Friday, August 24, 2012

Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang

Kami dah sampai kay elll!!!!

No entry Penang sebab tak singgah pun.. Kater nak singgah?? Minggu depan yer, minggu depan.. :C

Masa otw balik, kami dengan gigihnya telah exit Changkat Jering, dan memandu sepanjang Kuala Sepetang dan mengikuti signboard Mee Udang Mak Jah sehingga melepasi stesen minyak Buraqoil.. Akhirnya, setelah hampir setengah jam mencari, kami jumpa!! Kereta kiri kanan memang dah jadi 'trademark' Mee Udang Mak Jah. Kerusi meja berderet dari jalan. Boleh pilih sama ada mahu duduk atas kerusi atau bersila di pelantar..

Harga di sini berpatutan

Nin dia!!
Mee Udang Special ni RM11.00. Ada 5 ekor udang besar-besar..

Adam paling suka udang. Memang melantak habis. Bila banyak udang kena cukai, aku order lagi udang untuk 'meratah'..

Udang Goreng Tepung RM12.00

Ada pernah cuba? Memang berbaloi dengan harga yang sangat berpatutan. 




1 comment:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ila teringin sangat.. tak samapi2 jugakkkk