Menu Kenduri di Majlis Akikah Anas dan Haura

Monday, December 15, 2014

Assalamualaikum. Kami just sampai dari Kedah selepas meraikan dua kenduri. Berlangsung pada hari Jumaat dan Sabtu.

Jumaat kami adakan Majlis Akikah untuk Anas dan sepupunya Haura. Sabtu pula kami meraikan pengantin baru Zaim dan Min.

Kali ni kami buat dua ekor kambing. Sepatutnya 3. Tapi disebabkan kekangan wang, kami buat mana yang mampu dahulu. InshaAllah, seekor lagi boleh dibuat di Prlis nanti.

Menu yang kami pilih adalah kambing bakar dan masak kurma. Masak kurma dimasak oleh orang kampung. Manakala kambing bakar digolek oleh orang yang menyediakan kambing tu sendiri. Jadi agak senang kerana kami hanya menunggu untuk makan. Hehe.

Kalau ada yang berminat untuk.mengambil daging akikah untuk dibuat bakar boleh la hubungi En Arshad Zabbani di 019 5905060. Bukan saja untuk kambing golek tapi boleh juga dapatkan baka kambing,dedak kambing, kambing hidup dan juga ubat dan suntikan. JABBAL FARM ni terletak di Bandar Stargate, Lebuhraya Sultanah Bahiyah. Atau kalau uang familiar dgn Kedah ni, ia sebenarnya terletak di kawasan bernama Derang.

Tapi harus diingat, bila buat golek ni, sekejap ja dah licin walau dah dikawal rapi oleh Jabbal Farm. Hehe.

Inilah gambar sekitar kenduri akikah Anas dan Haura.


0 comments: