Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Hong Kong Babymoon Story | Day 1

Friday, April 18, 2014

Salam Jumaat.

Seronok la ramai yang akan bercuti esok. Liza bekerja esok. Tapi tak apa. Tak kisahh pun. Minggu lepas dah puas bercuti. Minggu ni kena la pulun. huhu..

Baru sempat nak kongsi pengalaman percutian Liza dengan hubby ke Hong Kong baru-baru ni. Sebenarnya, memang kami rancang dari awal lagi untuk ke sana. Tiket memang booking daripada tahun lepas. Tapi, yang tak rancangnya ialah status percutian. Hehe.. Pada mulanya kami ingat nak honeymoon, tapi Allah sebaik-baik perancang. Status bertukar kepada 'babymoon'. :D

Seperti mana kami selalu search dan baca blog Jari Manis dan Fatin Liyana untuk dapatkan info percutian ke Hong Kong ni, macam tu la Liza harap agar entri-entri percutian ni dapat dijadikan rujukan untuk yang mencari maklumat berkaitan. Harapnya, tidaklah disalahertikan.

Kami amik flight awal pagi, pukul 7.05 pagi. Jadi memang bersedia awal di airport sebab takut apa-apa yang tak dijangka. Kul 5.00 pagi kami dah terpacak kat LCCT. Yaa, kami guna flight tambang murah jew. Hehe... Everyone can fly katernyer~ Yo'o ja..

Cerita Cinta Ammar menemani Liza sepanjang sejam pertama perjalanan. Jam berikutnya, air mata menutupi semua. Tak nampak jalan di depan. Sedih sangat. Buku yang banyak memberikan panduan dan teladan. :( 

Jadi, jam seterusnya kita jelajah luar je la. Tengok awan berbagai bentuk. huhu...

Sampai di Hong Kong kira-kira jam 12.00 pm (delayed setengah jam di udara sebab trafik sibuk). Sejuk gak rasa. Suhu 21 darjah celcius. Dingin je.

Perkara pertama kami buat bila sampai airport ialah mencari SIMCARD FOR TRAVELLER. Cari kat satu kedai ni, dia jual HKD250. Mak ai, mahainya. Nak pakai 4 hari je kat sana. Teringat post Fatin Liyana, dia dapat HKD88 je. Kami cari kat 7 eleven. Dapat!! 

Kedua, kena cari OCTOPUS CARD. Kad yang berguna untuk semua pengangkutan awam di Hong Kong. Macam Touch n Go la fungsi dia. Ada di kaunter Airport Express di Level 3. Kami beli HKD150 untuk kad tu. Kalau tak cukup, korang bleh top up lagi.

Then, bergerak la keluar dari airport melalui signboard Train To City. Kami ke stesen bas yang linked dengan airport dan cari platform A21. Sebab tempat penginapan kami berada di area Tsim Kah Tsui. Kawasan golongan marhaen macam kami. Naik bas dan berhenti di perhentian ke14. Korang boleh tengok kat skrin dalam bas atau kalau dapat bas baru, ada skrin depan setiap seat.

Lama gak la aku rasa nak sampai ke Tsim Kah Tsui. Dalam 45 minit jugak. Sampai di Stop 14, kami mencari Nathan Road. Sebab di situ, kami akan jumpa kawasan penginapan kami di MIRADOR MANSION. Kami booking di PEARL GUEST HOUSE.  Untuk percutian budget dan backpackers macam kami, semua perbelanjaan pun kami budget. Cara orang marhaen bercuti. :p

Kami disambut oleh angsa ni di atas katil. Haha. 

Tip untuk korang yang nak bercuti budget : Pilih guesthouse yang ada tingkap. Memang harga dia mahal sedkit daripada yang lain tapi sekurang-kurangnya korang dapat rasa udara dingin tanpa aircond daripada luar. Sejukk!!

PEARL GUEST HOUSE ni memang highly recommended. Apa yang diiklankan di internet, sejibik sejibun sama macam yang disediakan. Baru rasanya dan service dia sangat bagus. 

So, kami rehat kejap. Makan bekalan nasi yang aku masak daripada rumah, ready untuk jalan-jalan sekitar Tsim Kah Tsui.

Tempat pertama kami pergi ialah Victoria Harbour. Daripada Mirador Mansion, Liza akan lalui Nathan Road untuk ke laluan subway (bawah tanah) dan tembus ke Star Ferry. Landmark dia Sheraton Hotel dan SOGO Shopping complex. Korang akan nampak harbour yang sepanjang tu ada ramai pelancong ambik angin (lepak sebenarnya..) Hehe..

Laluan setiap hari ke stesen MTR Tsim Kah Tsui.

Inilah dia pemandangan Victoria Harbour di sebelah petang.

Pencakar-pencakar langit Hong Kong di seberang harbour.


Kami berjalan sepanjang harbour dan bila letih, duduk di tangga Muzium (dah tutup masa tu) sambil memerhatikan gelagat manusia. Petang yang sangat santai.

Duduk je la melepak tengok orang. Melepaskan lelah bekerja. Sekali ni je. Lepas ni dah kalut benda lain, dah tak dapat rilek cam ni dah.

Bila bosan sangat, kami singgah di depan Muzium of Arts untuk jalan-jalan tengok sculpture dia. Hong Kong ni femes dengan skulpture la. Seni dan kepakaran dorang kot.

Then, kami balik bilik. 

Malam baru keluar ballik tengok pemandangan harbour dan menunggu untuk acara Symphony of Light. iI antara acara yang tak boleh dilepaskan kalau korang ke Hong Kong. Persembahan laser dan lampu warna-warna selama 15 minit, bermula kul 8.00 malam.

Lampu dan laser yang dipancarkan daripada bangunan di sepanjang harbour diiringi dengan alunan muzik. 

Pemandangan Avenue of Stars di malam hari.


My Best Man.

Last but not leaast. ;)

Ada banyak booth-booth kecik untuk ambil gambar kita dengan pasangan. Dia selalu minta HKD100 untuk satu gambar 5R. Mahal rasa. Tapi kami dapat tawar dengan satu nyonya ni. Dia bagi HKD50. So kami minta dia snap gambar kami berlatr belakangkan Victoria Harbour ni. Buat kenangan kami. :)

Ini saja kot untuk hari pertama kami di Hong Kong. Sebab lepas tu, kami balik bilik dan tidur. Penat berjalan weih.

~See you then~




















Sekeping Hati yang Berderai

Tuesday, November 26, 2013



Hati ini
Pernah berkecai berai
Dilempar ke lantai
Jadi bersepai-sepai.

Lalu diganti baru
Dengan harapan yang satu
Moga cinta kembali menyatu.

Takdir telah ditentukan
Ajal maut jodoh pertemuan
Dia yg terbaik dalam perkahwinan
Satu bonus dalam kehidupan
Ditemukan insan mulia berhati budiman

Percayalah pada takdir kita
Terbaik dalam perkahwinan kita
Bukan bermakna sempurna segala
Terbaik itu memberi makna bahagia
Menerima kita seadanya
Memimpin kita hingga ke syurga .

~Jagalah hati kita dan hati dia~

Dondang Sayang Perahu @ Tasik Putrajaya

Friday, February 25, 2011

Esok dah cuti la. Korang ke mana? Aku tak ke mana lah, menghabiskan sisa dan saki baki kertas untuk ditanda dan dipagkah. Tapi, ada satu tempat yang aku teringin sangat nak pergi...

Amik kat website dia

Aku teringin nak naik Perahu Dondang Sayang. Dah termimpi-mimpi aku pergi kat sana dengan hubby, then ada photographer tangkap gambar kami berlatarkan laut... Kami minum air kelapa segar di atas perahu sambil bermadu kasih. Ah... melewati pemandangan yang cantik-cantik.. Terlihat kehijauan Taman Botani, Masjid Putra dan kawasan pentadbiran yang gah, megah berdiri...Tapi sayang sekali, ia hanyalah mimpi... haha.. poyo~

Ni aku survey harga, tak de lah mahal sangat cuma aku fikir, kalau weekend mesti lah penuh kan?


Ada tak sesiapa yang pernah naik? Best tak? Rasa cam nak pergi la.......