednesday, June 16, 2010

Tiara Beach Resort l Our Budget Destination

Yeeehooooo!!!! Kami baru sampai dari bercuti.. Bertolak semalam, awal pagi dalam kul 9. Apa yang boleh disimpulkan ialah.. "Ok la, untuk percutian Adam" sebab start check in jer kat Tiara Beach Resort (beach la sgt..hehe), semua benda ada kat dalam tu... Ikutilah percutian bajet kami :

1. Dari rumah, kami bawa bekalan sendiri untuk sepanjang perjalanan dan juga dalam hotel. Siap masak daging masak hitam!!
2. Sampai kat Port Dickson, cari Port tangkap gambar, syok sendiri dulu... Kami dapat kat sini. Masa ni Adam tido dlm keta..


3. So, lepas Adam bangun kami gerak survey tempat-tempat lain sebelum check in..cari pot nak lunch nasi bekal. Kami datang sini, Pantai apa ek? (tula, xbawa buku log, xbawa pen...so, xmencatat...)
Pasir masuk dalam kasut Adam. Dia nangis "dirty! dirty! haish, ajar pembersih sgt pun susah gak rupanya.....
Makan nasi kat tepi pantai (kat parking lot sebenarnya...) menambah, 2,3 kali.

4. Tgk jam dah nak dekat kul 2. Gerak check in. Yea..then trus mandi dgn Adam..
5. Petang kami sempat pi jalan-jalan pantai.. Xder apa sgt.. Mengisi masa lapang... P pantai Teluk Kemang. Masa turun bawah, terserempak dgn clowns yg buat belon kat budak2 tu.. Garang clown ni, siap marah budak2 suh beratur..hihihi..
Adam melukis kat pantai...

Then, kami jalan-jalan tengok benda apa boleh dibeli. First thing, cari magnet untuk untuk fridge. Benda ni MUSTI beli kalo pi mana-mana..My hubby pun dah tau..kalo outstation kat tempat baru, MUSTI kena beli. Then beli topi Adam dgn shawl mama. Nak try gak cara pakai tudung baru, shawl dgn anak tudung Syria tu. Dapat RM18 utk dua-dua. ok ke? Kat sini baru kitorang kuarkan duit. Kechengg!(bunyi duit)..baru RM30.00.

6. Lepas pi pantai, kami trus cari kedai makan..waktu2 maghrib ni tak ramai org..lagipun, hubby tgh kejar FIFA match kul 7.00mlm..ingatkan dah lupa. Nama pun percutian jimat, kami p Restoran JIMAT TOMYAM kat area Teluk Kemang gak.. Ada tv tp malangnya bila hubby request suh buka TV1, dia tanak. hahaha...org nak tgh SyahJihan la bang...Kami order cam biasa ja...Siakap Stim, cendawan, sayur kangkung untuk Adam, telur dadar. Nasi putih 3pinggan...Cukup RM42.80..Memang JIMAT!!

7. Sampai resort, dah kelam, malam..ingatkan dah tadak aktiviti..tiba-tiba nampak something di tengah-tengah PAVILION WALK. Ada persembahan rupanya kat PAVILLION STAGE... Ramai-ramai tgh tgk TOY STORY....hmmm...kami p KIDS CENTRE untuk puaskan Adam dulu..

8. Kat KIDS CENTRE ada macam-macam games untuk kids. Ni macam indoor activities la.. Ada playground, congkak, carom, sand painting, reading corner and belon yang besar tu..yang guna high pressure air tu...Budak-budak leh gusti kt situ..Tp tak berani nak biarAdam main kat situ sebab average age yg men kat situ dlm 8-12 thn. Ganaz!! Takut kang Adam terpelanting.
 Ikutkan Adam, memang dia tanak kuar.. So, kitorg yg force dia kuar, nangis2 Adam tanak..huhu...

9. Kami p depan stage nak tengok persembahan...Dah ada persembahan besh sket.. Peragaan fesyen (pondan?? memalukan..), akrobatik and ala-ala magic la.. Agak2 boring and Adam susah dikawal (sebab duk berebut boomerang kelip-kelip dgn org) kami chalow!!

10. New day, breakfast provided. No cash flow so far...

11. After breaktfast, kami main air lagi sebelum check out..Kali ni my hubby tanak mandi, nak jadi cameraman.... Adam macam biasa la, syok giler dgn air.. Asik main slide jer lah....
Camna la nak jadi sand castle kalo dah pegang pasir sket pun dah complain "dirty!" bukan stakat pegang, nak pijak pasir pun kaki dah jadi camni ha..
Jawabnya, mama la yg main. hukhuk...


12. Check out and bertolak balik... Masa ni mata dah ngantuk, letih..My hubby dah tadak mood nak p Muzium Tentera Darat..(dia mmg suka p Muzium)..

13. Cari tempat nak mkn lunch..Kesahnya pegi kat satu tempat ni.. WESTERN FOOD RESTAURANT bagai... Order Sizzling..tadak..Order plak Beef Steak.Beef xsampai lagi..Yang ada ni ja(sambil tunjuk kat Lamb Chop)..aku pun, oklah, Lamb Chop..hubby masih tak paham nak order Beef..Dia kata daging lembu ja yang ada (sambil tunjuk Lamb) Aik? Lamb ni kambing ke lembu?? Aku yang tak pandai order ke, dia yg tak pandai berniaga.. Kata putus, hubby cancel order and blah.. huhu..tak dpt nak mkn.
~tp sakit hati lagi parah dari lapaq~

14. So, carilah kedai lain sampai lah kat Sepang. uik? Jauhnya...Kepala dah start pening...mandi lama sgt...Yerkan jer la..Perut dah berkeroncong. Dah dekat kul 4 rupanya.. Kami sampai di RESTORAN NASI BERIANI JOHOR.. Nasib lebih kurang sama..nak makan nasi beriani daging..daging tgh masak  lain...  huhu...  akhirnya, order nasi beriani ayam... Semua dalam RM20.00. kat kedai ni ada citer tak best... nak terkucil...minta pegi toilet..kuar daripada toilet je, kaki aku terpelecok. Dah la terpelecok, tengah cuba stabilkan diri sendiri, kasut plak licin and aku betul2 tangkap kura kat situ..Tapi kura tak dapat pun, sakit jer aku dapat.. (aku tau apa kwn2 sek aku akan cakap kalo dorg baca ni."hai, liza, liza...xberubah-ubah dari dulu..huhu...)

Sakit + malu = hubby kena urut kaki aku malamnya

So, overall, percutian kami kali ni tak lebih daripada RM200.00 (tidak termasuk penginapan). Tol dalam RM20.00 pergi dan balik. Nak check harga bilik, klik sini sebab harga berlainan ikut tempat..kalo facing kolam and stage mahal lagi kot...

The other facilities provided :
  • Fish Spa
  • Foot Massage
  • Bicycle Rent
Ok lah kan...Masih boleh bercuti walau budget ciput..Asalkan happy!!








   
   

7 comments:

soffya cik bulan said...

wow, seronok kan bila dpt spent time mcm ni dgn family


(erm, bila nk ada family sendri ye...gatai...)

Mama Liza said...

best..cuti2 mmg kena berjalan walau dlm kl pun..

tak pa, muda lagi.. relax arr... tapi kalo dah gatai, kana kawen cepat arr...ada la org tlg garukan...hik hik hik..

soffya cik bulan said...

kak, nanti saya jawab pertanyaan akak dalam entry khas ye..nak berkongsi tips sekali...

jgn risau tau..tgh buat entry tu ni...

hehe..kak mmg gatai...tp calon tkde cmne...hohoho

Liza said...

awww.. tq cik bulan. ni yg nak sayyyang cik bulan nih

ninieZUERYANNIE said...

bestnye.. huwaaaa.. nak jugak!

ninieZUERYANNIE said...

ooo bukan tangkap kura yg best k..

Liza said...

Ninie... pegi la.. best la jugak untuk family vacation..